MINI GIVEAWAY ACRYLIC PAINTING BY EMA

Assalamualaikum dan hai hai hai everything... apa habaq semua?... dah beberapa hari makcik tak update blog kan... sibuk bebeno ye teman... padahal beberapa hari ni agak culas dalam pembahagian masa... isk isk isk... see, apabila kita tidak berjaya merancang masa dengan baik, kita akan ketinggalan banyak perkara... untuk makcik, antara perkara yang makcik tertinggal dua hari ni adalah: 
1) Nak update Privacy Policy blog.
2) Nak habiskan membaca cerpen yang makcik came across a few days back.
3) Nak kemas baju untuk ke luar kawasan pada hari Jumaat ni insyaAllah.

See, walaupun dua hari, macam-macam yang dapat dibereskan sebenarnya kan?... memang benarlah bak kata pepatah lama, MASA ITU EMAS... setiap seorang di antara kita dikurniakan 24 jam sehari, sama sahaja... bezanya adalah bagaimana kita menguruskan masa yang telah diberikan itu...

Demi masa. Sungguh manusia dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran. (Surah al-‘Asr, ayat 1 hingga 3) 
Okay, di sini makcik nak senaraikan serba-sedikit tentang kebaikan yang dapat kira perolehi sekiranya kita bijak menguruskan masa:
1) Dapat memanfaatkan masa sebaik-mungkin.
2) Dapat melakukan aktiviti kegemaran dengan tenang.
3) Dapat memupuk disiplin diri tanpa paksaan.
4) Dapat belajar lebih banyak kemahiran.

So, jom kita sama-sama uruskan masa dengan sebaik-baiknya ya...

Orait, ni memang dah saat akhir but insyaAllah masih sempat... macam biasa, nak join GIVEAWAY gaissss... masih bersisa 35 minit lagi ni... zassss, dengan pantas makcik join ya... syaratnya simple  je gaissss... 


Syarat-syarat Mini Giveaway Acrylic Painting By Ema:
1) Buat satu post bertajuk "Mini Giveaway Acrylic Painting by Ema" dan backlinkkan banner macam biasa.
2) Komen penyertaan korang (entri link) kat sini.

Siap...

HADIAH
Pemenang akan dipilih menerusi random.org dan akan menerima custom-made painting with a constellation of choice + easel.

Best ke best?... joms sape lagi yang nak join tu... sempat lagi ni... semoga adalah rezeki nak menang hadiah yang menarik ni... doakan tau... all the best juga untuk korang yang join ya... daaaa, till then, see you when I see you...

xoxo

Tini Alif

20 years of experience within the technical, manufacturing and services environment. Assists brands and companies to achieve their targeted and potential customer through writing service such as article writing, copywriting, ghostwriting, manuscript writing, technical writing, content marketing and translation amongst others. Interested to collaborate? Email: hartini.hussain.work@gmail.com or WhatsApp at +601154054677

1 Comments

Previous Post Next Post