Apabila teringinkan buah melaka atau onde-onde... waktu tengah hari pun jadi diusahakan dengan askar-askar yang bersedia untuk dikerahkan tenaga... #maidless #anak4 #momgeneuir #dadtech #kidscooking #kidsinaction #kidsactivity... last night baru bincang dengan anak-anak regarding biskut susu viral... plan nak buat macam Patrick dan beberapa warna serta bentuk lain...
Those were the hashtags when we actually managed to meet at least every bi-weekly or sometimes weekly within previous months... well, those were the times that we could be together... yelah, diberikan rezeki untuk dapat balik setiap minggu atau dua minggu sekali untuk bersama-sama keluarga yang tercinta kan... ada je macam-macam aktiviti yang dilakukan either planned or adhoc... apa-apa pun, semuanya dilakukan dengan niat inginkan kebersamaan dan kekitaan di dalam keluarga tetap disemarakkan...
Apabila difikirkan semula, siapalah yang tak sedih terpaksa bekerja jauh dari keluarga kan... tetapi, kami sekeluarga selalu memikirkannya secara positif yang mana mungkin Allah mahukan kami belajar erti kasih-sayang dan setia yang mendalam dalam situasi ini sambil terus redha atas segala yang telah diaturkanNya...
Bukan main seronok lagi haritu, my children wanna eat onde-onde and they were super rajin nak buat sendiri... nah, kita bentang je suratkhabar lama jadikan alas dan walla... jom main tepung... hehehehe... Kaisah jadi mastermind, Thaqif jadi robot angkat air, Nuha dan Khairah jadi tukang gaul tepung... kita tepek gambar kat sini buat kenangan kannnn...
Memang masyaAllah dia punya sepah tu uollssss... however, since kami dah lapik siap-siap dengan suratkhabar lama, tak susah pun nak kemas... well, my children ni masing-masing memang dah ada tugas sendiri daily, weekly and monthly... ayahnya yang memantau tugasan-tugasan tu... yelah kan, kena bagi big boss yang handle senang sikit... cakap sekali je terus gerak... hehehehe... kadang-kadang pelik juga kan, anak-anak ni kalau dengan ayah, cepat je bergeraknya kannnn...
Ni, sementelah makcik dok jauh dari family ni, dok bagi tugasan, pesanan, homework and all through our family Whaysapp Group je lah... R.I.N.D.U... tapi kena bertabahlah ya... first sebab memang kena patuh kepada arahan kerajaan iaitu PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN @ RESTRICTED MOVEMENT ORDER @ MOVEMENT CONTROL ORDER... secondly, nanti makcik ceritakan kat entri lain... ingatkan makcik tau...
Since 08/03/2020, makcik maintained berada di lokasi (area tempat kerja makcik di selatan tanah air) sampailah laaaa ni... begitu jugalah dengan keluargaku yang maintain di Rumahku Syurgaku di Selangor... kami terpisah 430 km guys... 430 km... huhuhuhu... boleh bayangkan tak macam mana tahap kerinduan kami ni?... dah hampir sebulan tak dapat pulang untuk bersama-sama dengan anak-anak and my better half... well, beginilah antara secebis feeling yang turut dirasakan oleh para frontliners yang terpaksa terpisah dengan yang tersayang guys... selebihnya sudah tentulah dengan cabaran yang terpaksa mereka harungi semasa berdepan dengan para pesakit dan juga potential COVID-19 carrier...
Makcik bagi contoh, my BFFE perlu berkhidmat as a frontliner di JB while her daughter is being left at her mother's house at Sening... around 130 km apart... well, that's the least that we could do at the moment guys iaitu STAY PUT AT WHERE EVER WE ARE...
Thus, sekiranya ada yang merungut kata boring #stayathome takde apa benda nak buat, bosan asyik tengok ahli keluarga yang sama je, dah tak tau nak pergi mana sepanjang kat rumah, yelah, dapur dah pergi, bilik air dah pergi, bilik tidur dah pergi, ruang tamu pun sama dan macam-macam lagilah... tolonglah bersyukur ya... ingatlah bahawasanya ramai lagi orang lain yang tak dapat privillege yang macam tu... ada ramai frontliners yang nak together-gather bersama-sama family tercinta, ada ramai essential workers yang nak balik duduk kat rumah sendiri dan sebagainya...
