5 RESEPI BISKUT ALIEN VIRAL YANG SENANG SANGAT

Assalamualaikum dan hai hai hai everything... sepanjang petang tadi, makcik dok terfikir nak buat kuih raya simple-simple dengan anak-anak... pastu terus teringat dengan biskut alien yang viral lebih-kurang dalam 2 tahun lepas... basically, biskut alien merupakan biskut susu yang mana ia boleh juga dibentuk menjadi bentuk lain mengikut kreativiti juga keinginan masing-masing... tahun ni insyaAllah, anak-anak dan makcik dah bersemangat nak buat biskut alien ni lebih-lebih lagi sebab makcik masih belum move on lagi dengan cerita My Girlfriend Is An Alien... hehehehe... 

Klik kat sini untuk first entry of My Girlfriend Is An Alien (Episod 1 - 14)
Klik kat sini untuk second entry of My Girlfriend Is An Alien (Episod 15 - 27)

Credit untuk gambar-gambar biskut alien yang comel-comel ni semua adalah dari ehsan Pakcik Google ya...


Resipi 3 bahan

Bahan-bahan: 
200 gram tepung jagung 
200 gram susu pekat 
(kalau korang nak alien tu berwarna, boleh juga guna susu pekat yang berperisa) kat bawah ni makcik ada bagi contoh
Chocolate chip, chocolate rice untuk hiasan

Cara-cara:
1) Masukkan susu pekat sedikit demi sedikit ke dalam tepung jagung dan gaulkan bahan-bahan tersebut. Korang kena pastikan yang susu pekat tidak dimasukkan terus semua sekali ke dalam tepung jagung sebaliknya adjust berdasarkan kepada tekstur adunan tadi. Sekiranya pekat masukkan sedikit susu dan sebaliknya pula sekiranya adunan didapati lembik, tambahkan sedikit tepung jagung.
2) Apabila adunan telah menjadi doh, korang teruskan menguli sehingga doh sebati dan tidak melekat di tangan. Ini merupakan suatu isyarat yang doh telah siap dan sedia untuk dibentuk.
3) Bentukkan doh menjadi alien yang handsome dan comel. Hiaskan dengan chocolate chip dan chocolate rice.
4) Bakar dalam 10 - 15 minit pada suhu 180 darjah celcius.


Resipi 4 bahan

Bahan-Bahan:
1/2 buku buttercup (125 g) 
1/2 tin susu pekat manis 
400 gram tepung jagung 
Chocolate chip, chocolate rice, coklat berbentuk love untuk hiasan

Cara-cara:
1) Campur dan gaulkan semua bahan kecuali susu pekat.
2) Setelah adunan sebati, masukkan susu pekat sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh.
3) Bentukkan doh kepada bentuk yang diingini dan hiaskan.
4) Bakar pada suhu 150 darjah selsius selama 20 minit.


Resipi 4 bahan

Bahan-bahan:
2 cawan tepung jagung
4 sudu susu pekat
2 sudu butter
Chocolate chip, chocolate rice, coklat berbentuk love untuk hiasan

Cara-cara:
1) Gaul semua bahan sehingga menjadi doh.
2) Bentukkan alien korang yang cantik dan handsome tu lalu hiaskan.
3) Bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 20 minit.


Resipi 5 bahan

1/2 Buttercup
1/2 tin susu pekat 
400 gram tepung jagung 
4 sudu besar susu tepung
Chocolate chip, chocolate rice, coklat berbentuk love untuk hiasan

Cara-Cara:
1) Gaul semua bahan sehingga menjadi doh.
2) Bentukkan alien korang yang cantik dan handsome tu lalu hiaskan.
3) Bakar dengan suhu 165-170 darjah celcius selama 25-30 minit bergantung kepada suhu oven masing-masing.


Resipi 5 bahan

Bahan-bahan:
250 gram mentega
 1 cawan susu pekat
 500 gram tepung jagung (kalau boleh gunakan jenama Brown and Polson) 
1 sudu teh esen vanilla
Chocolate chip, chocolate rice, coklat berbentuk love untuk hiasan

Cara-cara:
1) Gaul semua bahan sehingga menjadi doh.
2) Bentukkan alien korang yang cantik dan handsome tu lalu hiaskan.
3) Bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 20 minit.


