PERTANDINGAN ADIWIRA NANO & PERTANDINGAN ESEI - MINGGU SAINS NEGARA 2020 - SEHINGGA 31/07/2020

Minat terhadap bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) dalam kalangan pelajar perlu diberikan perhatian serius. Perkara ini penting bagi memastikan negara mempunyai modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran selari dengan keperluan negara menjelang 2050. Bagi memastikan keperluan modal insan ini tercapai, pembudayaan inovasi dan kreativiti pada semua peringkat masyarakat perlu dipergiat menerusi pelaksanaan program dan aktiviti berteraskan sains, teknologi dan inovasi (STI). Penglibatan menyeluruh semua pihak seperti pihak guru, pelajar, ibu bapa, pertubuhan bukan kerajaan dan industri diyakini dapat meningkatkan kesedaran dan minat terhadap kepentingan STI. Bagi memberi impak yang lebih besar dan menyeluruh, satu minggu khas perlu dikhususkan sebagai salah satu inisiatif untuk menyemarakkan gerakan sains kebangsaan. Berikutan itu, Kerajaan telah menetapkan Minggu Sains Negara disambut pada minggu pertama bulan April setiap tahun bermula pada tahun 2018. Sambutan Minggu Sains Negara ini adalah selari dengan sambutan World Science Day yang dianjurkan oleh United Nations Organization for Education, Science and Culture (UNESCO) semenjak tahun 2002 yang turut diamalkan di beberapa buah negara seperti Afrika Selatan, Republik Rakyat China, Kanada, Norway dan United Kingdom. Selain itu, negara-negara seperti India dan Thailand pula memperuntukkan satu hari sahaja bagi sambutan hari sains.


Rentetan kejayaan pelaksanaan Minggu Sains Negara 2019, MOSTI meneruskan penganjuran program ini pada tahun 2020 dalam usaha menyemarakkan lagi aktiviti inovasi dan kreativiti negara. Penganjuran Minggu Sains Negara secara tahunan ini akan menggunakan pendekatan berbeza berbanding penganjurannya pada tahun-tahun lepas bagi menggambarkan keterangkuman kemajuan sains dan teknologi yang bersifat dinamik. Bagi meneruskan momentum kejayaan penganjuran Minggu Sains Negara, Kementerian telah merancang pelbagai aktiviti yang bermula pada minggu pertama bulan April 2020 di 14 buah lokasi di seluruh negara iaitu Wilayah Persekutuan, Selangor, Terengganu, Kedah, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Kelantan, Perlis, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. Ini adalah selari dengan keputusan Jemaah Menteri pada 13 Disember 2017 agar penganjuran Minggu Sains Negara dilaksanakan pada minggu pertama bulan April setiap tahun di seluruh negara. Walau bagaimanapun, penularan wabak COVID-19 yang melanda seluruh dunia dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh Kerajaan bermula pada 18 Mac 2020 telah menyebabkan perancangan aktiviti Minggu Sains Negara 2020 perlu diselaraskan dan disusun semula dengan mengadaptasi prosedur operasi standard (SOP) norma baharu.


KLIK DI SINI untuk terma dan syarat juga borang penyertaan Pertandingan Video Pendek Adiwira Nano 2020 (Peringkat Kebangsaan)...


KLIK DI SINI untuk terma dan syarat juga borang penyertaan Pertandingan Penulisan Esei Nanoteknologi...

Maklumat berkenaan Minggu Sains Negara: Klik di sini...
Maklumat berkenaan Minggu Sains Negara 2020: Klik di sini...

Anak-anak, jom sertai pertandingan ini...

All the best...

xoxo

Tini Alif

20 years of experience within the technical, manufacturing and services environment. Assists brands and companies to achieve their targeted and potential customer through writing service such as article writing, copywriting, ghostwriting, manuscript writing, technical writing, content marketing and translation amongst others. Interested to collaborate? Email: hartini.hussain.work@gmail.com or WhatsApp at +601154054677

18 Comments

  1. terus teringt zaman sekolah dulu, meriah program macam ni. lebih2 lagi bab penulisan esei.

    ReplyDelete
  2. Program yang sangat bagus untuk generasi muda . Kerana ia masih PKPP para pelajar boleh buat siapa yang patut jadi adwira mereka. Hadiah bukan biasa-biasa, lumayan juga

    ReplyDelete
  3. Ok gak ni bagi galakan buat anak anak untuk sama2 join program bermanfaat ini.Anak KakYa suka menulis. Nanti minta dia tgk kot2 dia minat nak join. Tq sharing ..

    ReplyDelete
  4. Wow !! menarik jugak info ni . Nanti Sal share dengan anak-anak , mana tahu kot ada yang berminat dan sambil tu boleh asah skill kan

    ReplyDelete
  5. Yes. Ini boleh share dengan kawan yang suka mereka dan menulis ini. Maybe Rawlins pun nak try menulis esei kot hehe

    ReplyDelete
  6. Menarik ni. Hadiah dia lumayan jugak ni. Untung siapa yang join

    ReplyDelete
  7. Is a good competition that encourage the children to participate. A nice programme.

    ReplyDelete
  8. program yang menarik. kalau saya masih bersekolah mungkin saya akan turut sertai. :)

    ReplyDelete
  9. Ni kalau minat dan berkenaan boleh join ni, hadiah dia lumayan juga tu... Sis share ler yaa..

    ReplyDelete
  10. Akak suka join contest sekolah camni. Masa zaman sekolah akak, ada cikgu yang rajin encourage murid join. Sekarang ni anak akak plak akak kena bg sokongan. Kalau dia tak minat, jenuh juga. Hahahha. Soon soon.

    ReplyDelete
  11. Sesiapa yg afa bakat shoot dengan video boleh la cuba subjek ni.

    ReplyDelete
  12. tinggi offer untuk pemenang tempat pertama tu. Semoga ramai yang join dan meriahkan program ni

    ReplyDelete
  13. Terima kasih atas perkongsian info berkenaan ini. Boleh share dengan anak saudara nanti kot2 diorang nak join hehe.

    ReplyDelete
  14. Teringat pula zaman sekolah suka masuk pertandingan sains & teknologi hehe. Lumayan hadiah ntk pelajar sekolah

    ReplyDelete
  15. laaa untuk budak sekolah ke hshshshs takpelah goodluck untuk adik-adik!

    ReplyDelete
  16. terimbau zaman sekolah, memang suka join program macam ni.

    ReplyDelete
  17. Hope you can post more future contests here. I'd definitely share with my siblings, mana tau ada yg nak join. Thank you!

    ReplyDelete
Previous Post Next Post