BANTUAN MAKANAN VITS UNTUK WARGA EMAS - COVID-19


VIT Makanan Sdn Bhd, merupakan pengilang dan pengeluar makanan segera dan mee kering sejak 1975... baru-baru ini, Vit's telah menjalankan tanggungjawab sosial korporatnya dengan menghulurkan sokongan kepada petugas barisan hadapan dan masyarakat terpinggir dalam mengharungi situasi COVID-19 ini... dengan lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April 2020, Vits berjanji untuk meringankan beban petugas dan golongan yang memerlukan sepanjang waktu PKP ini... 


Untuk pengetahuan semua, semenjak bermulanya PKP, Vits telah mengambil langkah-langkah proaktif untuk kembali menyumbang kepada masyarakat yang memerlukan dan mereka yang sedang berjuang demi negara dalam situasi yang sukar ini... Vits sehingga kini telah menyumbang sejumlah 3000 lebih karton kepada petugas Hospital Kuala Lumpur, para petugas polis yang sedang menjalankan sekatan jalanraya, pasukan bomba, rumah pertubuhan, rumah kebajikan dan rumah orang-orang tua yang kurang bernasib baik di beberapa lokasi...


Bantuan makanan tersebut telah diagihkan kepada petugas polis dan tentera di beeberapa sekatan jalanraya di sekitar tanahair.... Noodlesman atau Mr YT Lai, Pengarah Urusan Vit Makanan Sdn Bhd telah dipetik berkata, "COVID-19 merupakan suatu situasi yang paling mencabar pada beliau dan kita semua, terutamanya petugas barisan hadapan yang kekal bekerja tanpa mementingkan diri dalam situasi penuh risiko demi perjuangan memerangi COVID-19... maka, sebagai penghargaan serta sokongan Vit's terhadap usaha murni ini, kami ingin membantu menyediakan bantuan makanan secukupnya buat mereka.. kami komited untuk terus memberi sokongan kepada rakyat Malaysia pada waktu yang sukar ini..."


"Sebagai peneraju dalam industri makanan segera klasifikasi mee segera dan mee kering ini, kami amat mematuhi piawaian dalam memastikan makanan yang kami hasilkan melalui saringan kebersihan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Makanan... kami amat menitik-beratkan soal sientifikasi yang mana setiap pekerja yang masih bekerja di bahagian logistik, pembungkusan, pengeluaran serta pejabat perlu melalui pemerikasaan suhu badan, pemakaian topeng muka dan sarung tangan, pengangkutan seperti van dan lori juga perlu di nyahkumankan setiap hari bagi memberi dan menghantar produk serta stok makanan yang bersih dan terjamin," tambah YT Lai lagi...


Vit Makanan juga ingin meneruskan niat murni ini dengan mencari warga emas yang berumur 60 tahun ke atas di seluruh Malaysia yang tinggal bersendirian tanpa anak yang bekerja untuk diberikan bantuan makanan... “Kami percaya gologan ini seharusnya diberikan keutamaan dalam pemberian bantuan kerana mereka ini tidak mampu untunk keluar mencari makanan di saat sukar ini... sekiranya anda mempunyai jiran, kenalan atau kenalan sekampung, bolehlah tampil ke hadapan dan kami akan hantarkan bantuan makanan ini terus kepada mereka... kami berharap agar dengan bantuan ini kami dapat membantu bersama-sama menangani COVID-19," kata beliau...


Everyone, Vit's sedang mencari golongan warga emas yang memerlukan bantuan makanan... jom kita sama-sama panjangkan usaha ini agar semua kelompok masyarakat dapat dibantu dalam kita mengharungi wabak COVID-19 ini... in a team we are stronger... thus, inilah masanya untuk kita sama-sama berganding-bahu membantu selagi termampu...

Korang semua tolong cepat-cepat check ahli keluarga, jiran-tetangga, saudara-mara, sahabat-handai yang berkeperluan ya... di saat kita bersama-sama keluarga menjamu selera, ingatlah bahawasanya, masih ada insan lain di luar sana yang mungkin telah terputus bekalan makanannya...


