Uollssss, aku tak tau la samada korang dah tau ke belum regarding peraduan ni... Peraduan Bayar & Menang anjuran IWK... dah lama weiiii peraduan ni bermula... tapi takpe, better late than never kannnn... since 01/01/2019 dah mula gaissss... sempat lagi nak join sebab tarikh akhirnya adalah pada 31/01/2020...
Aku baru juga dapat peluang untuk buat short review berkenaan IWK dan juga peraduan ini... Hadiah tu yang paling menggamit hatiku sebenarnya... Paghi uollssss Paghi... itulah sebutan sebenor Paris... hehehehe... short cut daripada mengumpul tabungan atau menambah tabungan adalah dengan menyertai peraduan ini... tak gitu?... setuju ke setuju?...
Wokey, camne nak sertai peraduan ini... senang je gaissss...
1) Korang bayar bil IWK
2) Register IWK e-bil
3) Isi borang
Okay, kat atas tu ada screenshot untuk screen yang akan load apabila korang tekan kat link tu... please ensure that korang isikan butir-butir yang perlu and wallaaaa... boleh terus join peraduan ini ya... pssst, aku pun baru nak daftar ni... jom kita join sama-sama ya...
Untuk pengetahuan korang, IWK sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik demi keselesaan dan kesejahteraan kita warga tanahair tercinta ini... sejak mula-mula penubuhannya sehinggalah ke hari ini, IWK terus mengorak langkah dalam memacu industri pembetungan negara ke arah lebih inovatif sesuai dengan pertumbuhan penduduk yang pesat... yelah kan, kita bukan hanya ada warga tempatan tetapi juga warga dari luar yang datang ke negara kita sebagai pelancong, pekerja dan sebagainya... thus, kita perlulah memiliki sistem pembetungan terbaik bagi memastikan kesejahteraan masyarakat terjamin tak gitu...
Sekarang ni, untuk memudahkan para pelanggan untuk membuat bayaran bil pembetungan, IWK dah lancarkan IWK e-bil... untuk korang yang belum mendaftar, bolehlah layari laman web IWK dan daftarlah di sana... firstly, korang kena klik pada icon customer tu...
Then, korang akan dibawa ke laman ini... kat laman ni, macam-macam korang boleh buat... korang juga boleh tengok:
Payment menthod
Charges
Account balance
Account statement
Services
Banyak lagi
Yang paling best, mobile apps pun ada... thus, tak ada la hassle kalau tetiba tak boleh buka laman web IWK kat laptop or PC kan... semua di hujung jari, at any point of time kalau ada je apa-apa yang korang nak tengok ke nak pastikan ke boleh je buka mobile apps tu kannnn...
Ni aku nak bagitau bahawasanya IWK memang sentiasa proaktif di dalam usaha memberikan perkhidmatan yang terbaik... sebagai contoh, Loji Rawatan Air Sisa Serantau Pantai 2 (P2RSTP) merupakan ikon pembetungan negara yang mana ia menggunakan teknologi canggih serta menampilkan ciri-ciri mesra alam... nampak tak gaissss, betapa alam sekitar juga turut dititikberatkan oleh IWK... yelah, kita kan kena ada sustainability untuk memastikan aktiviti pembangunan yang kita jalankan tidak merosakkan alam sekitar... jadi, sesuailah dengan tagline 'New Life for Water' yang mana kewujudan loji ini telah memberi nafas baru dalam industri air sisa demi memperkasakan keselamatan air (water security) negara...
Till then...
xoxo
1 Comments
Boleh join peraduan ni kan. Mana tau ada rezeki nanti.
ReplyDelete