MINI GIVEAWAY ACRYLIC PAINTING BY EMA

Assalamualaikum dan hai hai hai everything... apa habaq semua?... dah beberapa hari makcik tak update blog kan... sibuk bebeno ye teman... padahal beberapa hari ni agak culas dalam pembahagian masa... isk isk isk... see, apabila kita tidak berjaya merancang masa dengan baik, kita akan ketinggalan banyak perkara... untuk makcik, antara perkara yang makcik tertinggal dua hari ni adalah: 
1) Nak update Privacy Policy blog.
2) Nak habiskan membaca cerpen yang makcik came across a few days back.
3) Nak kemas baju untuk ke luar kawasan pada hari Jumaat ni insyaAllah.

See, walaupun dua hari, macam-macam yang dapat dibereskan sebenarnya kan?... memang benarlah bak kata pepatah lama, MASA ITU EMAS... setiap seorang di antara kita dikurniakan 24 jam sehari, sama sahaja... bezanya adalah bagaimana kita menguruskan masa yang telah diberikan itu...

Demi masa. Sungguh manusia dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran. (Surah al-‘Asr, ayat 1 hingga 3) 
Okay, di sini makcik nak senaraikan serba-sedikit tentang kebaikan yang dapat kira perolehi sekiranya kita bijak menguruskan masa:
1) Dapat memanfaatkan masa sebaik-mungkin.
2) Dapat melakukan aktiviti kegemaran dengan tenang.
3) Dapat memupuk disiplin diri tanpa paksaan.
4) Dapat belajar lebih banyak kemahiran.

So, jom kita sama-sama uruskan masa dengan sebaik-baiknya ya...

Orait, ni memang dah saat akhir but insyaAllah masih sempat... macam biasa, nak join GIVEAWAY gaissss... masih bersisa 35 minit lagi ni... zassss, dengan pantas makcik join ya... syaratnya simple  je gaissss... 


Syarat-syarat Mini Giveaway Acrylic Painting By Ema:
1) Buat satu post bertajuk "Mini Giveaway Acrylic Painting by Ema" dan backlinkkan banner macam biasa.
2) Komen penyertaan korang (entri link) kat sini.

Siap...

HADIAH
Pemenang akan dipilih menerusi random.org dan akan menerima custom-made painting with a constellation of choice + easel.

Best ke best?... joms sape lagi yang nak join tu... sempat lagi ni... semoga adalah rezeki nak menang hadiah yang menarik ni... doakan tau... all the best juga untuk korang yang join ya... daaaa, till then, see you when I see you...

xoxo

Share:

DISCLAIMER FOR ALL ABOUT US


Disclaimer for All About Us
If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at hartini.hussain.work@gmail.com

Disclaimers for All About Us
All the information on this website - https://weolls.blogspot.com - is published in good faith and for general information purpose only. All About Us does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (All About Us), is strictly at your own risk.

All About Us will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website. From our website, you can visit other websites by following hyperlinks to such external sites. While we strive to provide only quality links to useful and ethical websites, we have no control over the content and nature of these sites. These links to other websites do not imply a recommendation for all the content found on these sites. Site owners and content may change without notice and may occur before we have the opportunity to remove a link which may have gone 'bad'.

Please be also aware that when you leave our website, other sites may have different privacy policies and terms which are beyond our control. Please be sure to check the Privacy Policies of these sites as well as their "Terms of Service" before engaging in any business or uploading any information.

Consent
By using our website, you hereby consent to our disclaimer and agree to its terms

Update
Should we update, amend or make any changes to this document, those changes will be prominently posted here.

xoxo

Share:

SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST LETOPSS BY EZA BOOM BOOM

Assalamualaikum dan hai hai hai everything... minggu ni memang ngamho kan hari cutinya tu... Jumaat, Sabtu, Ahad... perghhhh, memang syiok la dok berehat sambil melayan kerenah anak-anak selepas seminggu dok ralit dengan tugasan kan... apabila berbicara tentang anak-anak ni kadang-kadang aku terfikir, sekejap betul masa berlalu... yelah, masa dok preggykan diorang dok tertunggu-tunggu nak bersalin, dah deliver lama pulak rasanya berpantang, lepas tu slowly daripada bulan berubah ke tahun dari anak seorang dah empat beradik dah anak-anakku... daripada kita yang dok kemaskan bilik diorang, laaa ni depa dah boleh dah kemas sendiri (walaupun kadangkala keluar jugak suara tarzan)... kira okaylah kan, dah boleh dah uruskan diri sendiri...

