@ resepi untuk mommies yang ceasar

Bagi ibu-ibu yang melahirkan anak secara pembedahan, proses memulihkan tubuh sememangnya lebih cerewet. Ini kerana mereka perlu merawat luka pembedahan itu selain dari memulihkan tenaga.

Disarankan agar semua masakan bagi mereka yang bersalin cara pembedahan tidak ditumis. Ini kerana minyak tidak membantu proses penyembuhan dalaman. Masakan yang bercili juga tidak digalakkan pengambilannya.

Seeloknya setiap hidangan dimakan bersama nasi putih sebaik sahaja siap dimasak. Tujuannya bagi memastikan khasiat dan kesegarannya terjaga. Elakkan daripada memakan nasi sejuk (nasi yang dimasak semalam) kerana dikhuatiri boleh membuatkan perut kembung.

[1] PERIA MASAK ASAM

Bahan-bahan:

200 ml air
5 ulas bawang kecil – dihiris
2 biji peria katak – dipotong nipis
2 sudu besar ikan bilis – dibersihkan
½ sudu teh serbuk lada hitam
½ sudu makan air asam jawa
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

a) Masak kesemua bahan sehingga pekat.
b) Kacau rata dan kecilkan api. Tunggu sehingga naik bau. Angkat dan hidangkan.

Info: Pengambilan peria dapat membantu ibu dalam pantang yang mengalami kesukaran membuang air besar, disamping menambah susu ibu.

Ia juga membantu membersih dan melancarkan peredaran darah dalam tubuh jika diamalkan.

[2] AYAM MASAK KERING

Bahan-bahan:

200 ml air
3 – 5 helai daun pegaga – dihiris
3 ulas bawang kecil – dihiris
2 ketul ayam (sederhana besar)
Seketul halia – dimayang halus
½ sudu teh serbuk lada hitam
½ sudu teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

a) Masak kesemua bahan dan kacau rata sehingga mendidih.
b) Perlahankan api dan tunggu sehingga kuah pekat atau kering (mengikut suka). Hidangkan ketika masih panas.

Info: Bagi masyarakat Melayu, kunyit juga diminum sebagai jamu terutamanya bagi ibu selepas bersalin.

Tujuannya untuk mengecutkan rahim dan mencuci darah. Dimakan bersama nasi sebagai ulam selama 40 hari pantang. Mampu mengembalikan kecergasan badan dan menyembuhkan luka dalaman.

[3] IKAN BILIS GORENG

Bahan-bahan:

3 sudu makan ikan bilis – digoreng tanpa minyak
3 ulas bawang kecil – dimayang
2 sudu air asam jawa
Halia sebesar ibu jari – dimayang
½ sudu teh serbuk lada hitam

Cara menyediakan:

a) Masukkan ikan bilis di dalam pinggan. Letakkan halia, bawang dan tuangkan air asam jawa serta serbuk lada hitam ke atasnya.

[4] IKAN TENGGIRI BERKUAH

Bahan-bahan:

200 ml air
5 ulas bawang kecil – dihiris
2 ketul ikan tenggiri
Halia sebesar ibu jari – dimayang
½ sudu teh serbuk kunyit
½ sudu teh serbuk lada hitam
½ cawan air asam jawa
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

a) Masaklah kesemua bahan hingga tinggal sedikit kuahnya. Angkat dan hidangkan.

Info: Untuk mengekalkan kesihatan dan kesegaran tubuh badan, pengambilan ikan tenggiri dan ikan haruan sebagai makanan tambahan sepanjang tempoh berpantang amat digalakkan.

Ia juga mampu melicinkan dan menegangkan kulit badan selain menyembuhkan luka dalaman dan luaran kerana kandungan asid amino dan lemak yang ada padanya.

Isinya yang bebas kolesterol turut membuatkan paras wajah kelihatan berseri serta pemikiran menjadi cerdas. Ia juga tidak menggemukkan badan untuk jangkamasa panjang.

[5] SUP AYAM

Bahan-bahan:

250 ml air
2 ketul ayam
½ sudu teh serbuk lada hitam
Halia sebesar ibu jari – dimayang
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

a) Rebus kesemua bahan. Tambah air jika tidak mencukupi.
b) Biarkan ia mendidih hingga tinggal sedikit kuahnya. Angkat dan hidangkan.

Info: Penggunaan lada hitam bertujuan untuk memanaskan badan Boleh diambil oleh ibu yang bersalin secara pembedahan tetapi seeloknya dalam kuantiti yang sedikit.

[6] TENGGIRI MASAK ASAM

Bahan-bahan:

250 ml air
2 ketul ikan tenggiri
3 – 4 inci halia – dimayang
3 biji bawang kecil
½ cawan air asam jawa
½ sudu teh serbuk lada hitam
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

a) Campurkan kesemua bahan dalam periuk sederhana besar. Masak hingga pekat tetapi jangan sampai airnya terlalu kering. Sedia dihidang bersama nasi putih.

Info: Mencampurkan perahan air asam jawa dalam hidangan ibu berpantang banyak khasiatnya. Antaranya, dapat memudahkan untuk membuang air besar selain dari menyegarkan tubuh badan.

=> masa browse net with regards to info of Avent, terperasan this post... well, interesting gak (ibu Kaisah pun ceasar masa lahirkan Kaisah selepas 14 jam menahan sakit dan 8 cm bukaan... huhuhuhuhuhu)
=> originated from motherhood

Post a Comment

0 Comments