| BELI-BELAH DENGAN LEBIH JIMAT PADA PERAYAAN INI DENGAN SHOPEEPAY DAY | KUALA LUMPUR, 28 APRIL 2022 - Perasaan gembira menyambut Hari Raya tahun ini berkunjung tiba, lagi-lagi dengan pelbagai tawaran yang menarik. Untuk membantu anda mendapatkan tawaran terbaik dan penjimatan lebih, ShopeePay Day yang berlaku pada hari pertama setiap bulan kembali tepat pada masanya untuk sambutan Hari Raya. Sama ada membeli-belah dari rumah atau membuat pembayaran dengan ShopeePay di kedai fizikal menggunakan DuitNow QR yang ditawarkan di 1.1 juta cawangan di Malaysia; anda dijamin mendapat pelbagai ganjaran serta peluang untuk menyertai peraduan dengan tawaran hadiah lumayan!
Berikut ialah beberapa tawaran menarik bagi pengguna ShopeePay pada bulan Mei ini:
PULANGAN TUNAI SYILING
Hanya pada 1 Mei pengguna ShopeePay boleh memperoleh pulangan tunai syiling 12% apabila mereka melakukan pembayaran minimum RM25 di luar talian dengan ShopeePay di pelbagai peniaga seperti Ariani, AA Pharmacy, Alook, Ninjaz, Kopi Hainan Hometown, Ninso, dan banyak lagi. Tidak jumpa kod QR ShopeePay? Jangan risau, kerana ShopeePay disepadukan dalam ekosistem DuitNow QR, anda kini boleh membayar dengan ShopeePay di hampir 1.1 juta peniaga. Cari kod QR DuitNow merah jambu dan mula membayar dengan ShopeePay untuk memperoleh lebih banyak ganjaran.
BAUCAR 1 SEN SHOPEEPAY
Anda juga boleh mendapatkan lebih penjimatan dengan baucar ShopeePay 1 Sen daripada jenama seperti Caltex, The Koi, Juicy, Big Fish Small Fish, Santan, Vivo Pizza dan banyak lagi. Untuk menebus baucar 1 Sen ini, pengguna boleh membeli baucar di ciri ShopeePay Near Me yang boleh didapati di aplikasi Shopee.
E-DUIT RAYA TRANSFER
Selain lebih penjimatan melalui baucar, ShopeePay juga memberi ganjaran kepada pengguna sehingga 155,555 syiling Shopee apabila mereka menghantar minimum RM5 kepada pengguna ShopeePay lain dari 1 Mei hingga 5 Mei. Jadi jangan lepaskan peluang ini untuk menghantar e-Duit Raya kepada rakan dan keluarga anda.
Selepas itu, pengguna juga berpeluang memenangi hadiah wang tunai mingguan bernilai sehingga RM100,000 dan memperoleh Baucar Penghantaran Percuma tambahan apabila mereka me wang kepada pengguna ShopeePay yang lain dari 6 Mei hingga 31 Mei 2022.
PERADUAN SHOPEEPAY DAY
Bagi memeriahkan sambutan Hari Raya anda, sertai peraduan ShopeePay x Maybank2U untuk mendapatkan lebih banyak lagi ganjaran dengan ShopeePay.
Dari 28 April hingga 5 Mei, tambah nilai minimum RM30 di ShopeePay dengan Maybank2U, transaksi di luar talian dan anda akan layak bertanding untuk memenangi hadiah bernilai sehingga RM115,000 daripada Dyson, Playstation, Samsung, GoPro.
Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan, layari https://shopee.com.my/m/shopeepay-top-up-and-win
PESAN DARI SHOPEEFOOD
Hari Raya ini, jadi pembeli bijak dan pesan makanan anda melalui ShopeeFood untuk majlis Raya anda bersama rakan dan keluarga. Kini beroperasi di Lembah Klang dan Johor Bahru, lakukan pesanan anda dari ShopeeFood untuk mendapatkan penghantaran percuma sepanjang hari dan diskaun Super Deals sehingga potongan 50%.
Dengan pelbagai hidangan tempatan dan antarabangsa yang boleh didapati daripada peniaga di Lembah Klang seperti Nyonya Colours, A&W, KFC, Tealive, Johnny's Restaurant, Old Town White Coffee, Little KL Food Hall, SANTAN dan banyak lagi, pasti ada sesuatu untuk dihidangkan untuk majlis perjumpaan anda. Bagi warga Johor Bahru, pilih dari kedai-kedai kegemeran tempatan seperti Banafee Village, Johnny’s Restaurant, Tealive, ZUS Coffee, Shake Shake, Kenny Rogers Roasters dan banyak lagi.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ShopeePay Day 1 Mei, layari https://shopee.com.my/m/shopeepayday.
Tertakluk kepada terma & syarat.
xoxo
0 Comments