5 IDEA UNTUK MENAMBAH PENDAPATAN SEMASA BERADA DI RUMAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... hari ni dah hari yang ke 28 kita berada di dalam PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN @ RESTRICTED MOVEMENT ORDER @ MOVEMENT CONTROL ORDER... mesti dah ada yang sekejap ke depan, sekejap ke belakang, sekejap ke sini sekejap ke sana kan kan kan... ye, makcik faham... masing-masing dah rasa tak senang duduk dah kan... walau macam mana pun, tetaplah bersabar ya semua... inilah penentu kepada kejayaan kita untuk sama-sama menghapuskan rantaian COVID-19 ni kan... okay, apa kata makcik bagi idea untuk korang boleh menambah pendapatan sepanjang tempoh ini...

1) Ambil upah memasak
Buat masa ini, terlalu banyak keluarga yang terpisah... ada yang isteri berada di luar kawasan (macam makcik ni)... ada yang orang bujang duduk di rumah tanpa keluarga... ada ibu-ayah yang duduk jauh dari anak-anak... ada anak-anak kecil yang tinggal di rumah kerana parents mereka frontliners... so, bolehlah di samping mengambil upah, kita bersedekah... insyaAllah, memasaklah dari hati dan lebihkan memberi lauk-pauk yang ditempah...

2) Jual makanan
Berbeza dengan item nombor 1 kat atas tu ya... apabila kita menjual makanan maknanya, kita jual based on menu kita sendiri... boleh buat open order dan promote dulu di mana-mana laman sosial yang banyak dikunjungi warga maya... penghantaran pula, bolehlah pilih samada nak hantar sendiri ke, nak guna runner ke atau platform-platform delivery service yang sedia ada...


3) Jadi runner
Dalam pada kita semua duduk di rumah sambil sama-sama menjaga kesihatan, sebenarnya, online business masih berjalan... maka bolehlah ambil peluang ni untuk jadi runner bagi menghantar parcel ke pejabat pos atau ke alamat customer yang berdekatan... selain itu, runner juga diperlukan untuk membantu membelikan barang-barang keperluan pelanggan... ini amatlah membantu lebih-lebih lagi bagi isteri yang hanya tinggal di rumah bersama anak-anak kecil kerana suami keluar bekerja atau berada di luar kawasan... juga untuk mereka yang menguruskan warga emas yang memerlukan perhatian yang khusus... makcik harap agar kedua-dua pihak iaitu pelanggan dan pemberi khidmat sama-sama bertimbang-rasa dan mencapai kata sepakat dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan ya... 

4) Buat kerja-kerja penulisan
Penulisan di sini ada banyak jenis, mungkin korang boleh buat copywriting, translation, cerpen, sajak, untaian kata-kata mutiara untuk kad juga dokumen untuk perniagaan... ada banyak platform yang korang boleh layari antaranya Freelancer, Fiverr dan banyak lagi... nanti makcik up kat entri lain regarding platform-platform online ni ya...


5) Berniaga online sebagai dropshipper
Dropship merupakan suatu platform perniagaan dalam win-win situation yang mana produk dan pengeposan akan diuruskan oleh pihak supplier... ia memudahkan bagi mereka yang ingin berniaga tapi tidak mempunyai modal juga stor untuk menyimpan bekalan... antara produk yang selalunya diniagakan adalah seperti:
- Pakaian kanak-kanak
- Pakaian dewasa
- Kosmetik
- Alatan elektrik
- Perabot
- Cadar
- Permaidani
- Permainan 
- Kek
- Coklat
- Contact lense
- Pinggan-mangkuk
- Aksesori telefon
- Gadget
- Basikal
- Kasut
- Beg
- Segala keperluan lain

Kalau ada yang berminat kalau ada yang nak jadi dropshipper makcik ke... boleh je uollssss... kita sama-sama mudah lagi memudahkan... takde apa-apa yuran, masuk group boleh terus je berniaga... ye, memang ada yang menawarkan dropship tapi penuh dengan syarat juga modal... tapi tidak dengan makcik... makcik faham bahawasanya ramai yang menjual online secara part-time untuk menambah pendapatan jadi makcik nak jadi pemudah cara untuk merealisasikan impian semua golongan yang ingin berniaga...