My first princess (12 yo) dah boleh dah masak simple dishes... kiranya kalau tak larat tu dah boleh la minta tolong masakkan untuk keluarga kecilku... my second prince (10 yo), third princess (8 yo) and fourth princess (6 yo) pulak dah boleh dah masak nasi dan goreng telur juga sausage... alhamdulillah, walaupun berjauhan (PJJ) still manageable... see, cepat betul kan masa berlalu... pejam-celik, pejam-celik dah besar dah anak-anak...

Lebih-kurang begitu jugalah dengan penglibatan aku di dalam dunia blogging ni... pejam-celik, pejam-celik dah lama la jugak rupanya... aku start berblog exactly lepas graduated masa 2002... then, sampai ke 2006 kot gitu aku deactivetaed blog dan terus delete blog tu (tak ingat dah apa nama blog)... in 2008 aku start balik berblog, masa ni mula-mula tu plan nak buat macam diari je... so tulis pendek-pendek as in info ringkas je gitu sebab masa tu aku ada handle blog-blog lain jugak yang dicreate based on tema... ni jenis blog-blognya:
1) Blog catering.
2) Blog keagaaman.
3) Blog puisi.
4) Blog cerpen.
5) Blog online business.
6) Blog translation service.
7) Blog event management.

Then, masa hujung 2014 tiber aku jadi paranoid, macam-macam yang aku fikirkan... terus aku deactivated balik semua blog... masa tu aku just focus kat offline tasks yang aku masih buat... alhamdulillah, still on-going until now... cumanya aku tak delete la blogs tu... pastu, masa 2015 aku dapat balik kekuatan untuk keep up with the blogs cuma aku combinekan kesemua blog tu menjadi satu... tu yang carca-marba sikit masa mula-mula tu... sebelum ni aku dah pernah cerita regarding hal ni cuma aku tak elaborate tentang blog-blog lain yang aku pernah handle dulu... takpe kan?... yang penting niat nak menulis tu tetap diteruskan kan... 


Aku suka berblogwalking sebab nak keep up dengan sahabat maya di dunia blogging... kalau nak diikutkan, dalam ramai-ramai geng blogging sedekad yang lalu, kebanyakannya dah tak aktif berblog... masa aku mula-mula berblog semula, kekok juga apabila melihatkan ramai betul blogger-blogger yang semuanya bagus-bagus belaka... tapi aku kuatkan juga semangat untuk terus buat apa yang aku suka iaitu menulis... oh ya, aku terserempak dengan blog Eza Boom Boom masa dok blogwalking... bila aku baca kenapa Eza suka berblog, terus rasa macam nak high-5 kat situ jugak... kita serupaaaa... malas nak cakap banyak agitchewwww... tapi kalau menaip, ya ampun, banyak pulak yang nak dibebelkan... tapi kami bukan keyboard warrior ye... bagi aku, yang betul tetap betul, yang salah tetap salah... haaa gitu...

So, Eza ada menganjurkan SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST LETOPSS BY EZA BOOM BOOM... aku pun apa lagi?... dengan pantas, mengjoinkan diri... berikut adalah syarat-syaratnya ya:
1) Follow blog Eza Boom Boom.
2) Letak tajuk post, "SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST LETOPSS BY EZA BOOM BOOM".
3) Letak banner yang tertera di atas dan backlink ke entri ini.
4) Nyatakan SEBAB (REASON) ingin disenarai dalam bloglist Eza.
5) Tinggalkan link entry penyertaan di ENTRY ini.
6) Blogger mestilah beralamat di Malaysia.
7) Tarikh tutup: 27 Disember 2020 (Ahad), jam 11.59 malam.
8) Siap!

