Monday, April 26, 2010

@ di pusara ahli keluarga

0 comments

Ingat kot nak wat tajuk sekali terkenang lagik... tapi cam tak berapa sesuai la pulok... well, masa nih kami sedang menziarahi pusara arwah moyang Kaisah... alhamdulillah, pusara mereka terjaga dan dalam keadaan yang elok... yelah kan, bila kita dah takde kat dunia nih... ape lagik yang tinggal?..

=> Apabila mati seseorang, akan terputus amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh yang mendoakan untuknya.

Bila cenggini, aku bebetul teringat kat sajak Usman Awang... Ke Makam Bonda

Kami mengunjungi pusara bonda
Sunyi pagi disinari suria
Wangi berseri puspa kemboja
Menyambut kami mewakili bonda

Tegak kami di makam sepi
Lalang-lalang tinggi berdiri
Dua nisan terkapar mati
Hanya papan dimakan bumi

Dalam kenangan kami melihat
Mesra kasih bonda menatap
Sedang lena dalam rahap
Dua tangan kaku berdakap

Bibir bonda bersih lesu
Pernah dulu mengucupi dahiku
Kini kurasakan kasihnya lagi
Meski jauh dibatasi bumi

Nisan batu kami tegakkan
Tiada lagi lalang memanjang
Ada doa kami pohonkan
Air mawar kami siramkan

Senyum kemboja mengantar kami
Meninggalkan makam sepi sendiri
Damailah bonda dalam pengabadian
Insan kerdil mengadap Tuhan

Begitu bakti kami berikan
Tiada sama bonda melahirkan
Kasih bonda tiada sempadan
Kemuncak murni kemuliaan insan

Memang berhantu puisi aka sajak nih... ibu Kaisah masih hengat... siap hafal lagik masa kat sekolah rendah and masuk pertandingan sajak dengan mendeklamasikan sajak ini... alhamdulillah menange lagiks tuh... pastu ade gak pertandingan menyanyi lagu patriotik... siap nyanyi lagu Bahtera Merdeka gitew... first puloks... ahaks... kembang-kempis idung bangga... ;)

Sunday, April 25, 2010

@ kami pembuat dodol (III)

0 comments

Okie dokie... let's get back to our dodol-in-making... aritu tergendala sebab ade posting mengenai mana nak celebrate besday Kaisah kan kan kan... so, beginilah ghupanya apabila dodol telah siap dimasak... from morning till dawn gitew... 8 jam or maximum can go up to 10 hours... tapi hasilnya memang superb... walla... jadiknya, sesapa yang teringin nak mengorder bole jek terus e-mailkan pertanyaan, butir-butir order atau cadangan ke alamat e-mail ini... mazhar_alti@yahoo.com...

Actuallynya, kami memang selalunya fokus pada musim-musim perayaan dalam penghasilan dodol ini... namun begitu, sekiranya tempahan diterima bukan pada waktu tersebut, kami dengan berbesar hati akan tetap memproses tempahan tersebut... no worries ;)

Mari-mari-mari... selamat mengorder...

=> untuk tempahan, sila hubungi 019-3458610 atau e-mailkan ke alamat mazhar_alti@yahoo.com

Thursday, April 22, 2010

@ nak celebrate kat mane?

0 comments
I am in the midst of thinking on how and where to celebrate my intelligent precious angel's coming 2nd birthday bash ni... EDD = 29052010... the date laks on 21052010... hmmmp...

1) Mc'donalds


=> okay ke nih Only RM105.00 (For 15 persons)
• 15 sets of Ronald McDonald™ Jungle Adventure Party Packs, Invitation Cards, Fun Traymats, Stickers & Party Masks
• 3 sets of Games Prizes
• 1 pc Birthday Card
• 1 Birthday Child's Gift (While stocks last)
* Choice of 1 Happy Meal™ for Birthday Child upon purchase
* Take Out Party Kit excludes food and drinks

2) Nachos Nachos


* Kids eat for free... earmmm, kena check it out nih...

3) KFC


=> mane lagik ek... tadak idea...
=> tahun lepas dah masak sendirik... tahun ni cam tak larat la pulok...

Monday, April 19, 2010

@ kami pembuat dodol (II)

0 comments

Yiiihaaa... antara proses yang dijalankan sebelum dodol dapat dimakan... memang tradisional gila ahh... sebab kami memang menggunakan bahan-bahan terbaekkk dari ladang... hihihihihi... dengan tempurung kelapa sebagai bahan bakar... juga teknik penggaulan yang diwarisi turun-temurun...

