Monday, June 29, 2009

@ sambutan 23052009 (II)

0 comments

Beginilah senarionya semasa majlis diadakan pada 23 Mei 2009 yang lalu... ibu Kaisah as usual, dok peram all the pictures... kalau telur ayam dah nak menetas agaknye beb... hihihihihih... u'olls, sowi la ye... masa amat mencemburui diriku ini... muahahaha... perasan bz... padahal memang teramat la bz nye... full swing with workshop and training... takpela kan... majlis ilmu maa dan makan free of course...

Orait... let's start... so, as per the previous entries, ada mentioned with regards to the jamuan kan... now nak menyambung celotehanku yang dah seminggu tergantung... hahahaha... last week Nannie call...'Wei, takkan satu entry je babe pasal besday Kaisah??? aku nih dah la payah gila nak nengok blog kalau kat opis... curi-curi tengok... alih-alih satu jek entry ko??? aperr daaa...'

Aku dengan poyonye hanya bole mengatakan... 'sowi aaa Nannie, bz gila aa beb... tak sempat langsung nak terjah blogku yang ada beberapa itu... huhuhuhuhu...' nih pun aku tengah dok buat website untuk bisnesku yang tak seberapa itu... well, aku ade aa buat this website, php and all but ade gak site builder untuk mereka-mereka yang agak 'malas' dan kesempitan waktu... ayat... baekkkkk punya... ;)

Patutnye last week ada gath untuk old skool mates gua... tapi tetiba lak diriku ini ada hal lah pulaknya... huhuhuhuhu... itu yang tak dapat nak pegi tuh...
Venue: Hilton Pee Jay
Time: Afternoon
Occasion: Hi Tea
Result: Tak dapat pegi... waaaaaa

Hmmppp... sempena tak dapat pergi ke hi-tea ari tuh, korang yang pi tu sila la upload gambo... nak gak tengok mememberku yang ramai dah cun-melecun laaa nih... hello, sekarang nih dok nak cerita pasal besday Kaisah ke pasal diri sendirik??? hihihihihi... hilang ingatan la pulaknye...

Okay, berbalik kepada story-mory pada besday Kaisah aritu... actuallynya ada one story that I really need to share with u'olls berkenaan dengan apa yang telah terjadi pada hari yang penuh bermakna itu... jeng jeng jeng...

Pada pukul 5.30 pagi 23 Mei 2009, aku telah menelefon Kak Uda untuk bertanyakan kepadanya pada pukul berapakah yang sesuai untuk aku pergi menjemputnya... ye arr kan, Kak Uda will be our head of chef maa... I was so worried apabila tetiba Kak Uda kata tak dapat datang sebab lum bagiktau lagik kat Abg Yatim... hubbynye... haaa!!!! Ini serious!!! Pastu Kak Uda suruh tunda sebab Putra demam and along Qashah anak Angah demam gak... WHAT!!!

Mane leh camtu... kami dah beli barang dan jemput orang wo... terkesima aku seketika... so, seawal-awal kul 6.30 pagi, aku terus pegi ke umah Angah... untuk diskas... tok, tok, tok... yuhuuu... salam... anybody home??? dengan mata yang ala-ala tak bukak lagik Angah membuka pintu dan... bersambung... hahahahahaha... baca kat entri seterusnya ya...

Monday, June 22, 2009

@ sambutan 23052009 (I)

0 comments

Well... well... setelah beberapa minggu I've been very attached to my career... now ada la masa sikit nak berblog... bukannya ape, with all the audits, arbitration, training and bla bla bla... membuatkan aku tadak masa yang bole squeeze nak menjalankan xtvt kegemaran... => macamla sibuk sangat kan... hihihihihi...

Btw, as usual ibu Kaisah nih asyik backdated jek kalau bab-bab mengepost entries... sowi laa u'olls... tapi ceritanya masih belum basi maaa... yang penting niat nak story-mory tuh masih ada kan kan... so, nih masa besday Kaisah yang mana ada buat sikit makan-makan kat umah with reference to the entry of 'more than 100 guests' tuh... nih gambo kek ngan some of the presents yang Kaisah dapat...

Alhamdulillah, semua yang dirancang berjalan dengan lancar on that day (23052009)... sampai malam jugakla kami dok melayan tetamu... yang pentig semuanya berjalan dengan lancar dalam suasana yang gembira... alhamdulillah...

Sunday, June 21, 2009

@ kenapa ngan streamyx nih???

2 comments
Asyik tak bole load jek!!! What's the problem la with the net??? Arghh... nak upload gambar pun payah... aperr daa...

Friday, June 19, 2009

@ sempena hari bapa

1 comments
Betapa bangganya bapa dapat mendidik anak mengikut langkahnya menjadi bapa yang baik dan sudah pastinya paling penting ialah dapat menunjukkan jalan agama yang baik.