Tanda terima kasih dan penghargaan Eza kepada korang yang baik hati dan supportive, terdapat enam hadiah yang korang boleh menangi mengikut kategori:

KATEGORI 1: ENTRY YANG POSITIF & KREATIF (rujuk syarat no. 3)
Hadiahnya adalah berupa wang tunai yang akan dipindahkan secara online banking:
RM30 x 1 peserta
RM20 x 1 peserta
RM10 x 1 peserta

KATEGORI 2: LUCKY PARTICIPANTS
Pemenang ditentukan dengan menggunakan aplikasi random number generator. Oleh itu, semua peserta yang join ada peluang untuk menang.
Hadiahnya adalah:
Planner Book 2021 x 3 peserta. SEMUA BLOG peserta yang menyertai segmen ini, akan DISENARAI dalam bloglist Eza selama enam bulan iaitu sehingga 30 Jun 2021.

Best ke best?...

So now, aku nak nyatakan sebab kenapa aku ingin disenaraikan dalam bloglist Eza.

SEBAB INGIN DISENARAIKAN DALAM BLOGLIST EZA
1) Berkongsi maklumat - Kini aku semakin serius berblog, jadi aku ingin agar perkongsian yang aku coretkan dapat sampai kepada lebih banyak pembaca ala-ala sharing is caring gitu... lagipun, kan best kalau apa yang kita coretkan di blog dapat dijadikan panduan oleh pembaca... perkara yang positif kan elok dipanjang-panjangkan, insyaAllah, sama-sama kita mendapat manfaat, yang membaca juga yang mencoretkannya...

2) Menambah kenalan - Berkawan biar beribu, bercinta biar satu... selain dari bersahabat secara live, dalam zaman yang serba moden ni, pelbagai cara boleh dilakukan untuk menjalinkan persahabatan... sehingga ke hari ini, masih ada sahabat-sahabat blogger yang tetap terus sama-sama bertanya khabar walaupun sudah tidak aktif berblogging... see, walaupun ada yang tidak pernah bersua muka, namun begitu, masih tetap berusaha untuk merapatkan ukhuwah... aku nak teruskan bersahabat juga berkenal-kenalan dengan sahabat-sahabat blogger lain juga followers agar kita dapat terus mengembangkan ukhuwah persahabatan yang positif...

Jadi, gitulah antara sebab yang dapat aku senaraikan... aku harap ia dapatlah menjadi asbab sebagai antara entri yang positif dan kreatif... hehehehe... by the way, korang pun jom join juga segmen ni... marilah kita sama-sama memeriahkan majlis ya... all the best... till then, see you when I see you...

xoxo

Share:

CITREX GUMMIES MULTI VITAMINS 5'S x 2G x 20 SACHETS


INGREDIENTS
Sugar, Glucose, Water, Food Additives (Gelatin (Bovine Source), Ascorbic Acid E300, Multivitamin, Pectin E440, Citric Acid E330, Sodium Citrate E331, DL-Malic Acid E296),  Permitted Flavoring, Permitted Coloring (Allura Red E129, Brilliant Blue E133).

FACTS
1) Healthier snacks for kids.
2) Enriched with multivitamin to support growth and development.
3) Handy pocket size.
4) Affordable price.
5) Delicious.
6) Halal.

RM 32
Postage: RM7/RM10


xoxo

Share:

GIVEAWAY BY RASYIDAHSHERESIMPLEBLOG

Assalamualaikum dan hai hai hai everything... hari ni alhamdulillah, kami sekeluarga laluinya dengan penuh kesyukuran... apabila mataku buka selepas tidur sepanjang malam dan perkara pertama yang aku lihat adalah suami dan anak-anak di hadapan mataku, ia merupakan anugerah terhebat yang tidak dapat kuungkapkan dengan kata-kata... seusai melalui detik-detik usia dewasa remang remaja ini menjadikan aku lebih mengidamkan suasana tenang bersama wajah-wajah kesayangangku dalam apa jua keadaan... biarpun kami hidup dalam kesederhanaan dan dengan cara kami sendiri, setiap saat melakarkan kenangan terindah buat kami... maklumlah, sepanjang dua bulan lebih di sini, pelbagai perkara yang telah kami lakukan... mana taknya, dua bulan lebih bukannya sekejap kan... apo laei?.. memang jadi photographer tak bertauliahlah aku ni... sepanjang masa dok snap sana, snap sini... nak simpan memori buat kenanganlah katakan... tak gitu?...

