KARNIVAL NURI MERDEKA 2018 - 04 OGOS 2018


Karnival Nuri Merdeka uolls!!! Apa lagi, ibu, ayah, kakak, abang, datuk, nenek sekalian, jom bawa anak-anak ke Karnival Nuri Merdeka!!! Jom ke lokasi Karnival Nuri Merdeka paling dekat... boleh daftar sebagai ahli Kelab Nuri di kelabnuri.com.my dan ajaklah kawan-kawan turun beramai-ramai ke karnival paling meriah ini...


Bagi melancarkan pendaftaran akaun Kelab Nuri, ibu bapa perlu membawa kad pengenalan masing-masing dan MyKid atau Sijil Kelahiran anak... jom jumpa di sana... boleh bergambar dan beramah mesra dengan Big Bro tau... anak-anak pasti teruja!!! 

Jom Sayangi Malaysiaku bersama Kelab Nuri Bank Rakyat... #KelabNuri #SayangiMalaysiaku #KarnivalNuriMerdeka #Karnival #Merdeka#BankRakyat


Karnival Merdeka Nuri dijalankan serentak di 14 lokasi... Big Bro akan berada di lokasi-lokasi tersebut uolls... untuk mengetahui berkenaan lokasi dan event ini, sila klik di sini... kat bawah ni pun dah disenaraikan nama-nama lokasi yang terlibat...



Di sini kami sertakan maklumat berkenaan Kelab Nuri untuk anda:

Syarat: Had umur kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah sahaja. 
Pendaftaran: Yuran keahlian RM50 setahun bagi tahun pertama dan RM10 setahun bagi tahun berikutnya 
Pendaftaran boleh dibuat melalui:- Mana-mana Cawangan Bank Rakyat; Mikrosite Kelab Nuri (www.kelabnuri.com.my); atau Bas Nuri... 

Keistimewaan Kelab NURI: 
 1. Pelbagai manfaat dan kelebihan khas untuk peserta program seperti:-
2. Pemberian hadiah wang tunai dalam bentuk Akaun Simpanan-I NURI / Akaun Simpanan-1 Bank Rakyat
3. Perlindungan Takaful Percuma
4. Diskaun eksklusif daripada rakan dagang terpilih
5. Keutamaan menyertai program anjuran Kelab NURI. 

Pembatalan keahlian serta-merta apabila ahli melebihi umur 18 tahun

Untuk maklumat lanjut, bolehlah anda layari halaman ini...


Jumpa di sana ya!!! Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua...

xoxo

Post a Comment

0 Comments