| KEBERGANTUNGAN HANYALAH KEPADA ALLAH | Assalamualaikum dan hai hai hai everything.
Pernah tak berada dalam situasi yang korang memang buntu, tak tau apa nak buat?
Korang dah belajar sehabis baik,
Korang dah bekerja sekuat tenaga,
Korang dah berusaha sepenuh jiwa.
Tapi.
Hasilnya tidak seperti yang diharapkan,
Hasilnya tidak seperti yang diidamkan,
Hasilnya tidak seperti yang diimpikan.
Setelah berusaha, berdoa dan bertawakkallah.
Mungkin korang tak akan nampak hasilnya kini,
Mungkin korang tak akan nampak hasilnya hari ini,
Mungkin korang tak akan nampak hasilnya saat ini.
Pakcik korang bekerja sendiri,
Makcik bekerja secara kontrak (kontrak dijangka tamat pada Disember 2022),
Anak 4 orang semua bersekolah.
Bekerja sendiri,
Macam ombak,
Ada pasang,
Ada surutnya.
Bekerja secara kontrak,
Risau fikirkan masa mendatang,
Adakah kontrak disambung,
Adakah kontrak berakhir,
Semuanya menjadi tanda-tanya,
Ibarat berada di platform offshore,
Sepanjang masa dilambung badai.
Menyelusuri bulan Disember dengan kerisauan.
Namun,
Pakcik korang sentiasa memberi kekuatan,
Makcik jalani dengan penuh keinsafan,
Tatkala warga bersorak gegak-gempita,
Kami pasakkan tawakkaltualallah dalam setiap langkah,
Hanya kebergantungan kepadaNya,
Tiada apa lagi daya,
Selain kepadaNya tempat mengadu.
Alhamdulillah.
8 Disember 2022 tarikh keramat,
Penantian yang bagai tiada penghujung,
Dibalas dengan kegembiraan,
Rezeki anak-anak yang disalurkan melalui ibu-ayahnya,
Rezeki anak-anak yang tidak putus-putus berdoa,
Di setiap usai solat anak kecil yang suci tanpa hijab.
Untuk semua yang masih berjuang.
Kekalkan semangat,
Titipkan syukur,
Landaskan tawakkal,
InsyaAllah, Allah PASTI ada jalan untuk kalian.
Yes, I have been there,
I truly understand the frustration,
I truly understand the tense,
I truly understand the entire scenario.
What ever may happen, BELIEVE in yourself coz I BELIEVE that you will definitely be able to cross this storm.
Team possible, chill okay. Aja aja fighting.
Muah ciked.
Hartini The Ghostwriter
360 creativity at your utmost priority
#engagement #media #copywritingservices #copywriter #copywriterforhire #content #startnow #connections #connectingpeople #ghostwriter #ghostwritermalaysia #kbba9 #penulisupahan #servismenulis #penuliskonten #penulishantu #kelabbloggerbenashaari #hartinighostwriter #ghostwriterforhire #jomkahfi
xoxo
0 Comments