Assalamualaikum dan hai hai hai everything... semakin anak dah meningkat remaja ni, kadangkala makcik risau apabila nak start menerima soalan-soalan yang perlukan jawapan kukuh beserta dalil untuk memudahkan pemahaman dan pengertian anak-anak... ambil contoh mudah je, sejak kecil lagi, anak-anak kan memang suka bertanya itu dan ini... maka, sebagai ibu ayah, kita perlulah memberikan jawapan yang mudah difahami dan tepat agar ia dapat terus merangsang pemikiran anak-anak betul tak?...
So now, makcik dah start diajukan dengan soalan tentang MANDI WAJIB gaissss... almaklumlah, anak-anak kan semakin membesar... basically, it was due to ingin tahu sebab kat sekolah kan ada belajar berkenaan haid dan sejujurnya, anak-anak memang kena tahu benda-benda ni... kita sebagai ibu-ayah memang kena didik anak-anak berkenaan perihal ini bermula dari rumah... untuk makcik sendiri, kalau time waktu solat tiber makcik tak boleh solat, makcik akan terangkan kat anak-anak yang makcik dikecualikan daripada melaksanakan ibadah tersebut dek haid...ceritalah sedikit bahawasanya semua yang berjantina perempuan akan melaluinya dan ia adalah lumrah yang harus dilalui setiap bulan at least kalau tubuh badan kita sihat... the do's and dont's semuanya makcik terangkan serba ringkas untuk memudahkan pemahaman mereka...
Well, masa mula-mula anak-anak makcik tanya tentang mandi wajib tu risau jugak kalau jawapan makcik tu tak tepat, yelah, kita kan kebiasaannya melaksanakan perbuatan melalui pemerhatian juga pesanan turun-temurun daripada ahli keluarga yang lebih tua... tidak kurang juga melalui pembacaan juga perbincangan... so, hari ni, makcik nak share dengan korang info serba-sedikit tentang MANDI WAJIB... sharing is caring kannnn... lagipun, learning kan never ends... betul tak?... hehehehe...
APAKAH MANDI WAJIB?
Mandi wajib merupakan sesuatu perkara yang tidak boleh dipandang ringan... mandi wajib dilaksanakan selepas haid atau nifas... ada masanya mandi wajib juga disebut sebagai mandi junub dan ia dilaksana selepas bersetubuh samada terkeluar air mani ataupun tidak... cara mandi wajib yang betul adalah sangat penting... hal ini demikian kerana jika mandi wajib tidak betul, ibadat yang dilakukan akan menjadi tidak sah.
SEBAB-SEBAB PERLU MANDI WAJIB
Mandi wajib adalah asas dalam kesucian kehidupan seorang muslim... tanpa mandi wajib yang sah dan sempurna, solat dan ibadah kita yang lain tidak akan diterima oleh Allah... justeru, penting untuk kita memberi perhatian serius mengenai perkara ini... terdapat beberapa perkara yang mewajibkan kita untuk mandi wajib.
Antaranya adalah:
1) Bersetubuh (Berjimak) Sama ada keluar air mani ataupun tidak.
Perlakuan ini ialah apabila bertemu dua khitan (kemaluan lelaki dan perempuan) iaitu dengan memasukkan hasyafah (batasan zakar yang dikhatan) ke dalam faraj.
Diriwayatkan sebuah hadis daripada Nabi SAW:
Apabila bertemu dua khitan, maka sesungguhnya wajib mandi — Riwayat Ibnu Majah
2) Keluar air mani secara sengaja ataupun tidak.
3) Mati selain daripada mati syahid.
4) Datangnya haid bagi perempuan.
5) Keluar darah nifas (darah yang mengiringi selepas bersalin).
6) Wiladah (bersalin)
HUKUM MANDI WAJIB
Hukum mandi wajib atau mandi hadas besar ini ialah WAJIB.
Jika sebab-sebab mewajibkan mandi itu berlaku ke atas diri seseorang, maka wajiblah dia mandi.. seandainya seseorang itu belum mandi wajib atau mandi junub, maka haramlah dia mengerjakan solat, haram menyentuh dan membawa al-Quran, membacanya, haram mengerjakan tawaf dan lain-lain yang diharamkan ketika dalam keadaan berhadas besar.