 #COVID-19 #stayathome #dudukdirumah #kitajagakita #frontliners #socialdistancing #basuhtangandengansabun #jagakebersihan #kkm #mkn #malaysiabersatu #janganbalikkampung #wecangothroughthis #RMO #MCO

xoxo

Post a Comment

19 Comments

  1. Kak shima bt bisnes online abiskan masa PKP ini hehehe :)

    ReplyDelete
  2. Akak waktu PKP ni banyak reset dan revamp balik apa yang akak tak sempat perbaiki sebelum ni. Berniaga takda. Cuma banyak membeli. Hahaha. Akak jenis kesian kat org berniaga. Mesti beli. Jual lasagna? Akak beli. Jual Cheese Tart? Akak beli. Hahahaha.

    ReplyDelete
  3. Indeed betul tu, mcm2 jugak boleh buat from home actually, untuk masa pkp ni plg hot bila buat servis berkaitan makanan la kan. InsyaAllah moga dipermudah urusan kita semua.

    ReplyDelete
  4. Saya suka menulis. Boleh lah buat part time menulis time bosan². Biasanya time bosan² ni banyak idea keluar melimpah ruah

    ReplyDelete
  5. sgt perlu bagi mereka2 yg terjejas pendapatan ni.
    jgn dok diam. cuba apa yg boleh demi dpt duit sara hidup.
    as for aida, alhamdulillah, gaji mcm biasa. tak brape risau.

    ReplyDelete
  6. Sangat banyak cara untuk tambah duit jika stay at home kan.. Kalau dulu wawa mmg buat sampingan jual popia...jual online shj isi masa lapang... Mmg best sgt tauu..

    ReplyDelete
  7. seharusnya kita manfaatkan musim pkp ni, kalau boleh jana income why not kan. good info. thanks

    ReplyDelete
  8. Time PKP ni jualan online semakin meningkat permintaannya. especially makanan. barang lain pun boleh tahan. ye lah orang tak ble keluar, beli online je semua.

    ReplyDelete
  9. Very useful post for those who need it. Many people need extra income at this time.

    ReplyDelete
  10. Pilihan bijak buat dropship dirumah, memang kena rajin promo barangan yang dijual.. good idea

    ReplyDelete
  11. Disebalik musibah Covid-19 ini, terlampau banyak hikmahnya. Dapat luangkan lebih banyak masa dengan anak-anak dan yang paling penting dapat fokus pada bisnes online dan juga penulisan ini.

    ReplyDelete
  12. Thanks for sharing ! Now I get extra ideas to work from home!

    ReplyDelete
  13. Sebenarnya kan mommy kurang suka dgn runner semasa PKP ni

    Ini pendapat mommy la kan. Runner jumpa ramai orang. Hantar makanan/brg yang dia order ke kita

    Kalau dia positive.. berapa besar range yang dia dah pergi

    Urmmmm

    ReplyDelete
  14. Musim PKP ni ramai yang buat income dari rumah. Ramai yang hilang punca pendapatan, kena cari peluang cari duit dari rumah

    ReplyDelete
  15. Za pun buat masak2 jual kat area apartment za tinggal ni je. Bole la buat sikit2. Ada la benda nak buat time pkp ni

    ReplyDelete
  16. Bagus idea idea ni untuk menambah pendapatan masa pkp ni. Macam sis memang dari dulu menjual secara online, so teruskan aje menjual dan promot tanpa henti

    ReplyDelete
  17. Yang tengah dan sedang buat n04 tu laaa, alhamdulilah rezeki PKP, ada je seller yang email minta promo barang mereka. Bayaran yang diberikan pun lumayan..syukur...

    ReplyDelete
  18. Terima kasih kerana share tips tips macam mana nak tambah pendapatan, nanti sis pin nak try out.

    ReplyDelete
  19. InsyaAllah, mari lah kita berbisnes during PKP ni. Semua perniagaan terjejas sekarang ni dan saya rasa sumber perniagaan dari online adalah salah satu daripadaya. Apa-apapun orang still akan cari makanan

    ReplyDelete