Semenjak aku mencari rezeki di selatan tanah air yang betul-betul terletak di hujung tanjung ni, macam-macam perkara yang aku lalui... ada suka, ada duka, ada tawa, ada tangis... well, biasalah, normallah tu... kehidupan lah katakan... mesti ada pahit dan manis kan... agak berbeza kali ini kerana aku duduk sorang-sorang... jauh daripada keluarga tercinta... dah macam duduk kat asrama pulak aku rasa... hehehehe...
Aku memang seorang yang tak reti nak duduk diam... ada je benda yang aku nak buat... sebelum ni, masa mula-mula aku menjejakkan kaki di tanah ini, aku pergi kerja, balik kerja, pergi kerja, balik kerja je... tapi, menginjak ke minggu ketiga, aku jadi serabut... BORING, BOSAN... so, aku recce area ni dan kebetulan ada KFC betul-betul bertentang dengan tempat tinggal aku di sini yang tak sampai 3 minit pun kalau jalan kaki telah membuatkan aku terfikir untuk bekerja separuh masa di sana... alhamdulillah, aku berkenalan dengan ramai ANAK-ANAK MUDA YANG BERJIWA BESAR... kebanyakannya terdiri daripada anak-anak yang masih bersekolah di Tingkatan 4 dan 5 juga lepasan SPM... di sana, aku mendalami erti bekerja di dalam bidang F&B dengan penuh minat... kami diajar tentang pelbagai selok-belok dan cara-cara pengendalian makanan mengikut SOP yang betul... setiap kali ada NPI, memang seronoklah sebab akan ada team member yang dihantar untuk mempelajari berkenaan new product tersebut... it is indeed a valuable experience for me...
Then, dek kerana aku sejak sebelum bekerja di selatan tanah air pun memang minat berniaga, ada pula sahabat-sahabat positif yang menyarankan agar aku meniagakan aiskrim Malaysia yang sering aku buat dan jual sewaktu di central... aku pun buat dan jual... alhamdulillah, order yang aku terima cukup untuk membuatkan aku tak menang tangan NAMUN di sebalik itu betul la kata orang dulu-dulu... tak mudah untuk kita memuaskan hati semua orang... bekerja separuh masa di KFC dan menjual aiskrim Malaysia telah membuatkan aku dilabelkan sebagai KEMARUK DUIT... takpelah, yang penting Allah tahu niat aku kan?...
Sambil layan blues, macam biasa aku blogwalking dan landed kat blog sis Tiara Sapphire sambil layan review Bad Genius The Series... hehehehe... eh, ada SEGMEN la... apo laei, jom la join... dapat juga melupakan sedikit aura negativity yang berlingkar di sekitar aku ni... THE POWER OF POSITIVITY gitu... kannnnnn...
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
1) Wajib follow blog Tiara Saphire dan TiaraNovella.
2) Masukkan blog Tiara Saphire dan TiaraNovella ke dalam bloglist blog anda.
3) Buat entry 'SEGMEN BLOGLIST TIARASAPHIRE.COM', copy banner dan backlink ke post ini.
4) Tinggalkan link entry di ruangan komen di bawah post ini.
SEGMEN TAMAT
11.59 Malam | 30 September 2020
All the best everyone... macam selalu, jom sama-sama kita meriahkan lagi segmen sahabat maya kita ya... till then, see you when I see you... daaaa... ooppssss, di entri lain nanti aku sambung lagi cerita tentang kerja part-time dan business kecil-kecilan aku tu ya...
xoxo
6 Comments
all the best..saya pon joinn..
ReplyDeleteselamat bersegmen
https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/09/aku-dapat-suprise-box-daripada-anak.html
Singgah...
ReplyDeletehttps://webayas.blogspot.com/2020/09/segmen-bloglist-tiarasaphirecom.html
thank you sis for joining.selamat bersegmen :)
ReplyDeletegoodluck
ReplyDeleteSinggah & Blogwalking dari Segmen Bloglist TiaraSaphire
ReplyDeleteShida Radzuan,
www.duniashida.com
jalan-jalan dari segmen yang sama (^_^)
ReplyDeletehttps://www.mialiana.com/2020/09/segmen-bloglist-tiarasaphirecom.html