Suruhan atau perintah mandi wajib ini berdasarkan firman Allah dalam surah al-Maidah, maksudnya:
Dan jika kamu sedang junub, maka bersuci (mandilah) kamu. (al-Maidah 5: 6)
Ini bererti jika seseorang itu dalam keadaan berhadas besar atau junub, maka wajiblah dia mandi agar dia suci daripada hadas dan kemudian boleh mengerjakan pelbagai macam ibadat.
NIAT MANDI WAJIB
Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala.
Selain dari niat umum diatas, niat mandi wajib juga boleh dibaca secara khusus untuk junub, haid dan nifas.
NIAT MANDI WAJIB KERANA JUNUB
Sahaja aku mandi junub kerana Allah Taala.
NIAT MANDI WAJIB SELEPAS HAID
Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.
NIAT MANDI WAJIB KERANA NIFAS
Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala.
BILA NIAT MANDI WAJIB PERLU DIBACA?
Niat mandi wajib ini perlu dibaca apabila air telah menyentuh kulit tubuh kita... Niat boleh dilafazkan melalui mulut atau dibaca dalam hati...
CARA-CARA MANDI WAJIB YANG BETUL
1) Niat ketika air sampai ke tubuh.
2) Membaca “Bismillah”.
3) Mencuci tangan sebanyak tiga kali.
4) Mencuci kemaluan dengan tangan kiri.
5) Membersihkan atau menyucikan tangan kiri dengan sabun.
6) Berwuduk. Wuduk boleh dilakukan seperti wuduk biasa sepertimana biasa dilakukan sebelum melakukan solat. Ataupun boleh menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi.
7) Membasuh kepala dengan mengusap rambut secara meratakan kepala lau siram 3 kali dengan air. Ini berdasarkan hadith dari ‘Aisyah (R.A) di dalam Sahih al-Bukhari yang maksudnya:
“Kemudian Baginda SAW memasukkan jari-jarinya ke dalam air, kemudian mengusap rambutnya, kemudian menyiram kepalanya 3 kali dengan kedua-dua tangannya”
Ketika menyiram kepala, hendaklah dimulai dengan bahagian kanan, kemudian bahagian kiri dan seterusnya bahagian tengah kepala. Ini berdasarkan hadith ‘Aisyah (R.A) yang maksudnya:
“Baginda menyiram kepalanya di bahagian kanan, kemudian bahagian kiri”
Bagi wanita yang mandi untuk haid atau mandi junub, perlu melepaskan ikatan rambut tersebut. Ini pula berdasarkan hadith ‘Aisyah (R.A) di dalam Sahih al-Bukhari di mana beliau kedatangan haid ketika menunaikan haji. Lalu Baginda Rasulullah SAW berkata sedemikian:
“Tinggalkanlah umrahmu, lepaskanlah ikatan rambutmu (ketika mandi) dan sisirlah rambutmu”
8) Memulakan dengan bahagian kanan tubuh.
Dari ‘Aisyah (R.A): “Sesungguhnya Rasulullah SAW suka mendahulukan bahagian kanan pada semua urusannya, ketika memakai kasut, ketika bersikat dan ketika bersuci”. (Sahih Muslim)
9) Meratakan air ke seluruh tubuh badan
10) Berwuduk jika hendak mengerjakan solat fardhu. Perbezaan antara mandi wajib dengan mandi sunat hanyalah pada niatnya sahaja. Cara kaedah mandi adalah sama.
DOA MANDI WAJIB
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, yang Esa dan tiada sekutu bagiNya. Dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba Rasulnya.
RUKUN MANDI WAJIB
Rukun mandi wajib ada dua sahaja, iaitu:
1) Berniat untuk mandi wajib.
2) Meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir.
Apabila kita telah melakukan dua perkara ini, maka sahlah mandi wajib tersebut.
Makcik harap kita sama-sama mendapat manfaat atas perkongsian ini ya... sekiranya ada kekhilafan dari pihak makcik, mohon korang perbetulkan ya... feel free to leave a comment... till then, see you when I see you... daaa...
xoxo
0 Comments