Tuesday, September 28, 2010

@ bila nak jumpa MAK nih?

0 comments
Rindu gila ngan MAK... after nearly 5 years tak jumpa... patutnye last weekend nak jumpa kat BB tapi ada event lain... huhuhuhu...

MAK,
I have so many reasons to thank you,
For taking care of me when I was young,
For letting me know,
Time and again,
That I could to you for support,
But most of all,
Because you always believed in me.

MAK,
There were times when my disappointments filled me with self-doubt,
When I started to wonder whether I'd ever reach any of my goals.

However,
Those were the times when you encouraged me,
You told me that I was a special person,
With character and abilities to help me succeed.

MAK,
You made me feel good about myself,
And inspired me to keep on trying,
I believe in myself because you always believed in me.

I LOVE YOU MAK...

@ Thaqif allergic to anchovies?!!

0 comments
Suddenly received a call from Mr Hubby asking me to give Angah a call... 'URGENT'... isk, gapo gak?... dengan berdebar-debarnye I called Angah...

Angah: Badan Thaqif naik ruam-ruam... tadi bagi dia makan Neslac yang ada ikan bilis tu... Me: Iya?... isk... teruk ke Ngah?..
Angah: Penuh satu badan merah-merah ni... ada lagi tak ubat yang selalu letak kat tangan dia tu?...
Me: Ada (Ubat 69 Mak Ndak ngan Induk beli kat sing-seh)... jap lagi suruh Atih bagi kat bebudak...

After half an hour, I called back...

Me: Camne Angah?... Ok ke Thaqif?...
Angah: Alhamdulillah... dah tak tergaru-garu... sleeping soundly... maybe dia tak bole makan ikan bilis nih...
Me: Hmppp, jarang orang allergic ngan ikan bilis kan?... risau gak ni... tapi dia ok kan Ngah?...
Angah: Ok...

Ya Allah, risaunya... camne nih?... BAHAYA tak allergic nih?...

=> nih jumpa masa browsing...

Anchovy Allergy Symptoms

Anchovies are small salt-water fish that are used in many foods. They are commonly used as a topping for pizza. However, they are also used in a variety of sauces including Caesar salad dressing and Worcestershire sauce. Like with other seafood, allergic reactions are common. Anchovy allergy symptoms can be severe, and people with anchovy allergies should completely avoid consuming them.

- Swelling of the Face or Throat
Swelling is a common allergic reaction for someone with an anchovy allergy. The swelling commonly occurs in the face and throat and as such can be an extremely dangerous symptom. If swelling in the face or throat occurs, the airway may become constricted, making it difficult to breathe.
- Dizziness
Dizziness comes in two forms. Some people may feel lightheaded or feel like they might faint or pass out. Others may experience vertigo, which is a feeling of movement when no actual movement is happening. Both forms of dizziness will go away on their own; however, they can be annoying while they last.
- Difficulty Thinking
Difficulty thinking can come in a variety of forms. Some may experience lack of concentration or find it hard to stay focused. Others may feel a little confused, like they don't completely understand what is going on. This can be common with an anchovy allergy; however, it is not one of the major symptoms and will pass on its own.
- Intense Sense of Fear
People having an allergic reaction to anchovies may experience an intense sense of panic or fear. This can be caused from swelling in the face making it difficult to breathe, but it can also be a symptom on its own. It's the body's way of telling the person that something is extremely wrong.
- Vomiting or Diarrhea
Vomiting and diarrhea are the body's natural way to get rid of things that are toxic to it. While they are unpleasant symptoms, they will normally go away on their own. Both vomiting and diarrhea can make the body dehydrated if they last for any prolonged period of time.
- Anaphylaxis
Anaphylaxis is the most severe symptom of an anchovy allergy and can be fatal if not immediately treated. People experiencing anaphylaxis will have extreme swelling to the face and throat that will happen within minutes and block the person's airway, making it nearly impossible to breathe. Their blood pressure will also drop, putting them into anaphylactic shock, which can be fatal if left untreated.

