5 RESEPI BISKUT RAYA SENANG, SEDAP DAN WAJIB BUAT

| 5 RESEPI BISKUT RAYA SENANG,  SEDAP DAN WAJIB BUAT | Assalamualaikum dan hai hai hai everything. Dah setengah bulan kita berpuasa di bulan Ramadan yang mulia ini. Pejam-celik pejam-celik dah 15 hari berlalu. Rasa macam tak percaya je kan. Begitulah masa mencemburui kita. Kadang-kadang rasa macam tak cukup masa je kan. Padahal, kita semua sama je, masing-masing ada 24 jam betul. Bila dah dok sibuk sana, sibuk sini, perasan tak, ada juga masanya, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

وَالْعَصْرِ 
Demi Masa!
إِنَّ الإنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ 
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
إِلا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ 
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Namun, alhamdulillah, sejak bulan puasa ni, makcik sempat je masak untuk keluarga kecil kami walaupun kuih selalunya beli je. Hehehehe. Sempat juga tadarrus dengan family, walaupun tak sampai satu ain kami baca untuk completekan Juz 26 (ada berbaki 3 hari lagi sebelum Majlis Khatam al-Quran dilaksanakan secara online). Pelan-pelan kayuh tak gitu?


Oh ya, minggu ni kalau takde aral, anak-anak makcik dah excited nak buat kuih raya. Ala, buat kuih raya simple je. Bukannya apa, masa kecik dulu sampai la sebelum berumah-tangga, makcik memang selalu buat kuih raya dengan ibu, arwah opah dan Mak Cu makcik. Ni kira nak mengimbau kembali kenangan zaman dulu le ni. Ala-ala terkenang semasa dulu gitu.

Antara jenis biskut yang sering kami buat adalah biskut dam, biskut semperit, biskut gajus, biskut mazola, biskut corn flakes, tart nenas dan kerepek. Kerepek yang wajib adalah kerepek pisanglah of course. Kalau musim ubi kayu, arwah opah makcik akan buat kerepek ubi biasa dan kerepek ubi sambal. Maruku juga tidak dilupakan. Tapi, yang paling lejen adalah rempeyek arwah opah makcik yang memang terkenal. Ada rempeyek kacang, rempeyek ikan bilis, rempeyek jagung dan tumpi iaitu rempeyek kacang hijau. Kalau belah arwah nenek pula, masterpiecenya adalah bahulu. Seriously, marvellous. Best betul!

Sekarang ni, makcik dah jarang buat kuih raya yang rumit-rumit. Makcik rajin juga buat kuih tunjuk sebab kekangan masa juga keadaan. Niat tu memang ada tapi ada pelbagai perkara yang membuatkannya kadang-kadang tidak berhasil. Namun, alhamdulillah, semalam, anak-anak makcik berjaya siapkan 3 balang kuih semperit. Malam ni insyaAllah nak buat kuih lain pulak. Ala, buat kuih simple-simple je.


Balik kerja karang nak pi singgah Ninso pi cari balang kuih raya, almaklumlah, anak-anak rajin membaking. Semalam makcik tengok-tengokkan doh dan tunjukkan cara pumping out doh tu je. Hat lain, semua, anak-anak yang buat. Okaylah, jom kita selusuri sama-sama resepi kuih raya yang simple dan sedap ni. 

BISKUT LIDAH KUCING



Kredit: My Lovely Kitchen

BAHAN-BAHAN


1 ketul buttercup ATAU kalau nak guna marjerin 1 1/4cawan
150 gram gula halus
200 gram tepung gandum
100 gram putih telur (dalam 4biji)
1 sudu kecil esen vanilla
Emplex 1/2 sudu teh (untuk garingkan cookies)

CARA-CARA


1) Ayak tepung gandum, tepung jagung dan emplex.
2) Putar buttercup dan gula hingga kembang.
3) Masukkan putih telur dan putar lagi Halim.
4) Perlahankan mixer dan masukkan tepung yang diayak,putar sekejap.
5) Bahagikan ikut kesesuaian dan letak pewarna.
6) Masukkan dalam piping beg dan picit adunan (sapu acuan dengan marjerin agar biskut tidak melekat).
7) Bakar pada suhu 160 hingga 170०C api atas bawah selama 20 hingga 25 minit bergantung pada oven..

TART NENAS



Kredit: Resepi Sedap

BAHAN-BAHAN


3 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu makan tepung jagung
2 sudu makan tepung kastard
1 cawan butter ATAU marjerin
3 sudu makan susu pekat
1 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanila

CARA-CARA


1) Satukan butter, esen vanila, kuning telur, susu pekat, pewarna dan kacau pakai senduk je.
2) Masukkan tepung gandum, tepung jagung, tepung kastard dan uli hingga menjadi doh lembut.
3) Bulat-bulatkan jem nenas.
4) Masukkan doh ke dalam acuan tart, picit, letakkan jem dan gulung.
5) Sapu kuning telur di permukaan tart.
6) Bakar pada suhu 170०C api atas bawah selama 25 minit.

BISKUT RED PEARL



Kredit: Eka Zahra

BAHAH-BAHAN


150 gram butter (suhu bilik)
75 gram gula castor
150 gram tepung gandum
50 gram corn flakes
25 gram almond nibs (sangai sekejap)
1 sudu teh esen vanila
Ceri merah dihiris memanjang atau dadu

CARA-CARA


1) Satukan butter dan gula castor. Gaul dengan senduk kayu je hingga sebati dan rata. JANGAN pukul hingga kembang kerana ia akan mengakibatkan biskut jadi kembang dan leper selepas dibakar.
2) Masukkan tepung gandum dan gaul sebati.
3) Masukkan corn flakes, chocolate chips, almond strips @ nibs dan esen vanila. Gaul semua hingga sebati dan rata.
4) Sudukan adunan ke atas dulang pembakar.
5) Letak hirisan ceri merah di atasnya.
6) Bakar pada suhu 170°C selama 20 hingga 25 minit.