Ni tadi, sebelum makan malam, kebetulan incik suami dok main badminton dengan Khairah, aku pun apa lagi, since tudung dalam keadaan yang elok, terus aku ajak Kaisah dan Nuha snapkan gambar a few products yang kami nak review... dok posing sana posing sini, last-last satu dua gambar je yang melepasi piawaian hehehehe... Thaqif pulak sakit perut since aku balik dari site tadi... mana taknya, baru je makan sikit (perut agak kosong) dah minum air bergas... Allahu Akbar, risau betul dibuatnya... so now, air bergas terus dipangkah okay... biarlah tak yah minum air bergas, sekurang-kurangnya dapat juga mengurangkan pengambilan minuman bergula kan kan kan...


Laaaa ni incik suami dan anak-anak tengah exercise, aku pulak dok siapkan report dan memang dah blogwalking 2-3 hari lepas serta dah savekan maklumat giveaway yang aku nak join ni... tadaaaa... IT'S GIVEAWAY TIME EVERYONE!!! Jom join jom... simple je syarat-syaratnya gaissss...

Syarat-syarat Giveaway By Rasyidahsheresimpleblog
1) Terbuka kepada semua blogger yang tinggal di Malaysia sahaja ya.
2) Buat entri bertajuk "Giveaway by Rasyidahsheresimpleblog".
3) Follow blog @rasyidahsheresimpleblog.
4) Buat banner dan backlink ke post ini tau!
5) Bagi url giveaway yang korang dah join tu di ruangan komen di entri ini.
6) Pemenang akan dipilih secara random winner spin wheel.

Hadiah
Pemenang akan menerima wang tunai RM10 (3 orang pemenang sahaja dan yang selebihnya (yang tidak berjaya) jangan sedih sebab Syidah akan letakkan uolls yang join giveaway ni di bloglist Syidah. 

Tarikh Tamat
26 Disember 2020, 11.59 PM

Simple je kan syarat-syarat giveaway ni?... apa lagi gaissss? Jomlah join... join jangan tak join hokey... selamat berjaya kepada semua...

xoxo

Share:

SEGMEN : PENCARIAN BLOGLIST BY IZATIE SALIM

Assalamualaikum dan hai hai hai gaissss... tengah buat apa tu?... semoga semuanya berada dalam keadaan yang sihat sejahtera ya... alhamdulillah, kami sekeluarga baru je pulang dari kampung tercinta menyantuni keluarga di sebelah ayah mertua bersama nenda tersayang di Melaka... dapatlah kami beramah-mesra dan bertanya khabar setelah lebih dua bulan keluargaku terkandas di selatan tanah air selepas Selangor diumumkan perlu menjalani PKPB dan aktiviti rentas negeri tidak dibenarkan... nak dijadikan cerita, incik suami ada tugasan sikit kat belah selatan tanahair ni, jadi, apabila making a move, since anak-anak pun semuanya dah home-schooling, makanya, segerombolanlah yang mengikut ayahnya ke sini... then, tup-tup, masa pengumuman kes COVID-19 harian tu we get to know that Selangor kena PKPB... as a result, strandedlah my entire family di sini... begitulah kekdahnya... kami ikut SOP hokey... hehehehe...

Oh ya, macam-macamlah aktiviti yang kami lakukan... yang paling banyak sudah tentulah aktiviti yang melibatkan perkara-perkara yang dilaksanakan secara online... sambil-sambil check kerja sekolah anak-anak, aku pun blogwalking... taraaaa, terserempak dengan SEGMEN BLOGLIST BY IZATIE SALIM... yeay, favourita de amour nih... memang aku suka join segmen, aku memang suka join segmen, segmen memang suka aku join... hehehehe... best best best... 


Korang memang kena sama-sama join segmen kali ni tau... bukannya apa, mudah benar syaratnya... hanya buat satu entri tentang segmen ini, pastu copy dan pastekan banner kucing comel kat atas tu ke dalam entri korang, seterusnya komen link penyertaan korang kat sini... zassss, siapppp... sonang baitu kan kan kan...

