KORANG SERIOUSLY KENA CUBA NUViT DAILY DEFENDER-LIGHWEIGHT MOISTURIZING SUNSCREEN - REVIEW

Assalamualaikum dan hai hai hai everything, tengah buat apa tu?... aku tengah lap peluh ni, baru lepas fefeeling sun-bathing... hehehehe... almaklumlah, kawasan yang aku duduki ni terletak betul-betul di pesisir pantai... bilik aku betul-betul mengadap laut, buka pintu je tak sampai 20 langkah dah sampai ke laut...mana tak panasnya kannnn... anyway, secara amnya, kebanyakan orang memang terdedah kepada sinaran ultra ungu (UV) daripada matahari dan lain-lain sumber bukan semulajadi yang digunakan dalam industri seperti perkilangan dan juga di kawasan-kawasan rekreasi...

Okay, jom kita kupas sikit berkenaan hal ini ya... matahari merupakan sumber sinaran UV yang paling kuat di alam sekitar kita... untuk pengetahuan korang semua, pancaran daripada matahari terdiri daripada tiga komposisi iaitu cahaya, haba dan sinaran UV...  korang mesti pernah dengar tentang aktiviti berjemur untuk mendapatkan khasiat Vitamin D kan?... well, jumlah sinaran cahaya matahari yang kecil adalah perlu untuk penghasilan vitamin D dalam badan manusia... namun begitu, kita kan perlu bersederhana dalam segala perkara, apabila terdedah secara melampau, hal ini akan memberikan kesan buruk jangka pendek dan jangka panjang pada kulit, mata dan sistem imun kita..


Apakah sinaran UV? 
Baik, camni ya, sinaran UV merupakan sebahagian daripada spektrum elektromagnetik dalam bahasa mudahnya ialah cahaya yang sampai ke bumi dari matahari dengan gelombang yang lebih pendek berbanding spektrum tampak... terdapat tiga rantau spektrum pada sinaran masuk UV yang diklasifikasikan sebagai:
1) UVA (320 - 400 nm)
UVA ialah sinaran UV yang boleh menembusi lapisan kulit dan menyebabkan kerosakan kulit seperti penuaan, berkedut, kulit kusam, jeragat, jerawat dan pelbagai lagi masalah kulit.
UVA paling bahaya sebab ia dapat menembusi lapisan kulit dermis. Ia akan menyebabkan penuaan dan kedutan di kulit. 
2) UVB (290 - 320 nm)
UVB pula ialah sinaran UV yang menyebabkan kulit sunburn, kulit menjadi gelap dan terbakar. UVB diserap oleh lapisan kulit epidermis yang akan menyebabkan sunburn. 
3) UVC (100 – 280 nm)
UVC paling diserap oleh lapisan ozon di stratosfera dek kerana ia merupakan gelombang rantau spektrum yang lebih pendek... apabila cahaya matahari menembusi atmosfera bumi, kesemua UVC dan lebih kurang 90% UVB diserap oleh ozon, wap air, oksigen dan karbon dioksida... ini bermakna bahawa kandungan utama sinaran UV yang sampai ke permukaan bumi adalah UVA dan UVB tetapi dengan jumlah yang lebih kecil...

Bahaya Sinaran UV
Secara amnya, sinaran matahari dapat memberi manfaat kepada manusia dan ia diperlukan untuk menghasilkan vitamin D yang mana sinaran UV turut digunakan untuk merawat beberapa penyakit termasuklah riket, psoriasis, ekzema dan penyakit kuning (jaundice)... rawatan seperti ini dilakukan di bawah pengawasan perubatan... walau bagaimanapun, pendedahan kepada sinaran UV yang berpanjangan boleh menyebabkan kesan kesihatan yang akut dan kronik pada kulit, mata dan sistem imun... kesan akut yang paling diketahui umum ialah selaran matahari (erythema) dan dalam jangka masa yang lebih panjang, sinaran UV menyebabkan keradangan mata dan mendorong perubahan kemerosotan sel-sel kulit, tisu gentian dan saluran darah yang kemudiannya menyebabkan keadaan penuaan kulit pra-matang, ruam dan kulit bersisik... sinaran UV boleh merengsa dan merosakkan kulit bagi sesetengah individu kerana ia juga boleh menembusi ke dalam lapisan kolagen dan memecahkan serat kolagen, sekali gus mempercepatkan proses penuaan...