Cuba tengok... putih kan warna sebatian yang terdapat di dalam kawah itu?... macam tak percaya jek yang sebenornye ia akan menjadi dodol... tetapi itulah hakikatnye dan kebiasaannye, proses pengacauan atau penggaulan ini akan mengambil masa kira-kira 8-9 jam... well, well, well... memang lama... tapi ia akan menghasilkan hasil yang sungguh superb... walla...

Proses pengacauan harus diteruskan yang mana ia tidak boleh dibiarkan tidak berkacau dalam masa yang tertentu untuk mengelakkan sebatian yang berada pada dasar kawah melekat atau mengental... ini sudah tentu akan menyebabkan hasil akhir kita berada dalam keadaan yang tidak memuaskan... pendek kata, tak berkualiti aaarrr...

=> bersambung lagik... ;)

@ kami pembuat dodol (I)

0 comments

Yayayayayaya... seperti tajuk di atas, keluarga kami memang membuat dodol secara tradisional dan membekalkan dodol-dodol tersebut di sekitar Melaka, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur... sebenornye, perniagaan ni more to home-based business yang mana pada mulanya dipelopori oleh Nenek Esah... ya, nenek kami... then disambung oleh Mak Ngah... dodol kami turut diedarkan sehingga ke luar negara yang mana kebiasaannya ia dibawa oleh kazen-kazen yang menetap di sana ataupun melanjutkan pelajaran di sana... nak jugak besarkan family business nih sebenornye... tapi buat masa nih belum cukup dana yang terkumpul...

Btw, tengokla Kaisah tu... nak gak enterframe... hahahahaha... well, masa ni actually masa 2 minggu sebelum raya means dalam minggu kedua bulan Ramadhan... memang kebiasaannya kami akan balik beramai-ramai untk membantu mengacau dodol... berat wehhhhh... aku dah penah try dah...

=> kalu ade sesapa nak wat 'latihan industri' mengacau dodol bole la request... wakakakakaka...
=> sambung lagik la ek, banyak lagik gambar yang nak diupload...

Wednesday, April 14, 2010

@ sekali terkenang (V)

0 comments

Saat-saat gembira menyambut Syawal... earmm tadak pape nak bebel... tadak idea... layankan jek la gambar ni ye...

Tuesday, April 6, 2010

@ sekali terkenang (IV)

0 comments

Detik-detik yang sungguh membahagiakan... sementara dok menghitung hari ni, bila belek-belek balik folders gambar, terlihatlah... perghhh... banyak gilos... i will not belog all of them... mane-mane yang ala-ala ade idea jek la... hihihihi... Beginilah antara senario yang berjaya kurakamkam semasa kami bersama-sama menyambut hari kemenangan, hari yang mulia, Hari Raya Aidilfitri... hari kita bermaaf-maafan dan bergembira atas kemenangan kerana berjaya mengawal nafsu selama sebulan dalam mengerjakan perintah Illahi...

Hmmpp... nih EDD 29052010... gitu-gini pantang semua dalam 60 hari... expected confinement's completion dalam 29072010... itu kalo tak ikut real date aaa... i mean we are still unsure on when the bb will 'poop out' kan... thus, following the expected delivery date and just calculate based on the monthly calendar... tu yang dapat outcome camtu tu... however, based on my experience masa melahirkan Kaisah dulu... it actually happened on the check-up date itself... konon-konon nak mai masa dah sakit betul... but hey, the graph was already at the peak actually masa tu... kebetulan lak masa tu dah sampai my turn to be checked... aduyai, pegi jek la ngan hubby masuk kat bilik doktor tuh... aku wat muka selamba rock padahal gila punya berdenyut ahhh... 'sakit ye puan'... tak sempat nak jawab... doktor tu terus kata, 'kalau tengok pada graf ni... dah sampai masa untuk bersalin ni puan sebab contractionnye quite high'... 'takpe, biar saya check dulu'... check punya check, hambik ko, dah 2 cm... terpaksala gue ditolak masuk ke dalam labour ward dengan menaiki wheel chair... uhuks...

