A. MAKLUMAT PERTANDINGAN
i. Pertandingan video “KelantanKu Bersih” adalah anjuran Pertubuhan KelantanKu Bersih dengan kerjasama Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri Kelantan.
ii. Tempoh pertandingan ini adalah bermula dari 20 Ogos 2020 sehingga 30 September 2020.
iii. Tema pertandingan ini adalah “KelantanKu Bersih” di mana peserta harus merakam/membuat video dengan berlatarbelakangkan lagu tema kempen “KelantanKu Bersih”.
iv. Pertandingan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia.
B. TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN
B. TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN
i. Penyertaan adalah percuma.
ii. Produksi mestilah karya asal pemohon dan tidak pernah menyertai mana-mana pertandingan samaada di peringkat negeri, kebangsaan atau antarabangsa.
iii. Genre terbuka seperti animasi, drama, sketsa, komedi dan dokumentari.
iv. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab untuk menanggung sebarang kos ataupun kerugian yang ditanggung oleh peserta.
v. Peserta WAJIB memuat turun MP3 lagu tema kempen “KelantanKu Bersih” di sini.
vi. Lagu tema kempen “Kelantanku Bersih” WAJIB digunakan sebagai laterbelakang video yang dihasilkan.
vii. Hasil karya hendaklah sesuai untuk diterbit dan dipapar dalam bentuk media video. Format yang dibenarkan adalah MP4. Resolusi minima video yang dihantar Video HD 720p (1280 x 720 pixel resolution)
viii. Peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan. Walau bagaimanapun, setiap peserta hanya layak untuk menerima satu hadiah sahaja.
C. TUNTUTAN HAK CIPTA
C. TUNTUTAN HAK CIPTA
i. Pihak penganjur berhak untuk menerbitkan, mengeluarkan, memapar, mengedar, menyunting dan menayangkan pada skrin mana-mana hasil karya yang menang atau tidak di laman web, pameran, mana-mana media yang lain atau media sosial untuk tujuan penganjur. Video yang digunakan akan dikreditkan kepada pemilik karya.
ii. Pihak penganjur berhak untuk membuat suntingan terhadap video penyertaan bagi tujuan pendidikan, penyiaran dan promosi kempen “KelantanKu Bersih”.
D. HADIAH DAN KEPUTUSAN PERTANDINGAN
D. HADIAH DAN KEPUTUSAN PERTANDINGAN
i. Tawaran hadiah bagi setiap pemenang adalah seperti berikut:
Johan : RM 3,000.00
Naib Johan : RM 2,000.00
Ketiga : RM 1,000.00
ii. Penilaian akan dilakukan berdasarkan keaslian, teknik, kreativiti dan keupayaan untuk menyampaikan mesej berkisarkan kempen “KelantanKu Bersih” secara kreatif.
iii. Pemenang akan dihubungi melalui telefon dan emel.
iv. Keputusan panel juri adalah muktamad. Sebarang rayuan dan bantahan tidak akan dipertimbangkan.
E. TEMPOH PERTANDINGAN
E. TEMPOH PERTANDINGAN
i. Tarikh akhir menghantar video adalah pada 30 September 2020, Rabu, jam 4.00 PETANG.
ii. Peserta perlu memuat naik video yang ingin dipertandingkan di platform Youtube. Video tersebut hendaklah di set untuk tontonan umum (public).
iii. Kongsikan pautan video (link video) tersebut ke Google Form ini.
iv. Peserta wajib mengisi maklumat diri di Google Form yang sama seperti di atas.
v. Pihak penganjur tidak menerima penyertaan yang dihantar melalui pos.
vi. Pihak penganjur berhak menolak penyertaan yang tidak lengkap dan penyertaan yang tiba lewat dari tarikh tutup.
Untuk pertanyaan / keterangan lanjut, sila hubungi:
Untuk pertanyaan / keterangan lanjut, sila hubungi:
Urusetia
Pertandingan Video KelantanKu Bersih
Bahagian Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan
Blok 8 (MABNA MBI), Aras 7
Kompleks Kota Darulnaim
15050 Kota Bharu, Kelantan
No Tel : 09-748 1957 / 8708 / 8706 / 8705
#JupoSapohKutip #JangeTohokKoksey #KempenKelantankuBersih
Jom sertainya beramai-ramai ya korang...
#JupoSapohKutip #JangeTohokKoksey #KempenKelantankuBersih
Jom sertainya beramai-ramai ya korang...
2 Comments
Salam, blogwalking here. done follow blog ini. Good luck semua. :)
ReplyDeletewah..moga ramai anak muda berbakat dapat meyumbangkan idea kan.
ReplyDelete