1) Warga emas yang berumur 60 tahun ke atas
2) Tinggal bersendirian tanpa anak-anak yang bekerja
3) Tanpa sumber rezeki
4) Kekangan untuk bergerak di sebabkan perintah berkurung

Hubungi Vits melalui WhatsApp di nombor hotline 012-5637098 (WhatApp sahaja)


#misibantuan # vits #wargaemas #COVID-19 #stayathome #dudukdirumah #kitajagakita #frontliners #socialdistancing #basuhtangandengansabun #jagakebersihan #kkm #mkn #malaysiabersatu #janganbalikkampung #wecangothroughthis #RMO #MCO

xoxo

Post a Comment

20 Comments

  1. Bagut vit ni. Pagi tadi baru je goreng maggi guna mi kering dia. Sedap 😋

    ReplyDelete
  2. sumbangan time musim PKP utk yg memerlukan amatla dihargai..semoga dipermudahkan urusan mereka

    ReplyDelete
  3. Instant mee yang selalu ada masa uni dulu. Tapi dah lama tak makan 😊.

    ReplyDelete
  4. wow! bagus ni.
    aida nak klik link whatsapp tu.
    sebab ada warga emas yg aida tahu tinggal sorang diri.
    dulu boleh lagi ke kedai beli brg.
    now, tergendala!!!
    sukar hidup dia :(

    ReplyDelete
  5. pkp ni lagi menyatukan kita, membantu tak kira usia bangsa

    ReplyDelete
  6. inisiatif yang baik vits. good job. saya selalu beli megi tu. buat megi goreng sedap. tak kembang

    ReplyDelete
  7. Nice job to VITS! My family love their noodles too. Very affordable and delicious. pls keep up the good work!

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah satu usaha murni oleh pihak vits ini. semoga ramai juga yg membuat perkara yg sama.

    ReplyDelete
  9. Baguskan vits ni membantu warga emas. Kadang2 kita tak tahu pun dorang kesusahan sebab selalunya dorang malas nak bercerita.

    ReplyDelete
  10. Alhamdulilkah, syukur kan duduk dekat Malaysia. Bila sush saling bantu membantu. Tahniah vit untuk sumbangan ni. Mana yang boleh bantu kita babtu

    ReplyDelete
  11. terima kasih kepada semua yang memberikan bantuan meringgan kan kerajaan. bukan sahaja team vits, kepada semua yang lain-lain juga. kita tak boleh keluarkan wang ringgit, kita buat dengan cara lain. stay at home

    ReplyDelete
  12. Alhandulillah..harap ramai lagi yg buat macam ni. Kadang2 terfikir siapalah nak bantu mereka ni..kesian sis tengok

    ReplyDelete
  13. Terbaik usaha murni yang dilakukan oleh Vits, moga syarikat makananan lain pun mencontohinya menghulurkan bantuan

    ReplyDelete
  14. Bagus usaha vit ni
    sumbangan musim PKP ni amat diperlukan..semoga dipermudahkan urusan mereka

    ReplyDelete
  15. Bagus inisiatif yang dilakukan vits ni. Memberi bantuan makanan kepada mereka yang lebih memerlukan dna juga barisan frontliners. Satu contoh yang wajar diteladani.

    ReplyDelete
  16. Menarik bantuan yg telah dihulurkan oleh pihak vits. Moga projek csr ini boleh diteruskan

    ReplyDelete
  17. tahniah vits buat program amal begini. teruskan usaha murni ini

    ReplyDelete
  18. Alhamdulilah, semoga sumbangan yang diberikan sedikit sebanyak memberi manfaat buat mereka yang memerlukan..tahniah buat semua..

    ReplyDelete
  19. Wahhhh vits ni I ingat mee several bervitamin.. bagus tau bila buat kerja amal macam ni dapat juga membantu orang yang lapar..

    ReplyDelete
  20. Thanks to those frontliners and those who helped during this MCO. Without them, we don't know there's so many of heroes and heroin~ thanks!

    ReplyDelete