TARIKH AKHIR PENYERTAAN
31/12/2020

HADIAH
Setiap penyertaan akan kekal di dalam bloglist blog Izatie Salim selama setahun.
Wow!

Amacam??? Best ke best?... hehehehe...
Berbaki 10 hari je lagi ni gaissss... jom jom jom... cepat join ramai-ramai... kita meriahkan lagi segmen sahabat blogger kita ini...

See you there ya everyone...

xoxo

Share:

TUTORIAL LENGKAP CARA MEMOHON I-SINAR KWSP ONLINE

Assalamualaikum dan hai hai hai everything... seperti yang dijanjikan, ni ada tutorial lengkap step by step from A to Z cara-cara untuk memohon i-Sinar KWSP... untuk korang yang tak pasti samada boleh memohon atau tidak, bolehlah kiranya korang baca di sini tentang kelayakan tersebut ya... secara amnya, ada dua kategori yang telah diselaraskan oleh pihak KWSP iaitu:

KATEGORI 1 (Tidak perlu dokumen sokongan)
1) Ahli yang tiada caruman dengan KWSP selama 2 bulan berturut-turut semasa permohonan.
2) Ahli yang mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas sejak 1 Mac 2020.
(Jumlah terkumpul dalam Akaun 1 KWSP kurang daripada RM100,000)

PERMOHONAN BERMULA
21/12/2020

STATUS PERMOHONAN BERJAYA ATAU TIDAK
04/01/2021

SEKIRANYA BERJAYA, WANG AKAN DIKREDITKAN PADA
Pertengahan Januari 2021 


KATEGORI 2 (Perlukan dokumen sokongan)
Ahli yang mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas sejak 1 Mac 2020.
(Jumlah terkumpul dalam Akaun 1 KWSP lebih daripada RM100,000)

PERMOHONAN BERMULA
11/01/2021

STATUS PERMOHONAN BERJAYA ATAU TIDAK
Maklumat belum diperolehi.

SEKIRANYA BERJAYA, WANG AKAN DIKREDITKAN PADA
Akhir Februari 2021 

So, sekarang ni, since ada dua kategori, tapi hanya permohonan untuk kategori pertama yang telah dibuka, jom kita belajar cara-cara untuk memohon i-Sinar sekarang jom...

Langkah 1
Korang taip je kat Google Search tu perkataan i-Sinar online.. pastikan alamat sesawangnya adalah isinar.kwsp.gov.my tau... korang boleh klik kat sini untuk terus ke website tersebut... kalau nak download apps pun boleh tapi tutorial kali ni adalah untuk those yang guna web-based ya... basically, apabila kita mengatakan web-based, ia boleh dilayari di kedua-dua platform iaitu di komputer (laptop) mahupun telefon pintar ya...


Langkah 2
Korang isikanlah butir-butir yang diminta tu dengan tepat ya... kalau tidak, nanti akaun KWSP korang tak akan dapat didetect oleh sistem...  Tekan butang TERUSKAN, tunggu Nombor OTP yang akan dihantar melalui SMS ke nombor telefon bimbit yang korang masukkan tadi, masukkan Nombor OTP tersebut dan tekan butang SAHKAN OTP...


Langkah 3
Korang kena jawab Soalan Keselamatan ni sebelum boleh meneruskan permohonan... haaa, yang ni pihak KWSP memang dah ada rekod but kita memang still kena isi untuk memudahkan proses filter tu nanti... lagipun, kita mesti ada maklumat tu punya kan kan kannnn... 


Langkah 4
Haa, part ni korang kena tengok bebetul tau... jangan lupa untuk tarik (slide ke kanan) nilai amaun pilihan tu, kalau korang tak tarik memang ia akan stay pada nilai yang paling minimum... ingat ya, tarik nilai amaun yang korang ingini...


Masih di Langkah 4
Kat bawah sikit akan dipaparkan jadual pembayaran amaun yang kita pilih tu...then, korang boleh tekan TERUSKAN...


Langkah 5
Pastikan korang isikan alamat surat-menyurat dengan lengkap dan betul ya... untuk part Nama Penuh dan Nombor MyKad tu akan terisi secara automatik based on maklumat yang korang dah isikan masa Langkah 2 tadi...


