[BLOGGING IS IN THE BLOOD | REVIEW | TRAVEL | EVENT | PRODUCTS | BOOKS | FOOD AND BEVERAGES | SAFETY | HEALTH | QUALITY ASSURANCE | MYSTERY SHOPPING | TRANSLATION | PARENTING | FAMILY | EVERYTHING.] [FOR ANY REVIEW | EVENT | ADVERTORIAL | FREELANCE | TRAINING | CATERING | ALL KINDS OF JOB | KINDLY CONTACT: 018-2767882 / HARTINI.HUSSAIN.WORK@GMAIL.COM] [ANY PICTURE(S) WHICH WAS @ WERE NOT ORIGINATED BY US ARE THE PROPERTY OF THE OWNER AND THE CREDIT GOES TO THEM.]
This is Slide 2 Title
This is slide 2 description. Go to Edit HTML and replace these sentences with your own words. This is a Blogger template by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com...
This is Slide 3 Title
This is slide 3 description. Go to Edit HTML and replace these sentences with your own words. This is a Blogger template by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com...
i. Pertandingan video “KelantanKu Bersih” adalah anjuran Pertubuhan KelantanKu Bersih dengan kerjasama Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri Kelantan.
ii. Tempoh pertandingan ini adalah bermula dari 20 Ogos 2020 sehingga 30 September 2020.
iii. Tema pertandingan ini adalah “KelantanKu Bersih” di mana peserta harus merakam/membuat video dengan berlatarbelakangkan lagu tema kempen “KelantanKu Bersih”.
iv. Pertandingan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia. B. TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN
i. Penyertaan adalah percuma.
ii. Produksi mestilah karya asal pemohon dan tidak pernah menyertai mana-mana pertandingan samaada di peringkat negeri, kebangsaan atau antarabangsa.
iii. Genre terbuka seperti animasi, drama, sketsa, komedi dan dokumentari.
iv. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab untuk menanggung sebarang kos ataupun kerugian yang ditanggung oleh peserta.
v. Peserta WAJIB memuat turun MP3 lagu tema kempen “KelantanKu Bersih” di sini.
vi. Lagu tema kempen “Kelantanku Bersih” WAJIB digunakan sebagai laterbelakang video yang dihasilkan.
vii. Hasil karya hendaklah sesuai untuk diterbit dan dipapar dalam bentuk media video. Format yang dibenarkan adalah MP4. Resolusi minima video yang dihantar Video HD 720p (1280 x 720 pixel resolution)
viii. Peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan. Walau bagaimanapun, setiap peserta hanya layak untuk menerima satu hadiah sahaja. C. TUNTUTAN HAK CIPTA
i. Pihak penganjur berhak untuk menerbitkan, mengeluarkan, memapar, mengedar, menyunting dan menayangkan pada skrin mana-mana hasil karya yang menang atau tidak di laman web, pameran, mana-mana media yang lain atau media sosial untuk tujuan penganjur. Video yang digunakan akan dikreditkan kepada pemilik karya.
ii. Pihak penganjur berhak untuk membuat suntingan terhadap video penyertaan bagi tujuan pendidikan, penyiaran dan promosi kempen “KelantanKu Bersih”. D. HADIAH DAN KEPUTUSAN PERTANDINGAN
i. Tawaran hadiah bagi setiap pemenang adalah seperti berikut:
Johan : RM 3,000.00
Naib Johan : RM 2,000.00
Ketiga : RM 1,000.00
ii. Penilaian akan dilakukan berdasarkan keaslian, teknik, kreativiti dan keupayaan untuk menyampaikan mesej berkisarkan kempen “KelantanKu Bersih” secara kreatif.
iii. Pemenang akan dihubungi melalui telefon dan emel.
iv. Keputusan panel juri adalah muktamad. Sebarang rayuan dan bantahan tidak akan dipertimbangkan. E. TEMPOH PERTANDINGAN
i. Tarikh akhir menghantar video adalah pada 30 September 2020, Rabu, jam 4.00 PETANG.
ii. Peserta perlu memuat naik video yang ingin dipertandingkan di platform Youtube. Video tersebut hendaklah di set untuk tontonan umum (public).
iii. Kongsikan pautan video (link video) tersebut ke Google Form ini.
iv. Peserta wajib mengisi maklumat diri di Google Form yang sama seperti di atas.
v. Pihak penganjur tidak menerima penyertaan yang dihantar melalui pos.
vi. Pihak penganjur berhak menolak penyertaan yang tidak lengkap dan penyertaan yang tiba lewat dari tarikh tutup. Untuk pertanyaan / keterangan lanjut, sila hubungi:
Urusetia
Pertandingan Video KelantanKu Bersih
Bahagian Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan
Blok 8 (MABNA MBI), Aras 7
Kompleks Kota Darulnaim
15050 Kota Bharu, Kelantan
No Tel : 09-748 1957 / 8708 / 8706 / 8705 #JupoSapohKutip #JangeTohokKoksey #KempenKelantankuBersih Jom sertainya beramai-ramai ya korang...