Ada 5 resipi biskut alien viral yang makcik dah kongsikan ya... korang pun bolehlah cuba... ada resipi yang guna 3 bahan,  ada yang guna 4 bahan dan ada yang guna 5 bahan... makcik dah cuba yang 3 bahan tu dan alhamdulillah menjadi... yang paling penting, kalau doh korang agak lembik, korang top-up sikit tepung tu sehingga ia menjadi doh yang tidak melekat... nak guna butter pun okay macam kat resipi 4 bahan dan 5 bahan tu cuma ia akan menyebabkan doh korang keras sikit... thus, korang kena pandai-pandai rasa (feel) masa tengah menguli doh tu ya... 

Satu lagi, kalau korang takde penimbang, boleh juga gunakan sukatan cawan tau... yang penting, korang kena buat 1-to-1.. sebagai contoh, kalau 200 gram tu korang jadikan 1 cawan so korang gunakanlah that basis untuk sukatan yang lain ya... okay gaissss, jom kita cuba resipi biskut alien viral yang senang sangat ni jom...

Psssttt, tazzabar nak berhari raya bersama keluarga tercinta (boleh Zoom kannnn)... tahun ni kita kena pastikan kita follow the new normal ya korang... demi kemaslahatan masyarakat sejagat... #wecandothis #COVID-19 #stayathome #dudukdirumah #kitajagakita #frontliners #socialdistancing #basuhtangandengansabun #jagakebersihan #kkm #mkn #malaysiabersatu #janganbalikkampung #wecangothroughthis #RMO #MCO

xoxo

Post a Comment

16 Comments

  1. ada tgk biskut alien ni tp tk pernh cuba..ada yg 3 bahan, 4 bahan & 5 bahan...takut org tkmo mkn sbb namanya biskut alien hehe

    ReplyDelete
  2. Ahahaha alahai kenapa comel sangat! Rasa sayang pula nak makan. Tapi nampak macam senang. Macam nak cuba buat je. XD

    ReplyDelete
  3. Suka tengok orang buat biskut cute-cute macam ni tapi suka tengok jelah kita takde semangat nak buat hahaha. Kita beri sokongan dengan membeli kuih raya dari orang yang buat je hihi

    ReplyDelete
  4. hahahahaa..sebelum masuk oven, cantik kejadiannya.. manis je rupa. lepas masuk oven, mmg serupa alien!ahhaha

    ReplyDelete
  5. comel2 je bentuknya. nampak senang tapi haritu ada tengok versi yang tak jadi. hehe

    ReplyDelete
  6. Menarik pulak buat rupa alien ni. Bahan ada lagi bolehla try buat. Yang guna 5 bahan tu macam sedap. Hihi. Tq for sharing ☺️

    ReplyDelete
  7. Namanya unik samgat kan? Biakut berbentuk begini memang diaukai kanak-kanak. Walaupun rupanya pelik tetapi siapa yg suka alien ni pasti minat nak buat huhu.

    ReplyDelete
  8. Mudah betul bahan..macam ade je kat dapur. Nak try jugakla buat, sure anak-anak seronok. Penuhi masa lapang waktu raya syok jugak ni

    ReplyDelete
  9. Bahan nak buta boakur raya alien ni semua senang. Bahan diperlukan lebih kurangbsama dengan biskut semperit susu. Nanti boleh cuba buat. Dah ada 3 jenia biskut. Nak tambah lg satu jenislah.

    ReplyDelete
  10. Nak huat biskut ni kena ada keyakinan, kalau tak yakin jangan buat, takut kang jadi Alien murung kang hahahaha

    ReplyDelete
  11. Biskut alenni bahan ok lagi nak melukis muka aloen tu waduh.. Hehe.. Kalau jadi okla kalau tak jadi.. Mesti kelkr muka dia.. Hehehe.. Tao menarik dna unik

    ReplyDelete
  12. huhu tak sampai hati nak makan biskut camni. rasa sedap ya?

    ReplyDelete
  13. Comel tgk bentuk biskut ni.. nampak pun swdap..and bahan yg digunakan xderla banyak sangat kan

    ReplyDelete
  14. Wakakakaka ada biskut Alien heheheh takut kita nak makan kenap tak buat biskut Covid lak wakakak lagi ramai orang tak makan hehehehe tapi bila dah masak nampak comel jer biskut tu wakakakkak..

    ReplyDelete
  15. hahah..comel comel je biskut tu. kanak-kanak mesti suka time raya ni

    ReplyDelete
  16. Biskut ni lah Yang viral haritu kan. Teringin gak nak buat bila free. Tak sabar pulak nak buat cookies comel ni

    ReplyDelete