Firman Allah yang bermaksud, “Dan orang-orang yang beriman, dan yang anak cucu mereka mengikuti mereka dalam keimanan, Kami hubungkan anak cucu mereka dengan mereka, dan Kami tiada mengurangi sedikit pun daripada pahala amal mereka. Tiap-tiap manusia terikat dengan apa yang dikerjakannya.” (Surah at-Thuur, ayat 21)

Dalam hal mendidik anak-anak, seorang suami atau bapa perlulah memahami beberapa perkara. Tidak salah bapa-bapa di luar sana mempelajarinya. Kali ini diberikan beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh si suami dalam membantu isteri mendidik dan mengasuh anak.

Tips # 1 - Jangan terlalu memberi harapan yang tinggi

Terutama sekali jika anak masih kecil. Terlalu banyak harapan diberikan kepada si anak mungkin menyebabkan tekanan kepada mereka. Sebabnya, bila anak tahu bahawa anda terlalu berharap kepadanya, dia akan berusaha memberikan semampunya. Dan jika dia tidak mampu memenuhinya, anak akan berasa sedih dan berasa diri tidak disayangi oleh ayahnya.

Tips # 2 - Menerima kesalahan

Orang yang sudah dewasa pun melakukan kesalahan, apatah lagi anak-anak yang masih kecil. Apabila mendapati anak melakukan kesalahan atau menimbulkan masalah di rumah, janganlah terus menyalahkannya. Ramai bapa yang bertindak memarahi malah memukul anak-anak yang berkelakuan sedemikian.

Sebenarnya tindakan ini tidak akan menjadikan keadaan lebih baik. Bapa akan berasa puas bila dapat memarahi dan menyalahkan anak, tapi dia hanya akan memburukkan lagi keadaan. Beritahu kesalahan mereka dan ajarkan perkara yang sepatutnya anak lakukan. Yakinlah bahawa mereka akan dapat berubah dari masa ke semasa.

Tips # 3 - Kenali anak lebih mendalam

Ketahui dan kenali sebanyak mungkin perkara tentang anak anda. Cari apa mainan dan warna kesukaan mereka, siapa teman terdekatnya, siapa tokoh pahlawan mereka dan selalulah bertanya perkembangan mereka. Dengan memperlihatkan perhatian dan rasa cinta, anak akan merasai diri meraka diberi kasih sayang sepenuhnya. Sikap tidak ambil peduli terhadap perkembangan anak-anak kerana terlalu sibuk dengan kerja akan menyebabkan anak berasa mereka tidak dipedulikan atau merasakan diri mereka tidak penting.

Tips # 4 - Katakan ‘tidak’

Arus kemodenan kini mendedahkan anak-anak kepada banyak pengaruh tidak sihat. Bapa haruslah memantau anak-anak supaya tidak terjebak dalam hal yang tidak diingini. Namun mereka tidak boleh sentiasa memerhatikan anak, untuk itu, anak harus diajar tentang disiplin dan pengendalian diri. Anda juga harus berani mengatakan ‘tidak’ kepada aktiviti anak-anak yang dianggap tidak mendatangkan faedah. Mengatakan ‘tidak’ bererti membantu anda memiliki anak yang sihat, bahagia dan dapat bekerjasama.

Tips # 5 - Memukul kerana tidak belajar

Ramai bapa yang menunjukkan ketegasan terhadap pendidikan anak-anak dengan cara memukul jika anak tidak belajar atau tidak mendapat pencapaian yang mereka inginkan. Tapi banyak kajian yang telah dilakukan mendapati tamparan atau pukulan akan hanya mengurangkan keyakinan diri anak dan mereka memiliki rasa percaya diri yang rendah. Memukul atau menampar anak hanya akan meningkatkan rasa takut anak terhadap ayahnya. Apakah memang ini yang anda inginkan?

Tips # 6 - Tindakan lebih keras daripada kata-kata

Ramai ibubapa yang mengancam atau mengugut anak sendiri bila tidak mendapat kerjasama yang diinginkan. Jika tidak, mereka tidak akan mengendahkan permintaan anda. Perkara ini seharusnya dihentikan segera.

Tips # 7 - Dengar dengan bersungguh-sungguh

Walaupun anak masih kecil, tetapi janganlah abaikan apa yang diceritakan atau diperkatakan oleh si anak. Jangan hanya memperdengarkan sepintas lalu tetapi cubalah belajar memahami apa yang mereka katakan. Nilaikan kembali apa yang dikatakannya. Sebab sekiranya anda mahu anak mendengar kata-kata anda, anda juga harus mendengar apa yang mereka katakan.

