GIVEAWAY MINYAK HERBA ASMAK!!! (BY KAK ECAH & BLOG NAIMY ART)

Assalamualaikum dan hai hai hai everything... hari ni dah masuk bulan kedua dalam tahun 2021 yang tercinta ini gaissss... sekejap je kan masa berlalu... pejam-celik pejam-celik dah habis sebulan... begitu jugalah dengan kehidupan kita tak gitu?... pagi tadi, aku rasa sedih sangat sebab masa dok buat kerja sambil layan radio, aku terdengar berita tentang pengkebumian allahyarham adik Amir yang telah didera oleh ibu kandung dan ayah tirinya.. semoga anak syurga ini tenang di sisiNya dan pemergiannya terbela... bergenang jugalah mata aku tadi... yelah, apabila membicarakan perihal anak-anak, memang cepat benar terusik emosi aku ni...

Anak-anak merupakan anugerah daripada Allah yang tidak ternilai... sebenarnya, kalau nak dikatakan dari segi kekeluargaan, anak-anak merupakan harta ibu-ayah yang paling mahal dan begitu jugalah ibu-ayah yang merupakan harta anak-anak yang paling mahal... kedua-duanya memainkan peranan yang penting dalam pembentukan sahsiah juga akhlak satu sama lain... namun begitu, sebagai insan yang mempunyai akal yang telah dikurniakan oleh Allah Subhanahuwataala, kita ambillah yang positif dan jauhilah segala yang negatif... pendek kata, memang ibu-ayah yang mencorakkan anak-anak yang seperti kain putih itu.. walau bagaimanapun, sekiranya tindakan ibu-ayah menyalahi suruhan-Nya, maka seorang anak boleh menghindari daripada melakukan perbuatan itu tanpa mengurangi pun rasa hormat kepada mereka...

Aku dah biasa ada adik-beradik angkat dalam keluarga... sebagai contoh, family belah ayah aku ada tiga orang anak angkat iaitu Tok Chik aku, Pak Uda aku dan Mak Cu aku... belah suami aku pun ada dua orang adik angkat iaitu Shuhada dan Azrul... mak saudara aku pun ada ambil anak angkat jadi kami dah biasa dan memang tak rasa beza kasih-sayang pun... kami sayang semua... jadi, kejadian yang menimpa allahyarham adik Amir sedikit-sebanyak membuatkan aku berfikir sejenak betapa kasih-sayang pun merupakan suatu anugerah sebenarnya... anugerah yang kita tak perasan...

Yelah kan, kadang-kadang tu kita hanya fikir tentang diri kita dan mereka yang terdekat je kan... bila kita dah selalu dalam kelompok yang sama, suatu perasaan kasih dan sayang akan muncul betul tak?... bukan senang kita nak ada rasa teringat kat orang yang bukan keluarga terdekat kan... tapi, kenapa kita boleh ada rasa sayang kat sepupu-sepapat, sahabat-handai ataupun mereka yang kita kenali tanpa sebarang pertalian pun?... Allah anugerahkan kepada kita 'rasa' tu... rasa nak berkasih-sayang... ni, aku tak maksudkan macam kasih-sayang pasangan bercinta ke apa ya... ni, rasa kasih-sayang kerana Allah... kiranya kita memang sayangkan seseorang tu tanpa meminta apa-apa balasan pun... kiranya kasih tanpa batas gitu...

Alhamdulillah, aku bersyukur kerana kita semua dikurniakan 'rasa' itu... kerana rasa itu jugalah aku suka blogwalking sambil jenguk-jenguk hasil penulisan sahabat-sahabat blogger yang lain... walaupun kita tidak pernah bersua, namun Allah titipkan rasa nak maintain ukhuwah-Fillah tu... haaa, gitu...

Okay, harini dah last day dah... tapi macam biasa, aku nak join juga giveaway ni... GIVEAWAY MINYAK HERBA ASMAK!!! (BY KAK ECAH & BLOG NAIMY ART)


Seorang pemenang utama akan memenangi Minyak Herba Asmak 30ml bernilai RM39...


3 orang pemenang saguhati akan memenangi RM5 setiap seorang.


Semua ni aku dah buat dah:

1) LIKE dan Follow
Follow blog Naimy Art 

2) Copy salah satu banner di atas dan buat satu post dengan tajuk "GIVEAWAY MINYAK HERBA ASMAK !!! (By Kak Ecah & Blog Naimy Art)" dan backlink post ke post ini.

3) Tinggalkan link penyertaan di bahagian komen post ini. Tu je.

Orait... settled... semoga adalah rezeki nak menang ya... till then, see you when I see you... daaa... assalamualaikum...

xoxo

Post a Comment

0 Comments