Masih di Langkah 5
Pastikan korang pilih bank untuk wang dikreditkan kelak ya... berikut adalah senarai bank yang boleh korang pilih:
Affin Bank Berhad
Agrobank
Al Rajhi Bank (M) Berhad
Alliance Bank
Ambank (M) Berhad
Bank Muamalat (M) Berhad
Bank Rakyat
Bank Islam (M) Berhad
BSN
CIMB Bank Berhad
Citibank Berhad
EON Bank Berhad
HSBC Bank (M) Berhad
Hong Leong Bank
Kuwait Finance House
Maybank
OCBC Bank (M) Bhd
Public Bank Bhd
RHB Bank BHd
Standar Chartered
UOB (M) Bhd

Then, yang paling penting, isikan Nombor Akaun Bank korang dengan betul dan tepat okay...


Pengesahan Permohonan

Maklumat yang korang isi tadi akan tertera di page ni... pastikan korang check dengan teliti sebab sekiranya ada kesilapan memang agak sukarlah nak dibaiki... bukan tak boleh diperbetulkan tetapi dek kerana ramai yang ingin memohon jadi mungkin line telefon akan sibuk (of course la kannnn)... 


Masih di Pengesahan Permohonan
Maklumat pembayaran pun akan ada di halaman ini... sama jugak macam yang kat atas tu, periksa dengan teliti lebih-lebih lagi Nombor Akaun Bank korang okay... korang jangan confused pulak ya... ni aku screenshot daripada PC jadi memang kena cut dua kali sebab nak bagi clear... nanti bila free sikit aku snip gambar lain ya.. yang penting, maklumat yang nak aku sampaikan tu korang faham kan kan kan...

Apabila korang dah check dan semua maklumat tepat dan lengkap, tandakan di kotak 'Saya dengan ini mengesahkan' tu dan juga kotak 'Saya bukan robot'... then, tekan HANTAR...


Apabila gadis berkod ni keluar, maka dah selesailah permohonan yang korang laksanakan... so, dah boleh duduk diam-diam sambil bertenang sementara menunggu status permohonan yang boleh disemak pada 4 JANUARI 2021...


Finally, pastikan korang muat turun dan cetak evidence permohonan korang tau... yelah, in case nak digunakan di kemudian hari kan... sediakan payung sebelum hujan agichewwww...


So, begitulah tutorial lengkap cara memohon i-Sinar KWSP online... CUBA TAU... aku doakan semoga korang berjaya memperoleh apa yang korang mohon ya... insyaAllah, semoga ia dapat membantu kita semua meneruskan kelangsungan hidup di samping terus berikhtiar mencari idea terbaik untuk menambah pendapatan di jalan yang betul... till then, daaaa...

xoxo

Share:

BOLEH KE MOHON I-SINAR? NAH, BACA PENCERAHAN ISU KEMUDAHAN I-SINAR NI

Assalamualaikum dan hai hai semua... hari ini adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh semua pencarum KWSP kerana PERMOHONAN I-SINAR telah dibuka... ni yang makcik kumpulkan untuk memudahkan korang melihat infografik daripada akaun Facebook KWSP sendiri... jadi, mudahlah korang untuk membuat rujukan sekiranya ada yang ingin memohon i-Sinar... untuk maklumat lebih lanjut, korang boleh layari lawan web KWSP di sini...




Makcik pun nak cuba mohon ni, nanti Makcik buat tutorial hokey... till then, see you when I see you...

Cuba tau, jangan tak cuba...

xoxo

Share:

GET 5% AND 10% DISCOUNT AT EATCAKETODAY.COM WITHOUT ANY MINIMUM PURCHASE - UNTIL 30/06/2021


10% and 5% off on all cakes without a minimum purchase.

15 Dec 2020 - 30 June 2021

Promo Code: EatCake10 (For New Customer)
Promo Code: EatCake5 (For Existing Customer)

Terms & Conditions apply:
1) Valid for online purchase at www.eatcaketoday.com.
2) Delivery within Klang Valley, Penang and Johor Bahru areas only.
3) Key-in promo code to enjoy the discount.
4) Promotion period ends on 30 June 2021, 11.59 pm.
5) Promotion only valid for online purchase.
6) Not valid with any other promotions.
7) The management reserves the right to modify the terms and conditions without prior notice.
8) Limit to one use per new customer.



