SAYEMBARA PENULISAN NOVEL FUTURISTIK GAPENA-DBP 2018

Kredit dan sumber dari: Berita Harian (04 Jun 2018)

Kuala Lumpur: Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) dan Dewan Bahasa Pustaka (DBP) menganjurkan Sayembara Penulisan Novel Futuristik GAPENA-DBP 2018 yang menawarkan hadiah wang tunai yang keseluruhannya bernilai RM75,000. 


 Ketua Satu GAPENA, Datuk Zainal Abidin Borhan, berkata penganjuran sayembara ini akan memberi peluang kepada penulis untuk menghasilkan karya sastera yang dapat membayangkan mengenai masa hadapan negara. Beliau berkata, karya dihasilkan akan memperlihatkan bagaimana aspek kemanusiaan yang dipaparkan melalui kreativiti dan imaginasi penulis dapat memberi pertimbangan wajar kepada masyarakat dalam meneruskan kehidupan pada masa mendatang.

 Perkembangan dunia kian mencabar. “Kesedaran terhadap persoalan masa depan negara timbul kerana perkembangan dunia yang semakin mencabar dengan pelbagai fenomena teknologi, sosial, ekonomi, budaya, politik dan agama. 

 "Gagasan penulis perlu memikirkan perubahan ini dan seterusnya memberi idea bernas mengenai kemungkinan pertembungan peradaban dan ideologi manusia melalui penghasilan karya sastera.” katanya dalam kenyataan kepada BH, di sini. 

 Sayembara penulisan novel futuristik yang diadakan bersempena sambutan Hari Kebangsaan negara ke-61 itu mengetengahkan tema Masa Depan Malaysia dan penyertaan akan dibuka sehingga 31 Mei 2019

 Penyertaan dibuka kepada semua rakyat Malaysia dan maklumat lanjut mengenai syarat penyertaan boleh diperoleh dengan menghubungi Urus Setia Sayembara di 019-3855047 atau 0193196560, selain mengajukan persoalan melalui e-mel di spfgapena@gmail.com.

xoxo

Post a Comment

0 Comments