SENARAI PEJABAT POS BESAR NEGERI SELURUH MALAYSIA

Semasa zaman 80-an dan 90-an, menulis surat merupakan perkara yang sangat menyeronokkan! Kami tidak ada WhatsApp atau e-mel, jadi surat adalah cara utama untuk berkomunikasi dengan kawan-kawan atau saudara yang jauh. Yang menariknya, menulis surat pada masa itu melibatkan lebih banyak rasa dan kreativiti. Setiap surat seperti harta karun yang penuh dengan warna-warni, stiker-stiker cantik, dan kadang-kadang gambar-gambar comel daripada majalah. Kami akan mengambil masa untuk memilih kertas yang cantik dan menggunakan pen dengan dakwat yang berwarna-warni.

Apabila dapat surat daripada kawan atau saudara-mara, memang seronok gila! Buka envelop pun dah macam buka hadiah, tak sabar nak tengok isi surat. Kak Tini baca satu persatu perkataan yang ditulis dengan penuh kasih-sayang dan kerinduan. Rasa betul-betul dekat di hati. Menulis surat juga memerlukan kesabaran dan komitmen. Tak macam sekarang, semuanya laju je. Kalau dulu, menulis surat boleh memakan masa berjam-jam lamanya. Tapi hasilnya, komunikasi menjadi lebih bermakna dan tahan lama.


Yang bestnya lagi, surat pada masa itu penuh dengan kreativiti. Boleh lukis-lukis, letak gambar, atau buat apa saja yang boleh menjadikan surat tu unik. Tulis mengelilingi kertas lah, tulis di atas pembalut gula-gulalah, isk, macam-macam lagilah yang kami buat. Itu yang membuatkan ia menjadi lebih istimewa. Dan yang paling penting, menulis surat membuatkan hubungan kita menjadi lebih rapat. Setiap kata-kata, emosi, dan cerita yang kami kongsikan melalui surat, membuatkan kami berasa lebih dekat dengan kawan atau keluarga. Memang menggamit kenangan betullah apabila teringatkan zaman dulu-dulu, kan?

Dah tulis surat mestilah kena pos betul tak? Sebenarnya, di era ini, kita masih lagi menjadi pengguna tetap pejabat pos. Mana tidaknya, semenjak perniagaan online menjadi antara cara mudah untuk memberikan perkhidmatan kepada pelanggan, banyak perniagaan yang muncul bak cendawan yang tumbuh selepas hujan. So, jom kita telusuri

SENARAI PEJABAT POS BESAR NEGERI SELURUH MALAYSIA

kat bawah ni. Mudah la nanti sekiranya korang perlu menggunakan perkhidmatan pos tak gitu?

Kedah

Pejabat Pos Besar GPO Alor Setar
Bangunan Pejabat Pos Besar, Jalan Stadium,
05670 Alor Setar
KEDAH

Nombor Telefon:
04-730 2555 (DL)04-7312567
Waktu Operasi / Business Operating Hour:
Ahad - Khamis 8.30pg-5.30ptg
Sabtu 8.30pg-1.00ptg

Pulau Pinang

Pejabat Pos Besar GPO Pulau Pinang
Tingkat Bawah, Bangunan Tuanku Syed Putra,
Leboh Downing,
10670 Pulau Pinang
PULAU PINANG

Nombor Telefon:
04-261 9222
Waktu Operasi / Business Operating Hour:
Ahad - Jumaat 8.30pg-5.30ptg
Sabtu 8.30pg -1.00ptg

Anda mungkin berminat dengan entri ini juga: SENARAI PEJABAT POS MINI DI NEGERI SELANGOR

Perak

Pejabat Pos Besar GPO Ipoh
JKR 5120, Jalan Kelab,
30670 Ipoh
PERAK

Nombor Telefon:
05-254 6555
Waktu Operasi / Business Operating Hour:
Ahad - Jumaat 8.30pg-5.30ptg
Sabtu 8.30pg- 1.00ptg

Selangor

Pejabat Pos Besar GPO Shah Alam
Persiaran Dato' Menteri,
40670 Shah Alam, Selangor
SELANGOR

