LIRIK WARISAN - SUDIRMAN

Assalamualaikum dan hai hai hai everything... sempena berada di dalam bulan kemerdekaan dan dah hampir sangat ke tanggal 31 Ogos, aku terpanggil untuk mengingatkan kita semua agar sama-samalah berusaha untuk tetap menjaga keamanan dan kesejahteraan yang telah dibina dansedang kita kecapi atas penat-lelah generasi terdahulu... ketepikanlah segala anasir negatif, kukuhkanlah persefahaman demi generasi yang akan datang... kita kini sedang menuai hasil daripada segala apa yang telah diusahakan oleh nenek-moyang kita, sekarang adalah masanya untuk kita pula membalas jasa-jasa mereka dengan membina pertiwi yang gagah untuk ditinggalkan buat anak, cucu dan cicit kita seterusnya generasi yang akan datang...

Pstttt, viideo ni dibuat pada sambutan kemerdekaan negara kita yang ke-57, namun, bagi aku, ia masih relevan dan akan terus relevan lebih-lebih lagi dalam menyedarkan masyarakat tentang peri-pentingnya sifat sayangkan tanahair di samping kerjasama dan kepercayaan yang tidak berbelah-bagi... ingat, bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat... setiap kali aku mendengar atau menyanyikan lagu ini, seriously, memang meremang bulu roma aku... terus naik semangat patriotik aku (yang sememangnya kalau berbicara tentang hal kenegaraan, tak kira apapun merupakan sesuatu yang besar bagi aku)...

AKU SAYANG MALAYSIA
KAMI SEKELUARGA SAYANG MALAYSIA


Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

Andai kuterbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus kubawakan
Ke mana harus kusemaikan
Cinta ini

Betapa di bumi ini 'ku melangkah
Ke utara, selatan, timur, dan barat kujejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Kuingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Kuingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

Andai kuterbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus kubawakan
Ke mana harus kusemaikan
Cinta ini

Betapa di bumi ini 'ku melangkah
Ke utara, selatan, timur, dan barat kujejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Kuingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Kuingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

xoxo

Tini Alif

20 years of experience within the technical, manufacturing and services environment. Assists brands and companies to achieve their targeted and potential customer through writing service such as article writing, copywriting, ghostwriting, manuscript writing, technical writing, content marketing and translation amongst others. Interested to collaborate? Email: hartini.hussain.work@gmail.com or WhatsApp at +601154054677

2 Comments

Previous Post Next Post