JOM KONGSI HARAPAN! APA IMPIAN KORANG UNTUK MALAYSIA YANG LEBIH POWER?

Hai korang!

Selamat Hari Kemerdekaan yang ke-67 buat kita semua! 🎉 

Pejam celik, pejam celik, dah 67 tahun Malaysia merdeka. Banyak benda yang dah berubah sejak dulu—dari generasi ke generasi, kita semua dah melangkah jauh. Tapi, mesti ada lagi kan benda-benda yang korang rasa nak luahkan, impian yang korang simpan untuk negara kita ni?



Kitorang dari Pusat Kajian Tinjauan UCSI—dan yes, Kak Tini pun ada sekali dalam team ni!—nak dengar semua pendapat korang. Kami ada buat satu survey santai je, tak sampai satu minit pun nak jawab. Nak tahu je apa yang penting bagi korang sempena Hari Kemerdekaan tahun ni. Ada ke korang terfikir apa-apa yang best untuk Malaysia? Idea-idea hebat untuk masa depan kita semua?


Kitorang tahu, setiap orang ada pandangan masing-masing. Mungkin ada yang fikir nak Malaysia lebih harmoni, pendidikan yang lebih power, atau ekonomi yang lebih kukuh. Apa pun pendapat korang, semua tu penting bagi kami! So, why not luangkan sikit masa, klik link yang kami sediakan, dan share apa yang korang rasa patut kita semua tahu? Korang boleh jawab sambil baring-baring kat sofa, tengah tunggu makanan sampai, atau sambil borak-borak dengan kawan—seriously, memang senang!


Oh ya, kalau ada apa-apa soalan atau nak tahu lebih lanjut pasal survey ni, korang jangan segan-segan, terus je email kitorang kat sini ucsipoll@ucsigroup.com.my

Terima kasih banyak-banyak tau sebab sudi kongsi masa dan pendapat korang dengan kami. Setiap jawapan korang memang kami hargai sangat-sangat. Jom kita sama-sama bina Malaysia yang lebih awesome, lebih hebat, dan lebih maju lagi! Kita semua ada peranan untuk mainkan, kan?

Salam sayang daripada Kak Tini dan team di
Pusat Kajian Tinjauan UCSI!

P/S: Jangan lupa ajak kawan-kawan korang join sekali survey ni. Lagi ramai, lagi meriah!

Till then, thanks for reading everyone. See you when I see you.

FROM THE RIVER TO THE SEA, PALESTINE WILL BE FREE

xoxo


Post a Comment

0 Comments