Mudah saja, anda hanya perlu merakamkan video pendek berdurasi 1 minit dan muatnaik video berkenaan di Instagram anda dengan hashtag #DetikIndahASB dan #ASB30tahun beserta tajuk video.
Kongsikan saja pandangan atau pengalaman anda mengenai ASB. Mana tahu cerita anda menjadi inspirasi kepada yang lain.
Jangan lupa, pastikan setting akaun anda adalah public.
Tarikh tutup penyertaan: 30 September 2020.
Maklumat lanjut serta terma dan syarat peraduan di sini.
Jabatan Alam Sekitar ingin menjemput semua pihak yang berminat bagi mengambil tempat di dalam pertandingan e-Poster, Infografik dan Video bersempena Hari Ozon Sedunia 2020.
Jom sertai pertandingan untuk memenangi hadiah lumayan.
Assalamualaikum dan hai hai hai everything... sempena berada di dalam bulan kemerdekaan dan dah hampir sangat ke tanggal 31 Ogos, aku terpanggil untuk mengingatkan kita semua agar sama-samalah berusaha untuk tetap menjaga keamanan dan kesejahteraan yang telah dibina dansedang kita kecapi atas penat-lelah generasi terdahulu... ketepikanlah segala anasir negatif, kukuhkanlah persefahaman demi generasi yang akan datang... kita kini sedang menuai hasil daripada segala apa yang telah diusahakan oleh nenek-moyang kita, sekarang adalah masanya untuk kita pula membalas jasa-jasa mereka dengan membina pertiwi yang gagah untuk ditinggalkan buat anak, cucu dan cicit kita seterusnya generasi yang akan datang...
Pstttt, viideo ni dibuat pada sambutan kemerdekaan negara kita yang ke-57, namun, bagi aku, ia masih relevan dan akan terus relevan lebih-lebih lagi dalam menyedarkan masyarakat tentang peri-pentingnya sifat sayangkan tanahair di samping kerjasama dan kepercayaan yang tidak berbelah-bagi... ingat, bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat... setiap kali aku mendengar atau menyanyikan lagu ini, seriously, memang meremang bulu roma aku... terus naik semangat patriotik aku (yang sememangnya kalau berbicara tentang hal kenegaraan, tak kira apapun merupakan sesuatu yang besar bagi aku)... AKU SAYANG MALAYSIA KAMI SEKELUARGA SAYANG MALAYSIA
Korang, Cabutan Bertuah VIT'S AEON dah bermula mulai 13 Ogos hingga 16 September 2020 tau... acara ini membolehkan korang semua untuk berpeluang memenangi hadiah menarik... best kan?...
Perkara yang perlu dilakukan mudah je... korang hanya perlu membeli produk VIT'S Italian Mi Goreng Bolognese dan Aglio Olio dari Pasaraya AEON seluruh Malaysia dan imbas kod yang terdapat di paket... serious mudah lagi memudahkan... tak payah nak isi-isi borang peraduan dah kannnn... nombor bertuah korang akan diumumkan secara online di sini...
untuk pengetahuan korang, VIT'S juga akan menghidangkan para pengunjung semua dengan sampel menu VIT'S Italian Mi Goreng ini di seluruh outlet AEON seperti di bawah:
1. AEON Kepong Outlet.
2. AEON Bandar Utama Outlet.
3. AEON Taman Maluri Outlet.
4. AEON Bukit Tinggi Outlet.
5. AEON Bandar Sunway Outlet.
6. AEON Bandaraya Melaka Outlet.
7. AEON Ipoh Kinta Outlet.
8. AEON QueenBay Mall Penang Outlet.
9. AEON Bukit Indah Johor Outlet.
10. AEON Terbau City Johor Outlet.
Amacam?.. ONz tak ONz?..
Jom la join korang... mudah sangat caranya tu... kiranya, alang-alang korang pergi membeli-belah kat AEON tu, amik sepeket VIT'S Italian Mi Goreng Bolognese dan Aglio Olio, pastu scan je barcode yang ada tu... semudah ABC kannnn...
All the best ya everyone...
Psstttt, makcik pun join tau... hehehehe... semoga menanglah, insyaAllah...
Apa maksud ghostwriter?.. adakah ia hantu yang menulis?.. atau penulis hantu? atau penulis cerita-cerita seram?.. begini, ghostwriter adalah suatu kerjaya seorang penulis yang dibayar perkhidmatannya untuk menulis buku orang lain... ada banyak gelaran yang digunakan selain ghostwriter... antaranya ada;lah penulis siluman dan penulis upahan... orang yang menerima upah dengan menulis...
