| BUFFET RAMADAN PALING MURAH DI KUALA LUMPUR, HANYA RM24 | Assalamualaikum dan hai hai hai everything. Harini, makcik dok browse laman sesawang sambil check kata seerti bombastik untuk latest artikel task yang makcik kena buat. Suddenly, out of the blue, makcik came across poster Buffet Ramadan Molek Cafe yang sungguh memikat kalbu ini. Dari last week lagi makcik dah recce sebenarnya cuma alang-alang dah ternampak balik ni, makcik nak share la dengan korang. Cer korang tengok, terpikat tak?
Buffet Ramadan ini hanya RM24 gaissss, ada seafood colek, sotong celup tepung, ikan bakar, daging salai dan macam2-macam lagi. Mana nak dapat harga kebaboom macam ni kan? Memang belum jumpa lagi. Apa yang membuat makcik tertarik adalah harganya mampu-milik. Yelah, sekarang ni semua benda naik harga. Jadi, apabila ada usahawan yang memahami masalah pelanggan dan menawarkan perkhidmatan juga produk pada harga yang murah, insyaAllah, lebih ramai lagi keluarga yang dapat menikmatinya.
Terletak di ibu kota Kuala Lumpur, Molek Cafe menyajikan pelbagai jenis makanan. Korang cakap je nak makan apa, insyaAllah, ada macam-macam sajian kat sini tau. Makcik rasa, korang memang akan spoiled with choices nanti, percayalah.
ANTARA MENU YANG BIASANYA ADA DI MOLEK CAFE
KLCC goreng
Lempeng nyior
Tohugedil
Udang celup tepung
Ikan celup tepung
Sotong celup tepung
Nasi keli salai
Nasi dagang ikan aye
Kambing masak gulai
Kuah masak lemak cili api
Cheesy nachos
Lai chi kang
SPECIALTY MOLEK CAFE
DAGING SALAI
Daging mentah akan dicuci dengan bersih dan akan diperap dengan serbuk kunyit dan garam secukupnya. Kemudian, daging tersebut akan disalai selama 6 jam dengan asap (smoke). Bagi menjamin kualiti yang premium untuk pelanggan, Molek Cafe akan memastikan daging tersebut dimasak sepenuhnya dan tekstur yang masih lembut. Selepas itu, daging tersebut akan dipotong dan dibungkus dengan cermat bagi menjaga kualiti supaya tidak tercemar. Bau asap yang asli pasti akan menambah selera korang.
ITIK SALAI
Itik akan dicuci dengan bersih dan akan diperap dengan serbuk kunyit dan garam secukupnya. Kemudian, ayam kampung tersebut akan disalai selama 7 jam dengan asap (smoke). Bagi menjamin kualiti yang premium untuk pelanggan, Molek Cafe akan memastikan itik tersebut dimasak sepenuhnya dan tekstur yang masih lembut. Selepas itu, itik tersebut dibungkus dengan cermat bagi menjaga kualiti supaya tidak tercemar. Bau asap yang asli pasti akan menambah selera korang!
AYAM KAMPUNG SALAI
Ayam Kampung akan dicuci dengan bersih dan akan diperap dengan serbuk kunyit dan garam secukupnya. Kemudian, ayam kampung tersebut akan disalai selama 5 jam dengan asap (smoke). Bagi menjamin kualiti yang premium untuk pelanggan, Molek Cafe akan memastikan ayam kampung tersebut dimasak sepenuhnya dan tekstur yang masih lembut. Selepas itu, ayam kampung tersebut dibungkus dengan cermat bagi menjaga kualiti supaya tidak tercemar. Bau asap yang asli pasti akan menambah selera korang!
KELI SALAI
Keli akan dicuci dengan bersih dan akan diperap dengan serbuk kunyit dan garam secukupnya. Kemudian, keli tersebut akan disalai selama 4 jam dengan asap (smoke). Bagi menjamin kualiti yang premium untuk pelanggan, Molek Cafe akan memastikan keli tersebut dimasak sepenuhnya dan tekstur yang masih lembut. Selepas itu, keli tersebut dibungkus dengan cermat bagi menjaga kualiti supaya tidak tercemar. Bau asap yang asli pasti akan menambah selera korang!
WAKTU BEROPERASI
Isnin hingga Ahad
10:00 pagi – 12:00 pagi
Kalau korang berminat nak beriftar di Molek Cafe bersama-sama keluarga tercinta ataupun sahabat-handai, nah makcik bagi detailsnya kat bawah ni.
MOLEK CAFE
27, Jalan Bachang,
Batu 2 1/2,
Off Jalan Ipoh,
Kuala Lumpur.
WEBSITE | FACEBOOK | E-MAIL | BOOKING WHATSAPP | HOTLINE: +6018-368 6857
Jumpa di sana gaissss! Selamat berpuasa dan selamat menikmati juadah berbuka pada harga terbaik.
#buffetramadan #ramadan2022 #familyiftar #iftardinner #kbba9 #kelabbloggerbenashaari #makanmakan #deliciousfood #gettogether #bukapuasa #iftar #puasa #molekcafe
xoxo
1 Comments
harga mampu bayar ni! Kita ppakat gi belako!
ReplyDelete