=> credit to ehow

Sunday, September 19, 2010

@ salam aidilfitri dari kami

0 comments


Wednesday, September 1, 2010

@ susu ibu tidak akan kering

0 comments

UMUM mengetahui mengenai kebaikan susu ibu yang mengandungi antibodi melindungi bayi daripada serangan penyakit. Jika beberapa tahun lalu, menyusu badan tidak dilihat sebagai trend, kini kian ramai para ibu cenderung mempraktikkannya demi kelestarian kesihatan si kecil.

Tidak timbul lagi soal malu atau segan menyusukan anak di khalayak ramai, walaupun ada mata-mata nakal mencuri pandang.

Namun, bagi ibu yang menyusukan bayi buat pertama kali kedatangan bulan Ramadan menimbulkan sedikit kegusaran kerana khuatir pengeluaran susu berkurangan malah, mungkin tiada susu yang dapat dikeluarkan kerana menjalani ibadah puasa.

"Memang ada segelintir ibu yang berasa bimbang jika tidak dapat menghasilkan susu badan sebanyak seperti hari-hari biasa. Tetapi sebenarnya, para ibu tidak perlu gusar kerana penghasilan susu akan tetap sama jika aktiviti pengurusan penyusuan ibu itu dijalankan seperti normal dan ia menjadi amalan berterusan," kata Zatul Hijanah Ramzi.

- Elak tertekan
Menurut Zatul Hijanah yang merupakan Kaunselor Laktasi Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBfPC), tanggapan sesetengah ibu mengenai susu badan akan kering ketika berpuasa adalah tidak benar.

"Walaupun kita tidak makan dan minum pada siang hari, ia tidak bermakna ibu tidak dapat menghasilkan susu yang mencukupi untuk keperluan bayi," ujarnya. Terang beliau, ini kerana ibu masih lagi mengambil makanan dan minuman pada waktu malam iaitu selepas berbuka dan sehingga waktu Imsak.

Bagaimanapun, tegas Zatul Hijanah, seseorang ibu tidak seharusnya mengelakkan atau mengambil mudah amalan bersahur kerana ia adalah bekalan tenaga dan air untuk tubuh ibu sepanjang hari.

"Seseorang ibu seharusnya meminum air yang mencukupi selepas berbuka sehingga waktu Imsak. Sekiranya tidak bersahur dan kekurangan air, tubuh ibu akan mengalami dehidrasi yang boleh menjadi penyebab kepada kurangnya penghasilan susu," jelas beliau.

Bagaimanapun katanya, wanita tidak seharusnya terlalu memikirkan mengenai ibadah puasa yang akan menyebabkan mereka kekeringan susu kerana kebimbangan melampau sehingga menyebabkan stres yang sebenarnya boleh mendorong kepada kemerosotan kuantiti susu badan.

Jelas beliau penghasilan susu boleh merosot bukan disebabkan ibadah berpuasa, sebaliknya kerana stres yang dialami oleh ibu sehingga menghalang refleks ejeksi susu atau let down. Oleh itu, ibu perlu bertenang dan menjalani rutin harian seperti biasa.

- Jangan putus asa
Malangnya bagi ibu yang beranggapan susu akan berkurangan sewaktu berpuasa, akan mula ragu-ragu dengan kebolehan mereka untuk terus membekal dan menghasilkan kuantiti susu yang banyak.

Disebabkan tanggapan itu, ada ibu yang mula berputus asa apabila melihat kuantiti susu agak berkurangan pada hari pertama berpuasa sehingga menyebabkan mereka mula mengurangkan aktiviti mengepam susu badan. Malah, ada ibu yang berhenti terus daripada berbuat demikian. Jika anda mengambil tindakan seperti itu, maka penghasilan susu akan semakin berkurangan kerana kurangnya permintaan.