Okie dokie... let's get back to square one... there's about 1 month plus to go... works still go on... infact I'm actually in the midst of 'serabuting' myself as I want the tasks to be completed as in ASAP... @ least tenang la skit nanti masa confinement... however, since the dependencies are very high... i mean, the involvement of many people in terms of completing the whole set of documents plus the reviewing session which took a damn long period... I doubt that it can be done on time... kena bertawakal ajelah... harapnye cepat la leh complete all of the tasks... tapi kalo kena wat keje time coti nanti pun... ade portion untuk 'allowance' kata my immediate superior... hihihihihi...

Well... tahun ni tak pastilah dapat posa ke tak ek... raya bila ntah?.. rasanya cam bulan 9... so, kalo dalam bulan 9 => Syawal... means bulan 8 => Ramadhan... insyaAllah leh posa nih... hopefully...

Sunday, April 4, 2010

@ erti cinta

0 comments
“Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu berdebar kencang dan suaramu tersekat di dadamu? Itu bukan Cinta, itu SUKA.

Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan mata darinya? Itu bukan Cinta, itu NAFSU.

Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu ia ada di sana? Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.

Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang? Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN.

Adakah kamu tetap mengatakan kamu menyintainya kerana kamu tidak ingin melukai
hatinya? Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.

Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hatimu melompat? Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.

Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana kamu mengambil berat tentangnya? Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.

Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya dia yang kamu fikirkan? Itu bukan Cinta, itu DUSTA.

Adakah kamu rela memberikan semua perkara yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya? Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.

Tetapi

Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran antara kesakitan dan kegembiraan yang membutakan dan tak terfahami … menarikmu mendekati dan tetap bersamanya? ITULAH CINTA.

Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu bahagian dirinya dan siapa dirinya? Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya tanpa penyesalan? Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat? ITULAH CINTA.

Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia bersedih? ITULAH CINTA.

Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia? ITULAH CINTA.

Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh jiwamu begitu mendalam sehingga menusuk? Yang demikian itulah namanya CINTA.

=> sweet tho... ;)

@ love vs marriage

0 comments
Love is holding hands in the street.
Marriage is holding arguments in the street.

Love is dinner for 2 in your favorite restaurant.
Marriage is a take home packet.

Love is cuddling on a sofa.
Marriage is one of them sleeping on a sofa.

Love is talking about having children.
Marriage is talking about getting away from children.

Love is going to bed early.
Marriage is going to sleep early.

Love is a romantic drive.
Marriage is arrive on tops curvy tarmac .

Love is losing your appetite.
Marriage is losing your figure.

Love is sweet nothing in the ear.
Marriage is sweet nothing in the bank.

Tv has no place in love.
Marriage is a fight for remote control.

Love is 1 drink and 2 straws.
Marriage is "Don't you think you've had enough!".

Conclusion: "Love is blind, Marriage is an eye opener!"

=> received from a fwen... how true ;)

Thursday, April 1, 2010

@ beli al-Quran online

0 comments

Pertama di dunia!!! Al-quran tafsir per-kata+asbabun nuzul
Memang sesuai bagi seisi rumah untuk mempermudahkan pemahaman dan mengetahui asbabun nuzul ayat al-quran.
Boleh dijadikan rujukan individu/untuk pelajar/dan setiap muslim.

=> untuk tempahan sila klik http://www.bacaquran2u.com/index.php?ref=mazharalti

@ buat duit dengan Facebook

0 comments

* Laman sosial terbesar di dunia! Anda tidak perlu bersusah payah bersosial di laman sosial yang lain.
* Tiada had umur untuk menggunakan Facebook, prospek anda akan terdiri daripada pelbagai lapisan umur.
* Purata seseorang menggunakan Facebook adalah 5-7 jam sehari,jaminan untuk anda mendapat trafik yang tetap.
* Sangat fleksibel dan mudah untuk digunakan, semua orang boleh menggunakan Facebook.
* Terdapat banyak applikasi yang boleh digunakan untuk mendapatkan trafik, anda boleh beriklan percuma!
* Ramai selebriti, ahli politik, tokoh korporat, jutawan, ikon dan ahli perniagaan yang menggunakan Facebook.
* Anda boleh membina kumpulan dan network dengan pantas walaupun anda tidak pernah berjumpa mereka.
* Ramai ahli perniagaan menggunakan Facebook untuk mempromosi perniagaan mereka.
* Setiap hari lebih daripada 10,000 produk dibeli melalui Facebook!

weolls @ world

weolls @ labels

 

All About Us Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal


This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates