Wednesday, April 12, 2017

FESTARI PJ 2017 - SRI ASSUNTA


Festari PJ 2017 baru sahaja berakhir pada 08/04/2017... dengan semangat yang berkobar-kobar, team Sri Assunta telah menyahut cabaran ini... latihan telah diadakan pada setiap hari selama 6 jam sepanjang seminggu selepas 01/04/2017 yang lalu... bayangkan, dengan hanya 7 hari dengan penari paling muda baru berada di dalam Tahun Satu dengan hanya seorang penari dari Tahun Lima... ini bermakna kami menaruh harapan yang tinggi kepada para murid yang masih hijau!!! Sri Assunta mempunyai seramai 12 orang penari dan kesemuanya datang dari pelbagai latar-belakang... mereka disatukan dalam suatu seni yang sungguh indah...


Persiapan untuk persembahan yang dijadualkan bermula pada pukul 2:00 petang bermula seawal jam 9:00 pagi... para penari telah disiapkan oleh guru pengiring yang dedikasi juga guru tarian yang komited... terima kasih Cikgu Jannah dan Cikgu Sab... segala pengorbanan dan tunjuk ajar cikgu amat kami hargai dan akan menjadi kenangan terindah di dalam lipatan sejarah penglibatan kami di dalam arena tarian... sebagai ibu-bapa kepada para penari, amatlah penting untuk kesefahaman juga kesediaan untuk berkorban demi kejayaan anak-anak sekalian... oleh itu, sekalung tahniah juga dihadiahkan buat para ibu-bapa yang telah hadir bersama-sama ke Auditorium MBPJ, Dewan Sivik pada 08/04/2017 untuk memberikan sokongan yang padu kepada kumpulan tarian Sri Assunta...

 

Keadaan di Auditorium MBPJ sementara menantikan kehadiran para jemputan juga barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana... keadaan menjadi semakin meriah dengan ketibaan kumpulan-kumpulan tarian yang berpakaian tradisional beserta hiasan dan aksesori yang mengingatkan kita kembali kepada akar-umbi nusantara yang menjadi jati diri segenap masyarakat amnya...   


Sempat bergambar selepas acara untuk murid-murid dari sekolah rendah yang bertanding tamat... para penari Sri Assunta merakamkan kenangan bersama guru pengiring dan guru tarian juga ibu-ibu yang turun padang untuk memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi...


Walaupun tidak berjaya merangkul kejuaraan, namun, pengalaman yang ditimba amat berharga... para penari dapat melihat sendiri bagaimana kumpulan tarian lain mempersembahkan tarian mereka... ini sedikit-sebanyak memberikan ilham juga semangat buat mereka (juga kami) untuk memperkemaskan lagi langkah juga koreografi untuk pertandingan-pertandingan yang bakal menjelang... 

Jom kita bersedia untuk FESTAKA UM 2017 yang akan berlangsung pada 16/04/2017 ini!!!

Jumpa di sana!!!



xoxo

0 comments on "FESTARI PJ 2017 - SRI ASSUNTA"

weolls @ world

weolls @ labels

 

All About Us Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal


This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates