Gaissss... hai hai hai semua... tetiba excited kannnn... mana taknya uollssss, tak lama lagi, akan diadakan Karnival TVET 2019 Zon Tengah yang akan berlangsung pada 19/10/2019 hinggalah ke 21/10/2019... pelbagai aktiviti menarik telah dirangka demi menjayakan karnival ini... antara aktivitinya adalah seperti:
Pertandingan kemahiran
Try a skill find your skill
Permainan VR / PS4 / Drone
Pertandingan beyblade
Seminar TVET ceramah kerjaya
Skills demo kuiz TVET 4.0
Pesta kanak-kanak
Persembahan artis tempatan


Menarik bukan?... aku ni hopefully ada kesempatanlah untuk memeriahkan lagi karnival ini... bukannya apa gaissss, banyak manfaat yang dapat kita perolehi di samping mereleasekan segala apa yang membebani fikiran kannnn... gitu...

Nanti, akan ada juga:
Pertandingan Worldskills Malaysia peringkat belia
Pertandingan Worldskills Malaysia peringkat pengajar
Pertandingan Junior Skills
Pertandingan kemahiran
Demo masakan
Demo gubahan bunga


Pertandingan Worldskills Malaysia peringkat belia akan dibahagikan kepada:
Visual merchandising
Jewellery
Floristy
Hairdressing
Fashion technology
Beauty therapy
Graphic design technology
IT network system administration
Electronics
Web technologies
Mechatronics
Automobile technology
IT software solutions for business

Pertandingan Worldskills Malaysia peringkat pengajar akan dibahagikan kepada:
Beauty therapy
Hairdressing

Pertandingan Junior Skills akan dibahagikan kepada:
Electrical installation
Graphic design
Drone technology
Mobile technology

Selain daripada pertandingan-pertandingan tadi, akan ada juga:
Pertandingan PS4 (terbuka kepada semua)
Pertandingan merekabentuk Logo Worldskills Malaysia (13-17 tahun)
Pertandingan mewarna logo Worldskills Malaysia (4-7 tahun)
Pertandingan beyblade (terbuka)
Aktiviti coin hunter (terbuka)


Untuk pengetahuan korang, menjelang 2020, sekurang-kurangnya 35% pekerja mahir diperlukan yang mana ia akan melibatkan pelbagai sektor yang sudah tentulah untuk dipelopori oleh warga kerja tempatan... see, banyak peluang pekerjaan yang bakal ada selaras dengan hasrat menjadikan tanah air kita Malaysia ni sebagai negara maju dan berpendapatan tinggi gitu... dek kerana itulah kalau korang perasan, TVET ni dah semakin giat diarusperdanakan... apa TVET ya?... TVET ni adalah pendidikan teknikal dan latihan vokasional... thus, eloklah kiranya kita tengok sekiranya minat ke arah ni... boleh la terus ceburi...

Kat bawah ni adalah berita terkini berkenaan TVET:

Bidang kemahiran bukan lagi pilihan terakhir untuk melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi sejajar Revolusi Perindustrian 4.0 (IR 4.0). Menurut kajian pada 2016, sebanyak 59 peratus pelajar di Jerman melanjutkan pengajian dalam program berasaskan kemahiran, Belanda (68 peratus); Australia (62 peratus); Indonesia (51 peratus) dan Thailand (41 peratus). Di Malaysia, setakat ini hanya 28 peratus pelajar melanjutkan pengajian dalam bidang itu kerana masih ramai ibu bapa atau penjaga beranggapan, bidang kemahiran hanya untuk pelajar lemah dalam pencapaian akademik dan tidak mempunyai masa depan.
Kini setiap keluarga sepatutnya melihat bidang kemahiran sebagai pilihan utama, bukan lagi pilihan kedua untuk kerjaya masa depan anak mereka. Mereka boleh mencontohi bagaimana penerimaan masyarakat bukan saja di negara maju, malah negara jiran yang memilih bidang kemahiran sebagai kerjaya pilihan. Presiden Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan mengakui banyak syarikat yang mengutamakan graduan aliran pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET).
Katanya, sebab itulah jumlah pengangguran, khususnya kalangan graduan sains sosial semakin meningkat kerana peluang pekerjaan lebih banyak dalam aliran teknikal dan vokasional. Beliau berkata, ini ditambah dengan komitmen kerajaan memajukan prasarana pendidikan TVET dan peruntukan bidang itu juga meningkat dari tahun ke tahun. “Bidang kemahiran yang selama ini dikaitkan dengan industri 3D yang merujuk kepada kotor, berbahaya dan sukar, kini sudah berubah sejajar perkembangan pesat teknologi. “Saya percaya IR 4.0 yang akan meningkatkan teknologi robotik dan kecerdasan buatan (AI) akan menjadikan TVET kekal berada di depan dalam industri pekerjaan,” katanya.
Bagi Presiden Persatuan Alumni Kolej Teknikal Yayasan Sabah (KTYS), Pkhruddin Bian, kolej itu menggunakan pendekatan berasaskan latihan kompetensi dengan menyediakan latihan kepada pelajar dan menempatkan mereka dalam pasaran kerja. Katanya, ini dengan sendirinya melahirkan lebih ramai pekerja berpengetahuan dan memenuhi permintaan industri, khususnya dalam bidang kemahiran yang kini mendapat permintaan tinggi. Beliau berkata, antara program ditawarkan ialah teknologi automotif, jurubina bangunan, seni kulinari, pembuatan pastri, teknologi kimpalan, juruteknik elektrik serta penyejukbekuan dan penyaman udara.
“Dulu kolej ini turut menawarkan jurusan kewartawanan dan kami bangga kerana ada graduan bidang itu bertugas di Berita Harian, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), Radio Televisyen Malaysia (RTM), akhbar tempatan Sabah dan ada juga setiausaha akhbar menteri. “Untuk menggalakkan lebih ramai pelajar mengikuti pengajian di KTYS, kami menjelajah seluruh Sabah untuk berkongsi pengalaman dan kerjaya menerusi Program Jelajah Pendidikan KTYS,” katanya yang juga graduan Diploma Binaan Bangunan dan kini usahawan dalam bidang itu.
Credit to: Berita Harian (Penulis: Mohd Azrone Sarabatin)
Link berita: Tekan sini
First move adalah dengan datang dan tengok sendiri aktiviti-aktiviti yang telah dirangka untuk Karnival TVET 2019 Zon Tengah ni okay... please block your calendar ya everyone... banyak tau aktiviti yang menanti uolls ni... see you around... till then...

xoxo