MEJA LIPAT SUPER PRAKTIKAL UNTUK FAMILY GATHERING! KORANG WAJIB ADA!

Korang, kalau masih ingat, keluarga Kak Tini kan memang hardcore gila dengan aktiviti outdoor. Setiap tahun, mesti ada plan family gathering besar-besaran. Awal tahun 2022, ada satu kenangan manis yang takkan Kak Tini lupakan. Masa tu, kitorang sekeluarga decide nak buat camping kat Janda Baik.

Yang bestnya, kita orang sewa satu kawasan camping tu untuk family besar belah suami. Semua sekali turun padang! Korang bayangkan, tengah pasang khemah hujan mencurah-curah, lebat gila, habis semua basah lencun tapi kitorang tetap bersemangat nak pasang khemah tu cepat-cepat. Dengan budak-budaknya, dengan mak pak budaknya. Hehe. Semua sempoi! Sempat la masing-masing main hujan.
Dan meja lipat ni lah yang jadi hero masa tu. Senang sangat nak pasang, tak sampai dua minit dah siap. Walaupun hujan, meja ni steady je tak bergoyang, mantap gila. Petang tu kita orang buat BBQ tepi tasik, ada yang memancing, ada yang main games. Memang full house dengan aktiviti! Tapi apa yang paling menyentuh hati, itulah kali terakhir kitorang dapat gather outdoor macam tu sebelum arwah ayah mertua Kak Tini meninggal dunia. Memang jadi kenangan yang tak dapat dilupakan sampai bila-bila.


Tahun 2024 ni barulah ada kekuatan nak gather-gather secara besar-besaran balik. Biasanya kitorang gather macam biasalah, time raya, time masing-masing balik rumah mak ke kan. Tapi, ini lain, nak relax-relax gitu. Plannya nak buat masa hujung tahun ni. Tengah dok survey port lagi ni. Korang doakanlah semoga hasrat kitorang ni berjaya ya.

ANYWAY, KENAPA MEJA LIPAT NI BEST SANGAT?

Senang Bawak, Senang Simpan!

Meja ni sangatlah ringan, korang tak payah risau nak angkut. Berat dia cuma 2.5kg untuk yang kecil, yang besar pun 5.1kg je. Kemas dan compact, senang nak simpan dalam bonet kereta. Ada storage bag dia sekali, jadi kalau nak angkut ke mana-mana, tak ada masalah langsung. Anak Kak Tini yang kecik pun boleh tolong bawak. Kitorang memang suka guna meja ni untuk picnic spontan. Nampak spot best je, terus keluarkan meja ni.


Kuat, Kukuh, dan Tahan Lasak

Jangan pandang rendah meja ni, walaupun nampak simple, tapi dia boleh tahan beban sampai 80kg! Maksudnya korang boleh letak apa-apa je atas meja ni, dari periuk besar sampai la ke makanan-makanan yang berat. Material dia daripada MDF yang kuat dengan rangka aluminium, jadi tak payah risau meja ni goyang atau jatuh. Memang sesuai sangat kalau korang ada banyak barang nak letak masa camping.



Banyak Pilihan Saiz dan Warna yang Menarik

Ada tiga saiz yang korang boleh pilih ikut keperluan – kecil, medium, dan besar. Warna pun ada kuning dan hitam. Kak Tini prefer yang hitam sebab nampak elegan. Korang pilihlah ikut taste masing-masing.


Mudah Dibersihkan dan Tak Makan Ruang

Bila dah habis guna, korang just lap-lap je dengan kain basah. Tak payah guna sabun bagai. Lepas tu lipat dan masukkan dalam storage bag yang disediakan. Mudah sangat, tak makan ruang pun. Sesuai untuk korang yang nak buat outdoor activity tapi malas nak handle benda leceh.


Tips Penting Guna Meja Lipat Ni

1) Pastikan permukaan rata sebelum pasang meja untuk elakkan dia goyang-goyang.
2) Jangan letak beban lebih dari 80kg untuk elakkan meja rosak.
3) Jaga kebersihan meja supaya nampak macam baru selalu.

Jadi, untuk korang yang memang kaki outdoor, meja lipat ni memang must-have item. Ringan, kuat, serbaguna, dan yang paling penting, senang sangat nak guna. Dengan harga yang sangat berpatutan, korang dah dapat meja yang boleh tahan bertahun-tahun. Memang berbaloi!

Kalau korang ada pengalaman best masa buat outdoor activities, jom share kat komen! Kak Tini suka baca cerita korang. Selamat bercamping korang, enjoy the great outdoors experience!

Till then, thanks for reading everyone. See you when I see you.

FROM THE RIVER TO THE SEA, PALESTINE WILL BE FREE

xoxo


Post a Comment

0 Comments