CARA NAK PASTIKAN HEADER TABLE KEKAL DI SETIAP MUKA SURAT - MICROSOFT WORD

Hari ni jom kita belajar satu tips berkenaan penggunaan Microsoft Word yaaaa (bayangkan Mona masa tengah bercakap dengan Yummy... hehehehe...)... dalam kita menjalankan tugasan, kita akan sering menggunakan perisian Microsoft Word tak gitu?... aku ni memang sokmo la bergelumang dengan dokumen, presentations, reports and all... jadi, kadang-kadang, masa dok buat tu lebih-lebih lagi apabila dah hampir dengan due date, benda yang senang pun boleh lupa... hehehehe... okay, kita go straight to the point ya... kalau korang selalu bermain dengan 'table' akan ada ketikanya korang akan input data atau maklumat kat dalam 'table' tu sampai ia terpaksa ke muka surat sebelah kannnn... TAPI MACAM MANA NAK PASTIKAN HEADER TABLE TU MAINTAIN KAT SEMUA MUKA SURAT kan?...

Gini caranya...

CARA A


1) Ini contoh 'table' korang....


2) Korang highlight header yang dikehendaki okay... highlight the entire row tu...


3) Korang pergi kat bahagian atas tu tekan TABLE, pastu kat bahagian DATA tekan kat part REPEAT HEADER ROWS... dah siap... senang kan...


Kalau korang rasa CARA A ni macam payah naaaa nak ingat, korang boleh buat CARA B...

CARA B


1) Korang highlight kat row yang dikehendaki (tak nak highlight pun takpe), pastu right click dan akan keluar prompt box macam kat bawah ni... 


2) Pastu korang tekan kat part Table Properties ya...


3) Then, korang klik kat part ROW dan pastikan klik kat bahagian REPEAT AS HEADER ROW AT THE TOP OF EACH PAGE... pastu, klik OK dan siap...


4) Ni hasilnya ya korangssss...


Mudahkan?...

Selamat mencuba ya...

xoxo

Post a Comment

1 Comments

  1. Terima kasih. Makcik akan berusaha untuk terus perbanyakkan lagi artikel sebegini.

    ReplyDelete