Upah menulis?.. ya. kerja mengambil upah dengan menulis... misalnya, ada seorang tokoh dan beliau memiliki kisah perjalanan hidup yang boleh menjadi inspirasi bagi orang lain... tokoh ini ingin menyusunnya dalam bentuk buku biografi kerana beliau tidak mampu untuk fokus menulis kerana sangat sibuk, maka jalan solusinya adalah memakai khidmat ghost writer... ghoswriter akan menemuramah tokoh itu dan menukar serta menyusun semula temuramah ke dalam bentuk manuskrip... apibila buku diterbitkan, nama penulis buku adalah tokoh itu sendiri bukan nama ghostwriter... sebab itu digelar ghostwriter, penulis hantu atau penulis upahan...
Di luar negeri, kerjaya ghostwriter sangat popular... banyak orang-orang terkemuka menggunakan khidmat ghostwriter untuk menuliskan buku mereka... pendapatan kerjaya sebagai ghostwriter menulis buku biografi biasa-biasa bermula dari RM15,000 tau... semakin tinggi portfolio seseorang tokoh, semakin tinggi bayaran kepada khidmat ghostwriter...
Ada Kelas Online Ghostwriter Junior pada 29/08/2020 - 30/08/2020 ni tau...
Sempena BULAN KEMERDEKAAN ini ada diskaun yang akan diberikan ye korang... diskaun sebanyak RM31 sempena tarikh kemerdekaan negara kita yang tercinta pada 31 Ogos 1957...
PROMO CODE: MERDEKA31
Gunakan Promo Code ini semasa ingin checkout ya...
Ini memang Betol-Betol Letop gaissss... tengok la gelagat my angels makan keropok udang paling sedap ni... sampai kruk krak kruk krak bunyinya time mengunyah... memang rangup dan besar-besar keropoknya korang... besar tapak tangan gitu... pendek kata, kalau buat alas perut pun, memang boleh kenyanglah... untuk pengetahuan korang semua, keropok udang yang serious sedap ni dipasarkan oleh @boonleefoods... ia dihasilkan 💯% daripada udang segar, tanpa perasa, tanpa bahan pengawet dan tanpa sebarang pewarna tiruan tau...
Kiranya, keropok Betol-Betol Letop ni memang betul- betul asli gitchewwww... anak-anak dok continue mengunyah sampai tak perasan satu peket dah habis lebih-lebih lagi bila makan keropok Betol-Betol Letop ni sambil tengok TV bersama-sama keluarga... ini membuatkan quality-time tu menjadi lebih bermakna... eh, kalau korang pun nak rasa keropok Betol-Betol Letop yang marvellous ni, korang boleh dapatkan di sini ya...
Support our Youtube Channel gaissss, jom subscribe to:
Assalamualaikum dan hai hai hai everything... sampai jadi fenomena baru-baru ni dengan 7 HARI MENCINTAIKU 2... aku yang memang payah nak dapat stesen TV Malaysia ni sampai jenuh la dok mencari sekuel cerita ni yang pertama... yelah kan, mana taknya, duduk kat hujung tanjunglah katakan... masa dok tayang kat TV sebelum ni memang tak berkesempatan la nak tengok... bukan sebab apa, sebabnya, time balik KL, takde pulak schedule ceritanya... makanya, gigih la search kat Youtube semata-mata sebab nak tengok first sekuel untuk memahamkan jalan ceritanya... untuk korang yang dah tengok 7 HARI MENCINTAIKU sekuel pertama sebelum ni tapi nak repeat, bolehlah layanzzzz kat sini ya... aku buat dalam 3 entries tau... layanzzzz jangan tak layanzzzz...
100% natural, sweet and crispy fruits, great as a topping or healthy snack, no additives. Freeze-dried is one of the latest techniques in food preservation. This method is preferred by NASA to preserve food for the astronauts.
It works by extracting moisture from food by vacuum at subzero condition (-40 Degree Celsius). As well as locking in all the essential nutrients, neither heat nor oil is used which meant being healthy can be done without being compromised.
Not fried but freeze-dried! Great for the tummy and for health. Still rich in vitamins and nutritions, this snack will be great for your little one and the entire family!
What will you get?
1) 100% real strawberries.
2) 100% gluten-free.
3) No food colourings.
4) Halal.
5) Vegan.
6) No sweeteners.
7) No preservatives.
8) 100% natural.
9) Shelf life up to 6 - 12 months.
10) 50g/pack.
Look at how yummylicious those dried strawberries are... nevertheless, below are a few of other details for your kind perusal:
Storage Guideline
Store in the refrigerator for the best texture.
Way To Consume
Eat as snack or eat with cereal. Can be added in baking.
ONLY RM17
Deliver to entire Malaysia.
Shipping Fee: Buy any amount from this store, with Shipping Flat Rate - RM8.
Free shipping: Free shipping when you purchase RM80.00 in this store.
Diet Preference: Gluten free, ketogenic.
Suitable for Lactose-intolerant, vegan, vegetarian, suitable for elders.