| PENGERTIAN DAN ADAB BERDOA UNTUK PANDUAN MENGHARUNGI KEHIDUPAN | Assalamualaikum dan hai hai hai everything.
Dalam mengharungi kehidupan yang penuh pancaroba ini, selain daripada berusaha dan bertawakkal, doalah antara senjata kita yang paling ampuh. Doa merupakan antara cara kita berkomunikasi denganNya, merintih, memohon dan menyandarkan segala-galanya hanya kepadaNya.
Perkataan doa diambil daripada Bahasa Arab yang merupakan nama terbitan (masdar) daripada kata kerja (perbuatan) da’aa makanala daripada sudut bahasa pula ia diterjemahkan sebagai seruan, panggilan, ajakan atau permintaan.
Sekiranya kita melihat daripada sudut pengertian syarak, doa diinterpretasikan sebagai memohon kepada Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى dengan meminta kebaikan dari sisiNya dengan penuh ketulusan hati dan pengharapan yang jitu.
Terdapat sebuah hadis menyebutkan bahawa doa adalah ibadah.
قَالَ ” الدُّعَاءُ هُوَ الْعِبَادَةُ ” . وَقَرَأَ :( وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ ) إِلَى قَوْلِهِ ( دَاخِرِينَ ) .
Baginda ﷺ bersabda: Doa adalah ibadah. Kemudian baginda membaca ayat: Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri daripada menyembah Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan yang hina [Ghafir 40: 60]. [Jami’ al-Tirmizi, Kitab Tafsir al-Quran, no: 3232. Al-Tirmizi berkata: Hadis Hasan Sahih].
Baca ini juga: Amalan Zikir Anak Menghadapi Peperiksaan
KELEBIHAN DAN KEUTAMAAN DOA
1) Doa merupakan tali penyambung yang kukuh antara hamba dan RabNya.
2) Doa merupakan satu bentuk ibadah kepada Allah.
3) Doa merupakan satu bentuk zikir kepada Allah.
4) Doa merupakan senjata yang ampuh bagi setiap mukmin dalam menghadapi realiti kehidupan.
Bersabarlah dalam mengharungi kehidupan yang penuh dengan onak, ranjau dan duri ini.
Makcik sendiri dah lalui.
Kita yang bersengkang-mata fikirkan idea,
Kita yang tak tidur malam rekakan proses,
Kita yang tak berhenti pandang skrin laptop,
Kita yang tak berhenti cari maklumat,
Kita yang tak berhenti asyik kena dengar client berceramah.
Tapi, rasanya korang pun tahu jawapannya.
Silap makcik, TERLALU PERCAYA.
Hasilnya,
Ditikam, ditusuk, direnyuk dalam diam.
Alhamdulillah, makcik cepat sedar dari mimpi ngeri.
Berada di takuk ini,
Makcik berazam untuk TIDAK menjadi seperti mereka,
Now,
Siap boleh discuss together macam geng bas sekolah gitu,
Bagi makcik,
Work with me NOT work for me.
ADAB-ADAB BERDOA
1) Berdoalah dengan suara yang lembut.
Antara adab berdoa adalah berdoa dengan nada yang lembut dan perlahan. Sesungguhnya Allah maha mendengar. Setiap bait kata yang kita ungkapkan dalam doa itu akan didengari Allah. Jangan kita berdoa dengan suara yang lantang dan kuat. Itu akan menyebabkan orang lain terganggu.
2) Berdoalah dengan penuh yakin.
Kadang kala kita berdoa dengan tidak bersungguh. Hafalan doa yang kita lafazkan kadang-kadang tidak sampai ke jiwa. Ia sekadar bacaan yang kita lazimkan setelah selesai solat. Maksud doa itu pun kita tidak tahu apatah lagi nak menghayati dan meyakini doa itu. Jadi penting untuk kita berdoa dengan penuh pengharapan dan keyakinan bahawa Allah akan memakbulkan setiap doa kita kerana Allah maha berkuasa.
Rasulullah ﷺ bersabda:
“Apabila kamu berdoa, hendaklah kamu bersungguh-sungguh, yakin dalam doa (bahawa Allah Taala mendengar dan mengabulkan). Janganlah kamu berdoa dengan kalimah, “Ya Allah, jika Engkau mahu, berilah aku!” Kerana sesungguhnya Allah Taala tidak dipaksa memenuhi sesuatu doa.” (Anas رَضِيَ اللهُ عَنْهُ).
3) Memohon sebanyak tiga kali.
Dikatakan, mengulang doa merupakan kebiasaan Rasulullah ﷺ yang boleh kita contohi. Perkara itu diungkap dari Ibnu Mas’ud رَضِيَ اللهُ عَنْهُ,
“Sesungguhnya Rasulullah ﷺ sangat menyukai berdoa (dengan mengulang) tiga kali dan istighfar tiga kali.”
Antara sebab dianjurkan mengulang doa ini adalah untuk menunjukkan ketakwaan dan pengharapan kita kepada Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى. Jika kita inginkan sesuatu dengan bersungguh-sungguh, kita akan sentiasa meminta-minta hingga hajat kita tercapai.
4) Menghadap kiblat.
Selain itu, penting juga bagi kita untuk menghadap ke arah kiblat sewaktu berdoa. Sebagaimana kiblat adalah arah yang dituju kaum muslimin ketika menunaikan solat, maka kiblat jugalah yang merupakan arah utama ketika berdoa. Kita tidak mahu membelakangkan Allah ketika berdoa. Walaupun sifat Allah tidak bertempat, namun cukup kiblat itu sebagai petunjuk arah ke mana kita harus menghadapkan diri kita ketika memohon doa dari Allah.
5) Berwuduk sebelum berdoa.
Berwuduk bukanlah syarat sah untuk berdoa. Doa boleh dilakukan bila-bila masa dan dalam apa jua keadaan walaupun tidak ada wuduk. Namun, kita digalakkan untuk berwuduk sebelum berdoa. Ini kerana apabila berwuduk, dosa kita akan diampunkan.
“Apabila seorang Muslim berwuduk, ketika membasuh muka, maka keluar dari wajahnya dosa-dosa yang pernah dilakukan matanya bersama titisan air yang terakhir. Ketika membasuh kedua tangannya, maka keluarlah setiap dosa yang pernah dilakukan tangannya bersama titisan air yang terakhir. Ketika membasuh kakinya, maka keluarlah dosa yang dijalani oleh kakinya bersama titisan air yang terakhir, sampai ia bersih dari semua dosa.” (HR Muslim).
Hidup ini keras,
Kita mesti kentalkan jiwa.
Team possible, chill okay. Aja aja fighting.
Muah ciked.
Hartini The Ghostwriter
360 creativity at your utmost priority
#engagement #media #copywritingservices #copywriter #copywriterforhire #content #startnow #connections #connectingpeople #ghostwriter #ghostwritermalaysia #kbba9 #penulisupahan #servismenulis #penuliskonten #penulishantu #kelabbloggerbenashaari #hartinighostwriter #ghostwriterforhire #jomkahfi
xoxo
2 Comments
terima kasih atas perkongsian. esp doa2 yg sangat baik dan boleh diamalkan
ReplyDeleteperkongsian yang sangat bagus. selama ni berdoa jer lupa tentang adab dan pengertiannya
ReplyDelete