| LIRIK LAGU HUJAN LAGI HATI INI - DAYANG NURFAIZAH | Assalamualaikum dan hai hai hai everything. Pagi ni hujan renyai-renyai sewaktu makcik menghantar anak-anak ke sekolah. Basically, yang makcik perasan, sejak malam tadi dah hujan sebenarnya. Buat masa ni, alhamdulillah, keadaan masih terkawal dan kawasan kediaman kami memang berada di kawasan yang tinggi berbanding kawasan lain.
Walaupun begitu, tetaplah kami bersiap-siaga untuk apa-apa pun kemungkinan yang bakal berlaku. Well, makcik ingat lagi, masa awal tahun 2020, makcik duduk kat area Sungai Rengit dan kawasan tersebut dinaiki air masa musim tengkujuh pada tahun tersebut. Makcik tak dapat nak balik ke accommodation yang disediakan oleh pihak company sebab jalan untuk memasuki area tersebut terputus gais. Area accommodation makcik tidak dinaiki air bah namun kawasan sekeliling yang terkesan.
Kredit gambar: JohorKini
Masih segar dalam ingatan, waktu tu kami sekeluarga sedang mengadakan aktiviti keluarga di Melaka, jadinya, masing-masing extendlah stay kat Melaka sebab tak dapat nak pulang ke gagang agitchew. Team makcik yang berada di Penang, Pahang dan Johor sendiri pun terpaksa tidak pulang ke accommodation kami sebab keadaan yang semakin membimbangkan. At the end of the day, kami end up Work From home je. Kebetulan makcik ni memang sejenis yang bawak laptop office ke hulu ke hilir, so, sap sap sui je lah bila kena WFH kannnn.
Kredit gambar: Google
Anyway, banjir pada tahun 2020 tu memang agak teruk sebab sewaktu WFH tu pun, makcik sampai terpaksa arrange bebudak foreign worker untuk pindah dari area diorang tinggal ke kawasan lain yang lebih selamat. Korang bayangkanlah, rumah diorang dua tingkat tapi hat tingkat bawah tu dan dipenuhi air banjir tau. Serious! Apa lagi, memang kena pindah la jawabnya kan. Memula tu depa degil tak nak pindah sebab susah nak masak la, itu la, ini la. Lepas explain dan bagitahu tentang baik-buruk sekiranya mereka tetap berada di situ, bebudak ni pun setuju untuk berpindah. Fuhhhh, lega.
Makcik pun terus call Abam BOMBA gais. Persiapan menaiki bot semuanya kami arrange untuk bebudak nih. Alhamdulillah, semuanya selesai dengan selamat.
Thank you Abam BOMBA!
(Gambar di bawah, hanyalah gambar hiasan)
Kredit gambar: Sinar Harian
Panjang pulak ceritanya kannnn. Well, tadi masa dok drive berhati-hati di jalanraya tu, makcik dok dengar lagu ni, macam kena je dengan suasana kan. Hehehehe. Lagu ni memang simpan banyak la kenangan lain juga. Masa makcik dan pakcik korang berPJJ zaman belajar sahinggalah masa makcik buat Latihan Industri kat Merbok, Sungai Petani, lagu ni jugaklah yang yadi saksi. Bukan sebab apa-apa kejadian pun, tapi sebab masa tu lagu ni tengah top. Pastu, bila nak merajuk je, mula la fefeeling dengan lagu ni. Ntahapeapentah kan makcik korang nih. Hehehehe.
Biasa la, time tengah nak up kan. Anyway, jom layanz lagu Hujan Lagi Hati Ini daripada Dayang Nurfaizah. Layanzzzz.
Kredit gambar: Google
Rintik hujan basah lagi
Kian kini keruh di muara
Mengharap panas ke petang
Kini cuma harapan
Oh semakin suram perhubungan kita
Teguh merimbun kasihku
Tiada jemu menyemai rindu
Mengapa kau meracuni keikhlasan
Ikatan suci berulang kali
ANDA MUNGKIN BERMINAT:
Sudah sering kali berjanji kepadaku
Lupa silammu lupa lakumu
Siapakah kau dahulu
Telah pun aku pedulikan
Namun sering dirimu menyakitiku
Perasaan hati ini
Kau nodai kesetiaan
Mempersendakan janji cinta kita oh
Ku kau ibarat kini
Tiada makna
Bilakan nanti berhenti
Rintik hujan membasahi hati
Ku berdoa kau kan berubah
Tingkah lakumu itu
Kembalilah sayang jernih kasih kita
Sudah sering kali berjanji kepadaku
Lupa silammu lupa lakumu
Siapakah kau dahulu
Telah pun aku pedulikan
ANDA MUNGKIN BERMINAT:
Namun sering dirimu menyakitiku
Perasaan hati ini
Kau nodai kesetiaan
Mempersendakan janji cinta kita oh
Ku kau ibarat kini
Tiada makna
Rintik hujan basah lagi
Kian kini keruh di muara
Mengharap panas ke petang
Kau makin jauh kini
Oh semakin hilang
Oh semakin hilang
Last but not least, semoga cuaca hujan yang melanda kebanyakan kawasan di negara kita berada di keadaan yang tidak membimbangkan. By the way, tadi masa dengar radio, katanya paras air Sungai Klang dah melepasi paras selamat, dah di paras berjaga-jaga dah ni. Semoga Allah lindungi kita semua.
- MAKCIK, ORANG SELANGOR YANG SEKARANG MENETAP DI JOHOR -
xoxo
0 Comments