Waduh waduh... banyak kesan buruk rupanya kan apabila kulit kita selalu terdedah dengan sinaran UV ni... hmpppp, memang sesuai sangatlah dengan apa yang nak aku tampilkan ni... tadaaaa...


Untuk pengetahuan korang semua, NUViT telah menghasilkan produk terbaru yang merupakan cecair pelindung cahaya matahari (sunscreen) ringan yang sangat unik iaitu NUViT DAILY DEFENDER-LIGHWEIGHT MOISTURIZING SUNSCREEN yang dirumus dengan penuh teliti dan sesuai untuk semua jenis kulit... cecair ringan ini memberikan perlindungan sepenuhnya menerusi teknologi Photo-Shield yang memerangi sinar UVA dan UVB untuk melindungi kulit kita dari kesan kerosakan foto dan kerosakan radikal bebas.. best kan korang?...


Apa yang pasti, NUViT DAILY DEFENDER-LIGHWEIGHT MOISTURIZING SUNSCREEN ini turut digabungkan dengan sifat anti-pencemaran yang dapat membina semula penghalang kulit untuk memperbaharui kulit yang sihat... yang membuatkan aku suka dengan produk ni gaissss, cecairnya ringan dan tidak berminyak malah ia memberikan suatu sensasi kesegaran apabila aku memakainya... rasa sejuk, cooling and refreshed je masa letak kat tangan masa aku mula-mula test produk ni gaissss... sensasi sejuk tu sebenarnya menunjukkan yang produk ni sesuai dengan kulit kita ya uollssss... so, in future, kalau korang nak pastikan sesuatu produk tu sesuai ke tak dengan kulit korang, ini adalah antara tanda-tandanya tau... kalau rasa panas je, kemungkinan besar produk tu tak sesuai dengan kulit korang okay... haaa, ingat TIPS yang aku bagi ni ya...


Apa yang dapat aku simpulkan, apabila aku memakai NUViT DAILY DEFENDER-LIGHWEIGHT MOISTURIZING SUNSCREEN ni, aku tak rasa pun macam ada letakkan benda pada kulit muka pun... aku pat lembut je kat T-zone, pastu kat pipi dan dagu... then, aku oles lembut je... sebelum pakai sunscreen tu macam biasa, aku dah cuci muka siap-siap dah... pagi sehhhh, lepas mandi and all, terus bersiap untuk pergi kerja kannnn, so the entire routine adalah seperti biasa iaitu bangun pagi, gosok gigi, cuci muka, pakai baju, makan roti, minum kopi... eh, ternyanyi pulaks... hehehehe...

Walaupun kemungkinan untuk berjemur tu tak ada sebab sekarang ni aktiviti kat site dah berkurangan, aku tetap pakai sunscreen ni sebab aku akan terdedah dengan cahaya dari laptop dan komputer kan... and then UVA dan UVB juga boleh menembusi tingkap yang ada di sekeliling bangunan tempat aku bertugas kan kan kan... senang cerita, even if kita langsung tak keluar rumah pun, pakai je sunscreen as a shield from the UV rays okay?...


