SAYEMBARA NOVEL REMAJA DAN KANAK-KANAK BH 2017 - 31/10/2017

<credit kepada cikgu Mohd Helmi Ahmad> Berita Harian (BH) telah melancarkan sayembara novel remaja dan kanak-kanak 2017. Untuk sayembara ini BH telah bekerjasama dengan Majlis Buku Kebangsaan. 
 
Syarat dan borang penyertaan:

Berikut ialah syarat penyertaan seperti yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur:
Pertandingan dibuka kepada warganegara Malaysia kecuali warga kerja NSTP dan MBKM.
Pertandingan dibahagikan kepada dua kategori iaitu:

1) Kategori novel remaja
2) Kategori novel kanak-kanak

》Tema sayembara ini adalah bebas tetapi karya hendaklah bersesuaian dengan nilai-nilai baik dan murni bagi kelompok pembaca remaja serta kanak-kanak.

》Peserta boleh menyertai kedua-dua kategori tetapi hanya dibenarkan menghantar SATU manuskrip sahaja untuk setiap genre.

》Panjang manuskrip bagi novel kanak-kanak adalah dalam lingkungan 80 hingga 100 muka surat, manakala bagi novel remaja dalam lingkungan 100 hingga 200 muka surat.

》Manuskrip yang dihantar mestilah ditaip di atas kertas A4 sebelah muka dengan jarak langkau dua baris dan berjilid kemas.

》Judul karya hendaklah ditaip pada kulit naskhah, manakala nama dan alamat peserta TIDAK BOLEH tertera pada manuskrip yang dikirim.

》Karya mestilah asli, bukan saduran, adaptasi, penyesuaian atau apa-apa sahaja yang membawa pengertian karya itu bukan karya asli serta belum pernah tersiar atau diterbitkan oleh mana-mana pihak.

》Sekiranya karya yang dihantar ternyata diciplak, penyertaan akan terbatal dengan serta-merta. Jika karya itu memenangi hadiah, hadiah berkenaan perlu dipulangkan semula kepada penganjur.

》BH berhak menerbitkan manuskrip yang memenangi sayembara ini, tertakluk kepada syarat-syarat penerbitan BH.

》Keputusan panel hakim adalah muktamad.

》Setiap manuskrip yang dihantar kepada urus setia perlu disertakan borang penyertaan, sinopsis karya dan sekeping gambar berukuran pasport.

》Penyertaan yang lengkap hendaklah sampai kepada urus setia sebelum atau pada tarikh tutup peraduan, iaitu 31 Oktober 2017 dan dihantar kepada alamat yang berikut:

Urus Setia,
Sayembara Novel Remaja dan Kanak-kanak BH,
BH, Balai Berita, 31 Jalan Riong,
59100 Kuala Lumpur.

HADIAH
Novel Remaja
Pertama : RM15,000 & hadiah iringan
Ke-2 : RM12,000 & hadiah iringan
Ke-3 : RM10,000 & hadiah iringan
Saguhati x 2: RM5,000 & hadiah iringan

Novel Kanak-kanak
Pertama : RM10,000 & hadiah iringan
Ke-2 : RM8,000 & hadiah iringan
Ke-3 : RM6,000 & hadiah iringan
Saguhati x 2: RM3,000 & hadiah iringan

Borang Penyertaan Sayembara Novel Remaja dan Kanak-kanak BH 2017 dengan Kerjasama Majlis Buku Kebangsaan Malaysia adalah seperti berikut:
 
 
Semoga berjaya!!!
 
xoxo
 


1 Comments

Previous Post Next Post