Nombor Telefon:
03-5519 8585
Waktu Operasi / Business Operating Hour:
Ahad - Jumaat 8.30pg-5.30ptg
Sabtu 8.30pg-1.00ptg

Kuala Lumpur

Pejabat Pos Besar GPO Kuala Lumpur
Jalan Tan Cheng Lock,
50670 Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR

Nombor Telefon:
03-22672267 Ext: 6686
Waktu Operasi / Business Operating Hour:
Ahad - Jumaat 8.30pg-5.30ptg
Sabtu 8.30pg-1.00ptg


Negeri Sembilan

Pejabat Pos Besar GPO Seremban
JKR 1486, Jalan Rahang,
70000 Seremban
NEGERI SEMBILAN

Nombor Telefon:
06-763 0555
Waktu Operasi / Business Operating Hour:
Ahad - Jumaat 8.30pg-5.30ptg
Sabtu 8.30pg-1.00ptg

Melaka

Pejabat Pos Besar GPO Melaka
Bukit Baru,
75670 Melaka
MELAKA

Nombor Telefon:
06-282 0725
Waktu Operasi / Business Operating Hour:
Ahad - Jumaat 8.30pg-5.30ptg
Sabtu 8.30pg-1.00ptg

Johor

Pejabat Pos Besar GPO Johor Bharu
JKR 2521, Jalan Dato Onn,
80000 Johor Bharu
JOHOR

Nombor Telefon:
07-224 2545 07-223 2555 fax: 07-2222521
Waktu Operasi / Business Operating Hour:
Ahad - Khamis 8.30pg-5.30ptg
Sabtu 8.30pg-1.00ptg

Pahang

Pejabat Pos Besar GPO Kuantan
JKR 1436, Jalan Abd. Aziz,
25670 Kuantan
PAHANG

Nombor Telefon:
09-517 9108 fax: 09-514 7144
Waktu Operasi / Business Operating Hour:
Ahad - Jumaat 8.30pg-5.30ptg
Sabtu 8.30pg-1.00ptg

Terengganu

Pejabat Pos Besar GPO Kuala Terengganu
JKR 445, Jalan Sultan Zainal Abidin,
20670 Kuala Terengganu
TERENGGANU

Nombor Telefon:
09-6301841 09-6301842
Waktu Operasi / Business Operating Hour:
Ahad - Khamis 8.30pg-5.30ptg
Sabtu 8.30pg- 1.00ptg


Kelantan

Pejabat Pos Besar GPO Kota Bharu
Jalan Sultan Ibrahim,
15670 Kota Bharu
KELANTAN

Nombor Telefon:
09-741 2677
Waktu Operasi / Business Operating Hour:
Ahad - Khamis 8.30pg-5.30ptg
Sabtu 8.30pg- 1.00ptg

Sabah

Pejabat Pos Besar GPO Kota Kinabalu
Jalan Chong Thein Vun, Off Jalan Tun Razak,
88670 Kota Kinabalu
SABAH

Nombor Telefon:
088-210 855 088-235 018
Waktu Operasi / Business Operating Hour:
Ahad - Jumaat 8.00pg- 4.30ptg
Sabtu 8.00pg-12.30tgh

Sarawak

Pejabat Pos Besar GPO Kuching
Jalan Tun Abang Hj. Openg, Bangunan Pusat Mel,
93670 Kuching
SARAWAK

Nombor Telefon:
082-246466 082-247 499 (F)
Waktu Operasi / Business Operating Hour:
Ahad - Jumaat 8.00pg-4.30ptg
Sabtu 8.00pg-12.30tgh

FROM THE RIVER TO THE SEA, PALESTINE WILL BE FREE

xoxo

Tini Alif

20 years of experience within the technical, manufacturing and services environment. Assists brands and companies to achieve their targeted and potential customer through writing service such as article writing, copywriting, ghostwriting, manuscript writing, technical writing, content marketing and translation amongst others. Interested to collaborate? Email: hartini.hussain.work@gmail.com or WhatsApp at +601154054677

Post a Comment

Previous Post Next Post