| BASIC MICROSOFT WORDS YANG KORANG PERLU TAHU KALAU NAK BUAT RESUME | Assalamualaikum dan hai hai hai everything.
Hujung-hujung tahun ni memang ramai yang dok update resume kan. Yelah, masuk je tahun baru, ramai yang nak shoot email kat potential employer. Eh, takde maknanya, sepanjang masa je semua orang shoot email betul tak? Hehehehe.
Lain syarikat, lain waktu Financial Yearnya. Makcik pernah bekerja di syarikat yang buat closing pada hujung tahun, bulan Disember, itu standard, betul tak? Pernah juga makcik bekerja di syarikat yang buat closing pada bulan Mac, bulan Jun dan juga bulan September. Jadi, kalau nak diikutkan, ia bergantung kepada business model syarikat tu sendiri.
Sebab tu lah biasanya, kita akan dapat lihat pelbagai jenis peluang pekerjaan yang ditawarkan pada bila-bila masa sahaja.
Namun begitu, kebiasaannya, hujung tahun memang waktu kebanyakan syarikat dah relax sikit sebab ramai personnel yang akan bercuti untuk perayaan dan menghabiskan cuti tahunan sebelum menjenguk ke tahun baru.
So, sesambil korang tengah revise #resume tu, makcik nak share sikit Microsoft Words tips and tricks untuk korang cantikkan resume korang.
1) Set up format dulu.
Layout >
Margins >
Custom Margins >
Left 3.5cm
Right, Top, Bottom 2.5cm
Biasanya, begitulah margin yang digunakan untuk kertas A4. Kalau tetiba korang tak guna kertas A4 ke kan, mana la tau korang tersilap beli kertas ke ataupun hanya ada kertas bersaiz letter je kat rumah korang, korang adjustlah ikut kesesuaian okay.
Tapi, kebiasaannya, memang kita akan guna kertas A4 sebab itulah kertas yang paling basic dan mudah didapati di mana-mana kedai buku atau kedai alatulis. Haa, gitu.
2) Buat style.
Right click style ‘Normal’ >
Modify
Font: Times New Roman, Size: 12, Justify, 1.5 spacing,
Colour: Black
CADANGAN FONT UNTUK RESUME
a) Arial
Font sans-serif ini sering digunakan untuk penjenamaan dan reka bentuk tapak web atau aplikasi yang menjadikannya pilihan yang bagus sekiranya korang berada dalam bidang kreatif atau sedang memohon kerja pemasaran.
b) Georgia
Georgia sangat mirip dengan font Times New Roman, kecuali lebih luas sedikit. Ramai orang turut mendapati bahawa ia lebih mudah dibaca, itulah sebabnya The New York Times menggunakannya sebagai font utamanya.
c) Helvetica
Helvetica umumnya dilihat lebih elegan dan moden. Gunakan font ini sekiranya korang nak menambah sedikit bakat pada resume sambil mengekalkan tahap profesionalisme yang sama seperti beberapa font tradisional.
d) Tahoma
Struktur huruf yang lebih sempit berbanding dengan beberapa font lain dalam senarai ini, Tahoma mempunyai rasa teknikal, menjadikannya pilihan yang ideal untuk mereka yang berkecimpung dalam bidang kejuruteraan perisian.
e) Times New Roman
Ini masih kegemaran nombor 1 makcik. Masih menjadi salah satu font paling popular yang digunakan hari ini, Times New Roman adalah tradisional, klasik dan mudah dikenali.
f) Trebuchet MS
Trebuchet MS mempunyai rupa yang lebih tebal, tetapi muka taip san-serif bulat menjadikannya hebat untuk pencari kerja peringkat permulaan yang cuba mengisi resume satu halaman dengan pengalaman, kemahiran dan pencapaian mereka.
g) Verdana
Nak masukkan lebih banyak teks dalam resume korang? Gunakan Verdana, kerana ia direka bentuk agar mudah dibaca dalam cetakan kecil pada skrin komputer.
3) Create chapter.
Pergi ke Style Bar
Cari arrow kembar >
Pilih Create a Style
Satu kotak akan muncul, namakan style tersebut
Modify >
JANGAN tekan OK tapi tekan Modify tau.
Lepas style tu dah ada nama, korang dah boleh set ikut kesesuaian ya.
4) Ruler.
Haa, yang ni penting sebab fungsi ini akan memastikan segala yang korang taip tu tampak teratur dan tersusun. Apabila resume kita kemas, automatik si pembaca akan rasa tenang je masa go through setiap butiran tu. Nak buat decision pun senang. Selain tu, korang akan terlihat sebagai seorang yang teliti dan kemas gitu.
Pergi kat View
Tick kat ruler
Gunakan cursor ruler dengan menariknya ikut kesesuaian
5) Page break.
Lepas dah menaip kesemua maklumat yang dikehendaki, kadang-kadang tak perasan yang kita dah masuk ke muka surat yang lain betul tak? Apabila kita scroll balik, ada kalanya, keseluruhan dokumen jadi tak seimbang, terlebih la, terkurang la. Tak payah pening-pening.
Click mouse pada huruf terakhir muka surat
Insert page break
SIAP!
Anyway, kalau resume korang dah ready jom dropkan ia di sini. Akan ada 10 jawatan yang ditawarkan berdasarkan kelayakan korang secara PERCUMA!
Team possible, chill okay. Aja aja fighting.
Muah ciked.
Hartini The Ghostwriter
360 creativity at your utmost priority
Your Favourite Recruiter
MAKCIK KESAYANGAN KORANG
#engagement #media #copywritingservices #copywriter #copywriterforhire #content #startnow #connections #connectingpeople #ghostwriter #ghostwritermalaysia #kbba9 #penulisupahan #servismenulis #penuliskonten #penulishantu #kelabbloggerbenashaari #hartinighostwriter #ghostwriterforhire #jomkahfi #team #creativity #share #resume #jobseekers #vacancy #opentowork #talentacquisition #recruiter #job #business #microsoft #email
xoxo
0 Comments