Come on guys!!! Let's grab it now!!!

xoxo

Share:

JOM DAFTAR KELAS SHOPEE MASTERY - THE FINALE - DAPAT 5 FREE GIFTS

Memperkenalkan SHOPEE MASTERY - The Finale!!!
Alhamdulillah, Kelas Shopee Mastery bakal berakhir sempena tahun 2020 ini..
Kami berjaya mengajar lebih 3000 usahawan dan telah melahirkan ratusan usahawan yang sukses di SHOPEE, Alhamdulillah...

Nak kenal mereka yang sukses itu???
Kami skan jemput 3 orang alumni kami di Shopee Mastery The Finale pada 26.12.2020 nanti...
Mereka terpaksa sharing kaw-kaw apa TIPS yang telah menjadikan mereka mendapat 5 Angka di SHOPEE!!!


Tawaran ISTIMEWA untuk anda yang DAFTAR Kelas 26.12.2020 ini, anda DAPAT ikuti bengkel BERANI LIVE pada sebelah malam bersama Coach Zul...

Yang GUGUP akan lancar bercakap! Yang MALU bertukar jadi confident! Yang DAH POWER pasti jadi master! Yang sales SENDU TERUBAT pilu!

So? Tunggu Apa Lagi?
Kelas Shopee kami sentiasa FULL tau!!!

SEAT INI HANYA UNTUK YANG PANTAS BERTINDAK SAHAJA
Tarikh: 26/12/2020
Masa: 9:00 AM - 5:00 PM
Yuran 2 Seat: RM 300 RM 100
Yuran 1 Seat: RM 150 RM 60

Wow!!!


Macam mana NAK DAFTAR ni???
KEJAP, ada 5 Free Gifts JIKA DAFTAR SEKARANG!!!
🏆 eBook SHOPEE MASTERY 2021
🏆 Group Support (Sepanjang Tahun)
🏆 Video Tutorial (Sepanjang tahun)
🏆 Video Rakaman kelas
🏆 Preferred Seller Group

SEAT dibuka sekarang!!!


#Sebarkan #ShopeeMastery #TheFinale #CoachZul #MasterNoorul

Apa tunggu lagi gaissss??? Ajommmm daftar...

xoxo

Share:

VACANCY - SALES ENGINEER (JOHOR / SELANGOR / TERENGGANU) - KULAI - RM8000


*MUST HAVE*
Either from a similar industry or Japanese manufacturing company sales experience
-Travel to Philippine frequently (1-2 weeks per month)
-Have strong relationship with Japanese clients (such as client dinner)

*OTHERS/ADVANTAGES*
Degree, Professional Degree in Chemistry or related field 
-Technical skill to explain, proficiency in waste water drafting design, sizing and calculation for specialty products  
-Service mind & customer focus, Attitude of team work & learning 
-Ability to travel 
-Possess highest level of integrity
-Self-driven with independent work organization 
-Possess own transportation 
-Preferably Senior Executive specialized


*RESPONSIBILITIES*
Plan and strategies sales and marketing activities to achieve sales target
-Participate in tender submission and involve in technical problem solving related to product and process
-Develop, present,  respond to proposals for specific customer requirements, including request for proposal responses and industry
-Prepare and deliver technical presentations that explain products/services to customers and prospective customers
-Keep informed on industry news and trends, products, services, competitors, relevant information about legacy, existing, and emerging technologies and the latest product-line developments
-Research and identify potential new markets and customers
-Maintain sales forecasting reports

About the company
Kurita Water Malaysia was established in Malaysia in 1994, is a fully owned subsidiary of Kurita Water Industries and one of the top 3 water treatment specialty companies in the world. Since our inception, we have been serving a diverse customer base in Malaysia with innovative and value based products, often imbuing a philosophy of reuse and optimization into our solutions. Our work helps customers protect precious water resources, minimize waste and cost, and drastically prolong the lifespan of manufacturing process equipment and systems. Kurita Water Malaysia is strongly supported by the activities of an advanced team of technical experts based out of Singapore, which engages in R & D activities catering specifically to the water needs of the South East Asian region.