Tips # 8 - Layan isteri dengan baik

Bagaimana anda melayani atau memperlakukan isteri yang menjadi petunjuk penting bagi anak tentang hubungan lelaki dan wanita? Jadi, usahalahlah untuk melayani isteri dengan cara yang paling baik. Elakkan bertengkar di hadapan anak-anak kerana anda mungkin mengajar sesuatu yang negatif kepada anak.

Tips # 9 - Katakan ‘luar biasa’

Puji dan katakan betapa luar biasanya anak bagi anda. Hal ini sangat penting utnuk disampaikan terutamanya jika anak memiliki masalah. Tunjukkan kepada anak, apa yang membuatkan dia luar baisa kerana ini akan lebih bermakna buatnya.

Tips # 10 - Beri tanggungjawab sesuai dengan usia

Ketika anak masih kecil, apa yang dapat dilakukan mungkin hanya membereskan temapt tidur atau mengemaskan permainannya. Namun, apabila mereka semakin membesar, tambahkan tanggungjawab untuknya. Katakan kepada anak bahawa dalam keluarga setiap anggota punya tanggungjawab masing-masing. Jangan beri hadiah untuk tanggungjawab yang memang harus mereka lakukan.

Semoga tips-tips yang diberikan ini dapat memberi idea bagaimana bapa boleh menyumbang secara positif dalam mendidik anak-anak agar mereka menjadi generasi yang berakhlak dan cemerlang di dunia dan juga di akhirat, insya Allah...

=> selamat hari bapa istimewa untuk suamiku, ayahku, ayah mertuaku, datukku... para ayah yang masih ada dan yang telah meninggalkan kita semua...

Thursday, June 18, 2009

@ I'm back ;)

0 comments
Yuhuuuu u'olls, I'm back oh yeah... tunggu untuk all my entries ya... agak lama jugak kuperamkan gambar-gambar dan cerita-cerita tersebut... well, bukannye tanak blogging maa... tapi very the busy maa... tolon... tolon...

Earmm... need a raise... anyone with a helping hand??? hihihihihi ;)

Wednesday, June 17, 2009

@ 10 cara berbakti kepada ibu bapa

0 comments
Setiap anak wajib berbakti dan mentaati ibu bapa bertujuan membahagiakan kehidupan mereka melalui hari tua. Ajaran Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan yang mulia. Banyak bakti yang boleh dilakukan kepada ibu bapa. Bakti itu dalam bentuk metarial dan hubungan kasih sayang. Ini bersesuaian dengan fizikal ibu bapa yang semakin uzur dan memerlukan lebih perhatian.

Terdapat sekurang-kurangnya 10 bakti perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa.

1. Memberi nafkah. Terdapat ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Kalaupun berkerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat.

Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak.

2. Menyediakan tempat tinggal. Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal, atau tidak sesuai untuk didiami, adalah menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal yang lebih sesuai kepada ibu bapa.

Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.

3. Memberi kasih sayang. Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini telah dicurahkan ibu bapa. Kasih sayang ibu dan bapa tidak pernah padam terhadap anaknya. Jadi seharusnya kasih sayang itu dibalas dengan sebaik-baiknya.

Anak yang baik tidak melupai jasa dan kasih sayang kedua ibu bapa. Anak soleh sentiasa memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat.

Firman Allah bermaksud: ?Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil.? (Surah al-Isra, ayat 24).

4. Memberi perhatian. Ibu bapa yang diabaikan akan merasai kesunyian. Mereka terasa disisih dan dan seperti tidak diperdulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa.

Penerapan amalan memberi perhatian terhadap ibu bapa perlu disemai, dibajai serta disuburkan dalam kehidupan masyarakat kita. Kes anak yang membuang ibu bapa semakin meningkat. Anak memandang jijik terhadap ibu bapa sendiri.

Banyak ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah rumah penjagaan orang-orang tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa. Sedangkan, ibu bapa mampu menjaga dan membesarkan beberapa orang anak.

5. Memenuhi permintaan. Ibu bapa seringkali memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa.

Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain. Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat, dan seumpamanya.

Malah keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama berjihad di medan perang. Diriwaytkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: ?Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad: Apakah perbuatan disukai oleh Allah??

Lalu baginda bersabda: Sembahyang pada waktunya. Kemudian apa?? tanya saya lagi. Baginda menjawab: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Saya bertanya: Apa lagi. Jawab baginda: Berjihad pada jalan Allah.

6. Melakukan apa yang disukai. Ibu bapa sudah tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa bermakna melakukan perbuatan derhaka.

Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya. Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat.

Sabda Rasulullah bermaksud: Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.(Hadis riwayat Tirmizi).

Dalam hadis lain diriwayatkan al-Hakam bermaksud: Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati.

