Ini adalah antara keputusan terbaik yang dilaksanakan oleh negara kita Malaysia... memanglah apabila difikirkan macam uishhhh, lamanya... tapi, sekiranya kita menilai dengan mata hati juga dengan pemikiran yang kritis, kita akan faham mengapa kerajaan mengambil langkah ini... masyarakat harus sedar bahawasanya, pandemik ini turut dirasai oleh hampir semua negara di dunia ini... maka, inilah sahaja cara yang boleh kita lakukan untuk memutuskan rantaian COVID-19 ni...
Kalau nak diikutkan, based on penilaian daripada pakar-pakar kesihatan, ia memang sesuatu yang telah dijangkakan lebih-lebih lagi dengan keadaan masyarakat yang masih tidak patuh 100% terhadap PKP @ RMO @ MCO... rakyat seharusnya sedar dan bersyukur betapa beruntungnya kita sebagai rakyat Malaysia dijaga dengan begitu baik dan penuh berhemah... yang bukan rakyat Malaysia pun dijaga dengan penuh dedikasi...
Tak payah tengok jauh... even WHO pun mengiktiraf penyelidikan dalam bidang kesihatan kita kerana Malaysia telah terpilih untuk bersama-sama dalam program SOLIDARITY yang ditubuhkan untuk menghasilkan vaksin COVID-19 kannnn...
So, anak-anak yang sambung bercuti ni, jangan asyik main je tau... teruskan ikut jadual waktu, time main, main... time belajar, belajar... okay... PKP @ RMO @ MCO bukan alasan untuk tidak belajar tau... parents, please remember that you are awesome... remain cool, jangan stress-stress ya...
1) Kerap mencuci tangan dengan sabun sekurang-kurangnya 20 saat.
2) Menjarakkan diri dengan orang lain sekurang-kurangnya sejauh 1 meter.
3) Hanya keluar apabila ada keperluan, sekiranya tidak perlu, TOLONG hanya duduk di rumah.
Malaysians, we can do this together!!!
Let's break the chain... for the sake of our loved ones... please everyone...
#COVID-19 #stayathome #dudukdirumah #kitajagakita #frontliners #socialdistancing #basuhtangandengansabun #jagakebersihan #kkm #mkn #malaysiabersatu #janganbalikkampung #wecangothroughthis #RMO #MCO
xoxo
1 Comments
insyallah ni untuk kebaikan kita semua
ReplyDeletetabahla..