URL: Company website

CLICK HERE TO APPLY

All the best everyone...

xoxo


Share:

LOVELY COMMENTATORS

FACEBOOK FAN PAGE

SUBSCRIBE US


POPULAR

TAGS

1 year (31) 1-6 months (153) 10 months (8) 11 months (11) 2 years (27) 3 years (13) 7 months (76) 8 months (16) 9 months (14) 91loading (1) accommodation (5) achievements (18) adventoro (1) airlines (2) aiskrim Malaysia (1) amazing (6) apartment (1) appreciation (8) asset management (1) attire (1) audit (1) automotive (1) award (1) baby carrier (1) babysitter (1) bath (2) beauty (7) bedsheet (1) birth (2) birthday (5) bloglist (31) blogwalking (41) bloom this (1) cadar (1) car (1) car accessory (1) car cushion (1) carsome (1) catering (3) celebration (132) cerita cina (3) cerita melayu (8) chemical (4) chocolate (3) citin hotel masjid jamek (1) colgate (1) collaboration (1) come back (2) competition (170) contact lense (3) contact us (138) contest (128) coolblog (1) cousins (76) COVID-19 (77) CSR (1) cuckoo (1) dah makan (1) delivery (5) dental departures (1) disclaimer (1) discount (6) do bong soon (2) earn online (13) effortless (1) emergency (70) engineering (4) event (218) exercise (1) family (304) female attire (4) festaka (1) festari (1) fizz saver (1) florist (3) for rent (5) for sale (78) freebies (5) freelance (64) friends (205) frozen (1) fruit ninja @ dochi (1) game (1) giveaway (49) government sector (11) granny (10) happy bunch (1) homestay (1) honestbee (1) ice-cream (1) information (24) iso standards (2) iv kids (1) iv mist (1) jargeous (1) job (58) kampung people (1) karnival nuri merdeka (1) kau yang satu (1) kerja kosong (45) kids (113) kids forte (1) kinokuniya (1) kitchen utensil (3) knowledge (31) koleksi mutiara kata (11) koleksi aksesori kereta (3) koleksi alas (5) koleksi bayi & kanak-kanak (32) koleksi beg (1) koleksi cadar (3) koleksi hadiah (28) koleksi jar (1) koleksi kek (6) koleksi kesihatan (2) koleksi kosmetik (7) koleksi lagu (26) koleksi makanan (60) koleksi minuman (29) koleksi mutiara kata (5) koleksi pemanggang (2) koleksi perabot (6) koleksi peralatan rumah (31) koleksi produk kecantikan (56) koleksi produk kesihatan (52) koleksi sarung lengan (1) koleksi telekung (2) koleksi tudung (6) koleksi wanita (35) korean fever (3) krabi (1) kuala lumpur 2017 (1) lagu evergreen (17) lazada (3) learn (35) lense (3) logistics (1) mandi (3) mbo (1) mechanical (1) MERDEKA (4) milo cube (2) motivational collection (28) movie (1) my girlfriend is an alien (3) new year (1) offer (2) online shop (279) ootd (2) open order (1) pakej pelancongan (3) PALESTINE (4) parenting (21) parents (190) pay per click (1) PDRM (1) perkhidmatan (7) pertandingan (140) playtime (10) power bank (1) printing (2) production (1) program wakaf (2) promotion (53) property (14) puisi (2) qaiser (1) radio online (4) real estate (15) red one (2) resepi (9) resipi (7) review (182) runner (1) running (3) safety (2) safety handbands (1) sajak (1) sale (66) sea games 2017 (1) segmen (30) shopee (14) Sinar FM (2) soft case (3) special (1) students (15) sukan sea 2017 (1) sumbangan (1) Suria FM (2) tag (2) takaful (1) teenagers (1) Telco (3) telecommunication (7) telephone accessory (6) template (1) testimonial (1) THR Gegar (2) time (1) tips (167) tobi (1) toto (1) toys (1) trainer (3) training (9) travel (9) travel agent (4) vacancy (55) video (12) viral (1) visitor (6) watsons (1) wayang (1) webe (1) wedding (5) weriton (1) western delight (2) work (57) writing (3)

BLOG ARCHIVE

RECENT COMMENTS