"Badan kita ini unik kerana dalam proses penyusuan sebenarnya faktor dan konsep 'permintaan dan penawaran' adalah amat penting.

"Semasa proses penyusuan, hormon-hormon seperti prolaktin dan oksitosin akan terlibat. Prolaktin adalah hormon yang menghasilkan susu dan oksitosin pula merupakan hormon yang merembeskan keluar susu ibu.

Namun begitu, terdapat satu lagi faktor yang berkait rapat dengan konsep permintaan dan penawaran tadi. Hormon yang dimaksudkan ialah Feedback Inhibitor Of Lactation (FIL) yang juga merupakan sejenis protein yang terdapat dalam susu yang berkumpul dalam payu dara ibu," jelasnya.

FIL memberi tindak balas secara negatif kepada proses penghasilan susu. Apa yang dimaksudkan dengan tindak balas negatif tersebut?

FIL akan mula berkumpul dalam payu dara apabila kurangnya rangsangan dan payu dara tidak dikosongkan dengan betul (hanya sedikit susu yang dikeluarkan daripada payu dara). Tidak kiralah sama ada kekurangan rangsangan itu daripada kurangnya hisapan oleh bayi atau pun kurangnya aktiviti mengepam keluar susu sewaktu bayi tidak bersama ibu.

Tahap FIL yang tinggi ini akan mula memberikan isyarat agar penghasilan susu perlu dikurangkan kerana kurangnya permintaan.

"Ia akan menjadi sebaliknya pula jika payu dara sering dikosongkan. Peratusan FIL dalam payu dara akan menjadi rendah dan seterusnya menghantar isyarat supaya lebih banyak susu perlu dihasilkan oleh ibu.

PARA ibu yang menyusukan bayi ketika bulan puasa perlu mengepam susu dengan lebih kerap berbanding bulan-bulan biasa.

"Oleh itu, susukan bayi dengan kerap dan bagi ibu yang bekerjaya atau pun yang berjauhan dengan bayi pula, jangan lupa untuk mengepam susu pada setiap dua jam atau tiga jam sekali," jelasnya.

Terang beliau, kaum ibu juga tidak perlu bimbang mengenai zat dan nutrien dalam susu badan sepanjang bulan Ramadan.

=> sepanjang Ramadhan ini, memang tidak dinafikan bahawa penghasilan susuku agak berkurangan... ini sudah tentulah disebabkan oleh diriku sendiri yang memang tidak boleh makan dalam kuantiti yang banyak dalam sesuatu masa dan menunggu sehingga lapar barulah menjamah makanan...

=> kadang tu risau gak kot-kot la tak dapat nak menghasilkan susu yang banyak untuk bb Thaqif... tapi sehingga kini alhamdulillah, malam dapat la pam 4 oz, pagi sebelum gi keje lepas sahur tu dapat dalam 2 oz, kat opis kadang dapat la 4 oz, kadang kalau stress kurang la...

=> ya Allah, permudahkanlah untuk aku menyusukan bayiku sehingga mana dia boleh menyusu badan dariku iaitu 2 tahun yang disarankan... AMIN...

@ ayat-ayat Kaisah (II)

0 comments
Q: Kenapa Kaisah kopek parut kat hidung tu?
A: Bukan Kaisah yang kopek la ibu... tangan ni yang kopek...

Q: Kenapa bau busuk nih? Kaisah 'be' ke?
A: Ala, sikit aje...

Q: Kaisah, duduk la makan tu...
A: Tak boleh la ibu, yak (buang air besar)...

Q: Kaisah nak 'titi' boleh ke ibu? Ni Kaisah punya (sambil menunjukkan pada salah satu)... tu adik punya...
A: Ye, boleh... cepat titi...

weolls @ connected

weolls @ popular posts

weolls @ world

weolls @ labels

 

All About Us Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal


This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates