HANTAR MANUSKRIP KE LEJEN PRESS


Anda punya manuskrip yang kena dengan gaya penerbitan Lejen
Jangan terkebil-kebil lagi di depan monitor ini, segera hantarkan kepada Lejen dan barisan panel Lejen yang terdiri daripada 12 orang panel tetap akan membuat penilaian. 

 1. Penulis perlu emelkan sinopsis cerita beserta 3 bab pertama cadangan manuskrip novel untuk penilaian pihak Lejen Press di alamat emel manuskrip@lejenpress.com. Jumlah perkataan untuk 3 bab pertama ini adalah sekitar 5000-7000 patah perkataan. 

 2. Hendaklah menghantar manuskrip dalam format fail Microsoft Word: Jenis Huruf : Times New Roman, Saiz 12 dan 1.5 Spacing 

 3. Sertakan nama penuh, umur, alamat emel, dan nombor telefon bagi memudahkan urusan komunikasi pihak Lejen Press dengan penulis. 

 4. Manuskrip hendaklah bergaya unggul, urban, berani, ekspresif, tidak kaku, luar biasa, asli dan tidak diciplak dari mana-mana karya lain. 

 5. Barisan panel Lejen Press akan membuat penilaian dalam tempoh 1-3 minggu untuk 3 bab pertama yang dihantar. 

 6. Sekiranya diluluskan, pihak Lejen Press akan menghubungi anda untuk menghantar manuskrip penuh. 

 7. Barisan panel Lejen Press akan membuat penilaian semula manuskrip penuh tersebut dan keputusan samada diterima atau ditolak atau perlukan rombakan / penambahbaikan cerita akan diberitahu dalam masa kurang sebulan. 

 8. Sekiranya tiada maklum balas diterima selepas sebulan, anda dinasihatkan untuk menghantar emel susulan ke manuskrip@lejenpress.com untuk membuat semakan status manuskrip yang telah dihantar. 

 9. Harap maklum bahawa Lejen Press hanya menerbitkan dan menerima novel sahaja. 

 10. Selamat menulis dengan berani.

Credit: Lejen Press

Apa tunggu lagi geng? Jom kembangkan bakat anda... kalau dah memang minta sangat menulis dan memang ada idea penceritaan yang unik, menarik dan lain dari yang lain, apa kata cuba hantarkan hasil penulisan anda untuk diterbitkan... mana tahu ini mungkin titik-tolak untuk kita menebarkan sayap di dalam industri penulisan kan... ayuh, jiwa-jiwa yang kental... jom sertainya...

xoxo

Post a Comment

0 Comments