7. Bercakap dengan lemah lembut. Satu cara menjaga perasaan ibu bapa ialah bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendaklah direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka.

Firman Allah bermaksud: Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata cis! terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut. (Surah al-Israk, ayat 23).

Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar.

8. Menghadiahkan kejayaan. Ibu bapa sentiasa mengharapkan kejayaan anak mereka. Anak hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan agar dapat dikongsi kegembiraannya bersama-sama dengan ibu bapa.

Jadi, jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa. Ibu bapa dibawa bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu.

9. Meluangkan masa bersama-sama. Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi ibu bapa. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya.

10. Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa. Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan biarpun ibu bapa telah meninggal dunia.

Sabda Rasulullah bermaksud: Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya. (Hadis riwayat Muslim).

Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil Anak tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya.

Gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu bapa sebaik mungkin. Masa untuk anak berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin suntuk. Lambat laun ibu bapa akan meninggal dunia. Bertindaklah sebelum terlambat, selagi ibu bapa atau salah seorangnya masih hidup.

=> Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan.Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan.Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan..Kita tidak tahu.Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya,mungkin kita akan tahu.
=> originated from a fwen... tq...

Monday, June 8, 2009

@ Kaisah nak ikut

1 comments
My angel is such a honey-bunny and I felt so relunctant everyday masa nak pegi keje... although I send her to my sista-in-law to be taken care of... angah le tuh... still rasa cam berat jek nak tinggalkan Kaisah... one of the main reason is that sekarang nih, Kaisah dok nak mengikut... thus, dia akan menangis each and every time when I left her there... huhuhuhuh... sadis bangettt...

Memang standard le cam gitu, according to my colleagues... kengkadang tuh, bukan kengkadang but usually actuallynya, babies tend to do that bila diorang dah makin besar... they knew who their mommies are... so, that's why sometimes, baru bukak grill pintu pagar pun her ears dah dengar dan terus menangis... huhuhuhuhu...

Nih ada lagik gambar masa besday Kaisah ari tuh... silala tengok ye...

=> nih gambar masa kat umah angah...

Okay, jom sambung story-mory... everyday lepas balik keje, memang merupakan suatu acara wajib bagi ibu Kaisah untuk membawa Kaisah jalan-jalan kat playground... then, baru pi kedai untuk beli barang-barang basah for dinner... almaklumlah, ayah Kaisah nih wajib makan di umah... alhamdulillah... well, agak penat sometimes tapi begitulah kalau dah menjadi seorang isteri kan kan...

Then, pegi kelas around 7.50pm... and again the drama of Kaisah nak ikut will be repeated... waaaa... kesian Kaisah...

@ wanna convert to [dot] com

1 comments
I'm actually afraid gak if in any case, the blog u know... terwhateva... so, dalam hati nih rasa cam nak meng [dot] [com] kan blog Kaisah nih... well, mama Alia mentioned for me to amik ngan blogger jek 35 bucks per year... tapi nak guna credit card for payment aarr... ibu Kaisah dah stop dah semua credit card... so, camne nak buat ek?

Ada gak survey kat net but lum jumpa yang menarik di hati... kalau bole nak domain provider yang:
1) Murah
2) Easy payment - PayPal ke, transfer ke
3) Dipercayai

=> earmm, manelah nak cari ni... nak cari domain, nak cari domain...

@ angah Adid besday 03062009

0 comments

=> happy belated birthday to angah Adid yang ke 5 tahun...
=> semoga menjadi anak yang mendengar kata dan memiliki kesemua kualiti yang positif...

@ busy tapi nak blog

0 comments
I am so-so busy these few months though... tapi keinginan untuk berblog membuak-buak beb... ye arr, used to be a daily blogger and still isn't it??? Hmppp... my assistant will be quitting her job and her last day will be on the 12th of this month... ikut hubby dia pi Bintulu... Aini... tinggallah daku seorang... waaaaaaaaa...

Now at this moment lak, sakit gigi... huhuhuhuhuhu... sadis sungguh, dok tengah bz sengsangat prepare report untuk Internal Audit... minggu nih aku budget confirm siap... sebab nak kena submit by end of June 2009 maa...

Kaisah alhamdulillah dah sihat... but ibu Kaisah still demam nih... however, since workload @ maximum capacity... kena la gak buat... if not nanti makin lama makin bertambah daa...

Thursday, June 4, 2009

@ sambutan 21052009 (III)

0 comments

=> masih berkisar tentang sambutan besday Kaisah...

Monday, June 1, 2009

@ sambutan 21052009 (II)

1 comments

=> lagi gambar masa besday Kaisah 21 Mei 2009

weolls @ connected

weolls @ popular posts

weolls @ world

weolls @ labels

 

All About Us Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal


This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates