BAHAN-BAHAN
2 kilo daging - potong kiub, jgn kecil sangat ye..
5 biji kelapa (santan)
1 ½ sudu besar jintan halus( jintan putih)- goreng tanpa minyak dan tumbuk halus
3 sudu besar biji ketumbar - goreng tanpa minyak dan tumbuk halus
5 sudu besar jintan kasar ( jintan manis) goreng tanpa minyak dan tumbuk halus
1-2 senduk cili giling- ikut pedas disukai
Kerisik - anggaran dalam 1 biji kelapa (kelapa parut digoreng tanpa minyak dan dikisar halus dgn blender tanpa air)
1 ketul gula melaka
3 helai daun kunyit - hiris
5 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
1 keping asam keping
Sedikit belacan- optional
Garam
Serbuk perasa- optional
Baca ini juga: Resepi Asam Pedas Daging
BAHAN-BAHAN KISAR
20 ulas bawang merah
9 ulas bawang putih
2 inci halia
5 -7 batang serai
2 inci lengkuas
CARA-CARA
Masuk semua bahan kecuali daun kunyit,gula melaka,garam, asam keping, kerisik dan santan ke dalam periuk. Perap dengan daging selama 4 jam paling kurang.. Nak sedap lagi perap laa semalaman.
(***kalau nak cepat boleh guna pressure cooker untuk mengempukkan daging..)
Masak dan didihkan perlahan2 hingga air kering... Baru dimasukkan santan...
Reneh selama 3-4 jam... Masukkan kerisik, gula melaka, gula dan garam...Kacau dengan agak kerap sehingga daging mula empuk, berwarna agak hitam dan kering...Kena selalu dikacau ye supaya tidak hangit bahagian bawah nanti...
Akhir sekali masukkan daun kunyit ( saya letak 2,3 helai daun limau purut juga) dan asam keping... Kacau lagi hingga rata...Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat...
(**Rendang ini akan lebih sedap rasanya selepas sehari dimasak..)
Cuba jangan tak cuba ya gaissss...
xoxo
0 Comments