Berikut adalah ingredients NUViT DAILY DEFENDER-LIGHWEIGHT MOISTURIZING SUNSCREEN:

Water, Propanediol, cyclopentasiloxane, Isononyl Isononanoate, Titanium Dioxide, Caprylyl Methicone, Ethylhexyl Methoxycinnamate, Polyacrylate-13, Butyl Methoxydibenzoylmethane, Butylene Glycol, Benzophenone-3, Polysorbate 60, Phenoxyethanol, Silica, Polyisobutene, Caprylyl Glycol, Cetyl Phosphate, Phospholipids, Ethylhexylglycerin, o-Cymen-5-ol, Caprylic/Capric Triglyceride, Polysorbate 20, Arginine, Sorbitan Isostearate, Acrylates/C10-30 Alkyl Acrylate Crosspolymer, Sodium Hyaluronate, Diisopropyl Adipate, Sodium Lauroyl Lactylate, Lecithin, Acrylic Acid/Acrylamidomethyl Propane Sulfonic Acid Copolymer, Dimethylmethoxy Chromanol, Laminaria Ochroleuca Extract, Glyceryl Caprylate, Theobroma Cacao (Cocoa) Seed Extract, Xanthan Gum, Ceramide NP, Phytosphingosine, Ceramide AP, Cholesterol, Carbomer, Ceramide EOP.

See, based on all of the ingredients pun dah rasa yakin kan kan kan... memang terbaik gaissss, aku sendiri dah pakai for 5 consecutive days ni memang rasa ada perbezaan tau... tengok tu muka happy dan puas-hati dengan keberkesanan NUViT DAILY DEFENDER-LIGHWEIGHT MOISTURIZING SUNSCREEN ni...


Korang, lagi satu perkara yang membuatkan aku suka dengan NUViT DAILY DEFENDER-LIGHWEIGHT MOISTURIZING SUNSCREEN ni ialah ia tidak berminyak, bebas Paraben dan bebas alkohol... Wow!!! Memang menepati piaiawaian diriku tau...

Okay, kat sini aku nak bagi sedikit lagi maklumat untuk memudahkan korang mengenali NUViT DAILY DEFENDER-LIGHWEIGHT MOISTURIZING SUNSCREEN dengan lebih dekat ya...

Sun Protection Factor (SPF):
50+

Dos/Arahan Penggunaan:
Sapukan lapisan yang rata untuk menutup kawasan yang terdedah kepada matahari..

Langkah Berjaga-Jaga Khas:
1) Untuk kegunaan luar sahaja.
2) Elakkan terkena mata.
3) Sekiranya kerengsaan berlebihan berlaku, segera berhenti menggunakan NUViT DAILY DEFENDER-LIGHWEIGHT MOISTURIZING SUNSCREEN dan berjumpalah dengan pengamal perubatan (doktor).

Cara Penyimpanan:
Simpan di tempat yang sejuk dan kering serta jauh dari panas juga cahaya matahari.


Sekarang ni, aku dah jadikan NUViT DAILY DEFENDER-LIGHWEIGHT MOISTURIZING SUNSCREEN sebagai rutin utama penjagaan kulit aku... senang, sekali harung dah siap... tak payah nak fikir pakai benda lain dah, lebih-lebih lagi kulit aku ni dah la sensitif... TAPI bila guna NUViT DAILY DEFENDER-LIGHWEIGHT MOISTURIZING SUNSCREEN nampaknya bukan hanya dapat menghalang UVA dan UVB tetapi juga memperbaiki kulit aku dari dalam... kiranya ala-ala 2 in 1 gitu... selain memberikan hasil yang menggembirakan ini, NUViT DAILY DEFENDER-LIGHWEIGHT MOISTURIZING SUNSCREEN juga aku syorkan untuk korang dapatkan kerana ia memang berbaloi dengan wang anda tau... mana taknya, packaging produk ini yang 50 ml tu, kalau korang pakai mengikut aturan yang betul, boleh tahan sehingga 3 bulan anggarannya... lagipun, sekiranya korang dah guna NUViT DAILY DEFENDER-LIGHWEIGHT MOISTURIZING SUNSCREEN ni, dah tak payah nak pakai pelembap lain dah kannnn... dapat juga kita berjimat kan gaissss, tak gitu?...