BISKUT MAZOLA



Kredit: Resepi Enak

BAHAN-BAHAN


400 gram kacang tanah
500 gram tepung gandum Cap Ros
350 ml minyak jagung Mazola
250 gram gula castor
1 sudu kecil baking powder
Kuning telur
Pewarna kuning

CARA-CARA


1) Goreng kacang tanah tanpa minyak. Tunggu sejuk. Buang kulit dan blend kering sampai hancur.
2) Campurkan tepung gandum, kacang tanah, gula castor dan baking powder. Gaul rata.
3) Masukkan minyak mazola sedikit demi sedikit dan gaul sampai jadi doh.
4) Tekap dengan acuan dan sapu kuning telur.
5) Taburkan kacang tumbuk di atas biskut.
6) Bakar pada suhu 170°C selama 10 hingga 20 minit 

BISKUT DAM



Kredit: ‎Midah Mohamad‎ 

BAHAN-BAHAN


1 buku mentega (250g) ATAU 1 cawan planta/marjerin
3/4 cawan gula halus (boleh ganti susu pekat manis 1 tin)
1 biji telur ayam saiz A
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
3 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil esen vanila

CARA-CARA


1) Gaulkan mentega dengan gula halus sampai sebati.
2) Masukkan telur dan esen vanilla. Kacau.
3) Masukkan tepung jagung dan tepung gandum. Uli sampai tidak lekat di tangan. Sekiranya masih melekat, tambahkan tepung jagung.
4) Bahagikan doh kepada dua bahagian. Satu bahagian gaulkan dengan serbuk koko.
5) Bentukkan memanjang dan susun secara berselang-seli.
6) Potong guna benang.
7) Bakar api atas bawah 170°C selama 20-30 minit.

Haa, korang pastikan cuba tau. Nanti, bolehlah sama-sama meraikan raya ini dengan meriah bersama-sama keluarga tercinta. Till then, take care, daaaa.

Tini Alif

20 years of experience within the technical, manufacturing and services environment. Assists brands and companies to achieve their targeted and potential customer through writing service such as article writing, copywriting, ghostwriting, manuscript writing, technical writing, content marketing and translation amongst others. Interested to collaborate? Email: hartini.hussain.work@gmail.com or WhatsApp at +601154054677

17 Comments

  1. semua sedap sedap biskut tu..tp malasnya nak buat...hehehe

    ReplyDelete
  2. Haha. Rawlins pun rajin menunjuk sahaja - jemari nie tak pandai nak membuat kuih muih/ biskut. Chaiyok makcik (gebunya tart nanas tu)

    ReplyDelete
  3. Semuanya sedap-sedap belaka dan senang nak dibuat kan. Tapi tahun nih saya beli je sebab tak sempat nak buat.

    ReplyDelete
  4. Omg. Biskut lidah kucing! Menariknya.. saya akan Cuba ini.

    ReplyDelete
  5. Memang semua ni wajib ada kat atas meja hahhahaa tapi tahun ni kita beli je. Xsemoat nak buat

    ReplyDelete
  6. semua ni biskut fav keluarga.. boleh rujuk sini bila nak buat biskut nanti

    ReplyDelete
  7. kita buat kuih tunjuk-tunjuk je.hehe. yang red pearl tu dah lama tak jumpa

    ReplyDelete
  8. Cantiknya biskut lidah kucing tu. Boleh cuba buat nanti kalau ada masa hehe

    ReplyDelete
  9. Tahun ni memang beli jerr, tu pun support kawan jual kukis Mamasab hehehehe

    ReplyDelete
  10. Tengok resepi tu rasa terliur, dulu time an ad k2 kecik mmg rajin buat sendiri skrg kita beli jer

    ReplyDelete
  11. Semua sedap! Cuma rajin dan tak je ni. Hahaha. Ruby rasa nak buat tart nenas tu. Bleh pi Bake With Yen ada semua bahan. Tapi... arghhh beli yang dah siap aje la. Hahahah.

    ReplyDelete
  12. thanks sharing resipi. kalau sempat nak buat kuih raya weekend ni dengan adik dan anak sedara. semua resipi nampak mudah, harap menjadi lah..

    ReplyDelete
  13. Seriously bila baca cara2 buat biskut ni macam senang pulak kan! Tahun ni tak berkesempatan untuk bakar2 biskut sendiri bah... kena simpan ni untuk rujukan nanti..

    ReplyDelete
  14. Semua biskut fav tu. Akak ingat nak buat skit. Tapi busy. Maka kami beli je. Kahkahkah.

    ReplyDelete
  15. Akak pun fav semua kuih tu. Cuma nak buat tu. Masa amat mencemburui. So beli je tahun ni. Kikiki.

    ReplyDelete
  16. Wah, rajinnya. Kami tahun ni tak jumpa masa nak buat kuih Raya. baru je rasa mula puasa, tetiba habis dah.

    ReplyDelete
  17. best giler artikel ni. thanks so much for the easy recipes for the most popular kuih raya!

    ReplyDelete
Previous Post Next Post