Assalamualaikum dan hai hai hai everything... hari ni alhamdulillah, kami sekeluarga laluinya dengan penuh kesyukuran... apabila mataku buka selepas tidur sepanjang malam dan perkara pertama yang aku lihat adalah suami dan anak-anak di hadapan mataku, ia merupakan anugerah terhebat yang tidak dapat kuungkapkan dengan kata-kata... seusai melalui detik-detik usia dewasa remang remaja ini menjadikan aku lebih mengidamkan suasana tenang bersama wajah-wajah kesayangangku dalam apa jua keadaan... biarpun kami hidup dalam kesederhanaan dan dengan cara kami sendiri, setiap saat melakarkan kenangan terindah buat kami... maklumlah, sepanjang dua bulan lebih di sini, pelbagai perkara yang telah kami lakukan... mana taknya, dua bulan lebih bukannya sekejap kan... apo laei?.. memang jadi photographer tak bertauliahlah aku ni... sepanjang masa dok snap sana, snap sini... nak simpan memori buat kenanganlah katakan... tak gitu?...
Ni tadi, sebelum makan malam, kebetulan incik suami dok main badminton dengan Khairah, aku pun apa lagi, since tudung dalam keadaan yang elok, terus aku ajak Kaisah dan Nuha snapkan gambar a few products yang kami nak review... dok posing sana posing sini, last-last satu dua gambar je yang melepasi piawaian hehehehe... Thaqif pulak sakit perut since aku balik dari site tadi... mana taknya, baru je makan sikit (perut agak kosong) dah minum air bergas... Allahu Akbar, risau betul dibuatnya... so now, air bergas terus dipangkah okay... biarlah tak yah minum air bergas, sekurang-kurangnya dapat juga mengurangkan pengambilan minuman bergula kan kan kan...
Laaaa ni incik suami dan anak-anak tengah exercise, aku pulak dok siapkan report dan memang dah blogwalking 2-3 hari lepas serta dah savekan maklumat giveaway yang aku nak join ni... tadaaaa... IT'S GIVEAWAY TIME EVERYONE!!! Jom join jom... simple je syarat-syaratnya gaissss...
Syarat-syarat Giveaway By Rasyidahsheresimpleblog
1) Terbuka kepada semua blogger yang tinggal di Malaysia sahaja ya.
2) Buat entri bertajuk "Giveaway by Rasyidahsheresimpleblog".
3) Follow blog @rasyidahsheresimpleblog.
4) Buat banner dan backlink ke post ini tau!
5) Bagi url giveaway yang korang dah join tu di ruangan komen di entri ini.
6) Pemenang akan dipilih secara random winner spin wheel.
Hadiah
Pemenang akan menerima wang tunai RM10 (3 orang pemenang sahaja dan yang selebihnya (yang tidak berjaya) jangan sedih sebab Syidah akan letakkan uolls yang join giveaway ni di bloglist Syidah.
Tarikh Tamat
26 Disember 2020, 11.59 PM
Simple je kan syarat-syarat giveaway ni?... apa lagi gaissss? Jomlah join... join jangan tak join hokey... selamat berjaya kepada semua...
xoxo
4 Comments
good luck :)
ReplyDeleteGoodluck
ReplyDeletethanks for join!
ReplyDeletesalam. jalan2 dari giveaway yang sama.
ReplyDeletehttps://www.mialiana.com/2020/12/giveaway-by-rasyidahsheresimpleblog.html