Okay, kalau korang berminat untuk mendapatkan NUViT DAILY DEFENDER-LIGHWEIGHT MOISTURIZING SUNSCREEN korang boleh check it out kat sini ya:

Till then, I'll see you when I see you... daaaa...

#Nuvit #Suncreen #NuvitSunblox #DailyDefender #spf50 #UVprotection #lightweightmoisturizing #hotitem

xoxo

Tini Alif

20 years of experience within the technical, manufacturing and services environment. Assists brands and companies to achieve their targeted and potential customer through writing service such as article writing, copywriting, ghostwriting, manuscript writing, technical writing, content marketing and translation amongst others. Interested to collaborate? Email: hartini.hussain.work@gmail.com or WhatsApp at +601154054677

24 Comments

  1. Wahh, macam menarik la, cahaya matahari sekarang makin bahaya, so kena la pakai pelindung kan?

    ReplyDelete
  2. memang penting pakai sunscreen ni

    ReplyDelete
  3. bestnya duduk rumah pun kena pakai sebagai daily routine, barulah kulit lawa

    ReplyDelete
  4. dah cuba krim 2 in i nie.. mmg suka

    ReplyDelete
  5. Penting jaga muka ni kan, untuk kepuasan diri sendiri ;)

    ReplyDelete
  6. Ai masih cari sunscreen yang sesuai dengan kulit muka. Boleh try -try nanti.

    ReplyDelete
  7. Insaf kejap. Lama tak.jga kulit muka😅

    ReplyDelete
  8. Haritu buat rawatan muka mmg dia cakap sunblock ni penting.. Best pulak tgl nuvit punya sunscreen

    ReplyDelete
  9. Thank You For sharing.. sgt berguna informasinya.. keep blogging !^^

    ReplyDelete
  10. Nampak menarik produk ni :)

    Senarai pemenang segmen dah keluar :)

    https://ejulz.blogspot.com/2020/06/pemenang-segmen-ucapan-buat-frontliners.html

    ReplyDelete
  11. Nice entry. Nak keluar mmg cikgu wajib pakai sunblock ☺️

    ReplyDelete
  12. Berada di negara yang sentiasa panas ini memang lah perlu menggunakan sunscreen utk lindungi kulit dari ‘terbakar’

    ReplyDelete
  13. Info yang menarik..
    Salam singgah dari https://85mutiarabeauty.blogspot.com

    ReplyDelete
  14. Info yang menarik..
    Salam singgah dari https://85mutiarabeauty.blogspot.com

    ReplyDelete
  15. kalau banyak berjemur kat luar memang wajib kena pakai sunscreen..kita biasa pakai kalo ada aktiviti kat pantai aje..haha...lepas ni nak kena rajin jugak la oles sunscreen sebab selalu ngadap laptop...

    ReplyDelete
  16. Macam-macam produk skincare ada kat market sekarang

    ReplyDelete
  17. Ramai kata brand ni bagus . Ada rezeki nak try sebab lately ni selalu sangat berjemur

    ReplyDelete
  18. bagus sunscreen ni...buka keluar rumah sahaja..duduk rumah pun boleh guna juga...

    ReplyDelete
  19. Rawlins suka sebab packagingnya mudah dibawa ke mana jua dan yang penting lighweight serta tidak buat wajah bercapuk. Boleh la Rawlins cari kelak sebab memang wajib pakai sunscreen sekarang nie

    ReplyDelete

  20. I memang use sun block everyday. NUViT DAILY DEFENDER-LIGHWEIGHT MOISTURIZING SUNSCREEN seems like a nice one. will try next time

    ReplyDelete
  21. Macam best je produk ni. Boleh cuba nanti

    ReplyDelete
  22. Wah good sharing 👍🏼 Kalau nak ambik wudhu still guna make up remover ke tak eh?

    ReplyDelete
  23. Dh guna mmng bagus sunscreen ni,brand nuvit tk pernah mngecewakan

    ReplyDelete
Previous Post Next Post