Thus, please Malaysians... tolonglah patuh kepada #PKP #RMO #MCO... marilah kita bersama-sama menghentikan rantaian COVID-19 ini... boleh check berkenaan flattenig the curve di sini... selagi semua warga tidak bersatu-padu, selagi itulah kita akan terus berdebar-debar menantikan status COVID-19 yang akan diumumkan pada setiap hari oleh DG kita Dr Noor Hisham... jadi, tolonglah ya, jom kita sama-sama menjadi ralyat yang bertanggungjawab....
Takde apa yang lebih best selain daripada dapat bervideo call or at least call hari-hari tapi tu lah kan... kadang-kadang tu makcik tak nak cakap lama-lama sebab sedih... hehehehe... yelah, rindu kan dengan anak-anak, my better half, parents, siblings, family and all... tapi kena maintain cool gitu...
1) Kerap mencuci tangan dengan sabun sekurang-kurangnya 20 saat.
2) Menjarakkan diri dengan orang lain sekurang-kurangnya sejauh 1 meter.
3) Hanya keluar apabila ada keperluan, sekiranya tidak perlu, TOLONG hanya duduk di rumah.
Malaysians, we can do this together!!!
Let's break the chain... for the sake of our loved ones... please everyone...
#COVID-19 #stayathome #dudukdirumah #kitajagakita #frontliners #socialdistancing #basuhtangandengansabun #jagakebersihan #kkm #mkn #malaysiabersatu #janganbalikkampung #wecangothroughthis #RMO #MCO
xoxo
14 Comments
bila musim PKP apa yg kita rasa nk mkn bole cuba..nk plak buat sama ank2 kn..tp berjauhan dgn family mmg sedih tp nasibaik bole videocall kn...smoga kita smua dilindungi dr wabak covid19
ReplyDeleteHuhuhu terus teringat kat anak yang terkandas di Shah Alam tu haa...huwaaa rindu dan bimbang seorang Ibu ni, hanya Allah je yang Tahu...
ReplyDeleteMOga kita semua dalam perlindungan Allah swt...
Sis mmg suka onde onde dan tebtu sekali anak2 pun sanggup membantu dan belajar buat onde onde. Bila makan suka bila gula memancut ha ha
ReplyDeleteSemoga cepatlah musim covid ni berakhir. Dapatlah buat kerja2 seperti biasa.
ReplyDeleteSamlah redhalah kita yang tak duduk serumah dengan family, apakan daya call jer setiap hari tanya khabar dan vc pon boleh juga.. moga hilang rasa rindu dan doa moga covid19 berakhir tak lama lagi.
ReplyDeletenampak gaya kita akan sambung lagi pkp ni, bagi saya bagus sebab keadaan sekarang masih belum betul-betul reda, risau anak-anak yang nak ke sekolah
ReplyDeleteTempoh PKP ini, ramai ibubapa yang test skill memasak. Walau semua skill memasak berbeza namun tujuannya hanya satu. Hanya demi kepuasan anak-anak tersayang.
ReplyDeleteMmg macam macam dugaan lain org lain lain dugaannya kan. Seronok buat onde onde. Har tu pun cari kelapa parut nak buat jugak.
ReplyDeleteTakpalah walaupun berjauhan yang penting jaga kesihatan dan amalkan pemakanan yang sihat. Sama-sama kita berdoa agar kita dalam melawan virus COVID-19 ni.
ReplyDeleteMemang dah lama tak jumpa adik beradik jadi untuk hilangkan rasa rindu kena video call je lah, Nasib ada video kan?
ReplyDeleteSedih bila waktu2 mcm nie kita berjauhan dgn keluarga. Waktu mcm nie rindu tu sangat kuat. Xdpt bayangkn kalau sy berjauhan dgn family detik mcm ni
ReplyDeleteStay safe with your family! Stay with family during MCO is such a blessing. I pray for those who are away from family too.
ReplyDeletebestnya ada budak-budak dekat rumah, riuh sikit keadaannya. zul waktu pkp ni jauh dari family hidup dengan kawan je. takde aktiviti nak buat melainkan tengok movie
ReplyDeleteitulah sis, za pun rindu kat mak dgn adikberadik semua tapi bersyukur ada suami dan anak2 teman.. kesian yg bujang duk sorang2 ke jauh ke tapi masih patuh PKP... yg degil selamba keluar tu tak tau spesis apa.. semoga kita semua ni terus kuat dan bertabah la .
ReplyDelete