SHIGATSU WA KIMI NO USO - ORANGE - YOUR LIES IN APRIL - 7 OOPS



Sementara dok siapkan content untuk volunteeree work makcik, macam biasa, ada jugak la browse through playlist dari zaman purbawara... tetiba terstop kat lagu ni... perghhhh, memang mengimbau kembali laa zaman dok layan manga... basically, manga is one of my favourite since then, now and future... mula-mula start dengan zaman Pedang Setiawan, Darah Satria... apa lagi ntah dah tak ingat... zaman komik cina... kumpul setiap episod sampai menggununglah simpanannya tu... (ada lagi kat rumah my mom dalam kotak... tak boleh buang okay, sayang sangat)...



Zaman tu, we are not into K-Pop... belum wujud pun K-Pop masa tu... during that time, we have J-Pop and M-Pop whereby in view of series, memang banyak la Japanese series... masa tu ada Moero Attack, Oshin, Akantare, Kesatria Baja Hitam, Space Gop Gaban dan banyak lagi... during that time, everyonelah boleh buat sommersault berpusing, boleh buat yang kepala ke bawah kaki ke atas tu dan macam-macam lagi lah... semuanya kerana ingin meniru watak-watak di dalam cerita-cerita tu semua... lagu-lagu saduran pun dah lama dikenali pada zaman tu (80-an)...



Then, bila check balik... actually, lagu saduran ni dah ada since zaman 60-an ohoiiii... lama kannnn... hehehehe... so, the list goes on with all those Japanese series... for manga side pulak, since manga is a written-based story, it then evolved into anime whereby the story is being made into animation... memang syiok la bila tengok anime ni... sampai masa tu, we did tubuhkan group kaki anime... ikut macam mana cara perwatakan sesuatu watak tu... tapi sekarang ni dah bersaralah makciknya pun... hahahaha... eh, until now masih ada tau perjumpaan rakan-rakan anime... even kat Midvalley pun selalu ada buat Anime Fair kan kan kannnn...



Around late 90-s early 2000 pulak, barulah start Korean Fever ni... masa tu kalau tak silap, time Ramadhan 2000, sanggup wei amik wudhuk siap-siap, berbuka simple, then terus solat Maghrib semata-mata sebab nak tengok Winter Sonata... adoiiii... lepas tu, just kemas basic je meja makan sebab pukul 8 terus pi surau untuk solat tarawikh... tu lah sebabnya, cerita pukul 7 ni patut dihentikanla kan kan kan... hehehehe... lagha dibuatnya... so, the Korean Fever pun berterusanlah sampai laa ni zaman K-Pop... 



Banyak juga cerita Jepun dan Korea yang makcik minati, tapi sebab sekarang ni tengah cakap pasal cerita Jepun, so kita fokus ya... hehehehe... antaranya, My Husband yang ada lagu Hitoribocchi No Haburashi... dan kalau anime pulak antaranya cerita ni Shigatsu Wa Kimi No Uso - Your Lie In April... eh, macam kebetulan pulak kan bulan ni pun bulan April, tak gitu?... hehehehe... banyak pulak scene tapi guna lagu sama kan kan kan... teringat kan scene-scene tu sebenarnya... dan disebabkan lagu ni pun best, kita layankan aje okay... macam-macam mana pun, korang steady je tau #stayathome sambil layan lagu ni... next entri makcik buat review pulak... ye, dah lambat sangat nak buat review... tapi, saje je lah... saje nak abadikan kat layar penulisan yang tak seberapa ni... bebila nanti makcik review ya...


Inilah dia lirik lagu ini... sila nyanyi sambil layan ya... almaklumlah, makcik tengah kuarantin sorang-sorang lagi ni sambil tunggu result sample COVID-19 keluar... #bertabahlahdiri... dah, jom nyanyi...

#COVID-19 #stayathome #dudukdirumah #kitajagakita #frontliners #socialdistancing #basuhtangandengansabun #jagakebersihan #kkm #mkn #malaysiabersatu #janganbalikkampung #wecangothroughthis #RMO #MCO

xoxo

Tini Alif

20 years of experience within the technical, manufacturing and services environment. Assists brands and companies to achieve their targeted and potential customer through writing service such as article writing, copywriting, ghostwriting, manuscript writing, technical writing, content marketing and translation amongst others. Interested to collaborate? Email: hartini.hussain.work@gmail.com or WhatsApp at +601154054677

2 Comments

  1. Dlu majalah pedang sitiawan cikgu tumpang gak baca yang abang punya. Cerita jepun kegemaran ofkosla GTO. Haha. Pemangkin nak jadi cikgu tu tau 😜

    ReplyDelete
  2. sedapnya lagu dia. Layan la kejap.. lama jugak tak melayan... ^^

    ReplyDelete
Previous Post Next Post