Hai Makcik Kiah... hehehehe... saja je letak gambar Makcik Kiah sebab hari ni nak cerita sikit tentang asal-usul panggilan makcik... kalau korang perasan, sejak mula-mula berblog, makcik ada juga kadangkala menggunakan perkataan aku atau hakak kan... kalau nak diikutkan, okay je kalau terus menulis dengan penggunaan kata ganti nama aku ke, hakak ke, makcik ke kan... tapi kadangkala aku ni merasakan adakah ia sesuai sekiranya reader terdiri daripada golongan belasan tahun kalau gunakan aku?... pastu meleret pulak kepada kalau menggunakan ganti nama hakak sekali pembaca pula dari kalangan mereka yang lebih berusia?... nah, nampak tak kat situ?... ciri-ciri paranoid macam time aku stop berblogging selama hampir dua tahun macam dah kembali ni...
Then, jeng jeng jeng... tetiba aku teringat, aku ni memang sejak kecil lagi sampailah laaaa ni lebih ramai kengkawan XY berbanding XX dan lebih rapat dengan kengkawan XY berbanding XX... walaupun begitu, keakraban kami takdelah sampai mengada-ngada dan bertepuk-tampar sementelah aku ni pun agak lasak orangnya... dek kerana itu, biasanya panggilan antara kami adalah berupa panggilan meng'ajuk'... macam-macam panggilan yang muncul antaranya:
1) Shadow Hunter
2) Tiny Heart
3) Tat Seng
4) Unicorn
5) Irwin
6) Makcik
Dalam banyak-banyak panggilan, macam mana Makcik pulak yang jadi lekat kan?... sebab panggilan makcik yang paling ramai kengkawan panggil aku... simple dan mudah diingati... lagipun panggilan meng'ajuk' kami dari dulu lagi memang telah diterapkan agar tidak menyentuh isu peribadi, body-shaming atau sesuatu yang bakal menyebabkan pihak lagi satu berasa sedih, malu atau rendah diri... basically, panggilan meng'ajuk' ini merupakan impian atau kegemaran kami masing-masing pada waktu itu yang kami realisasikan dalam bentuk sebutan.. yalah, zaman kita membesar dulu kan macam-macam pengalaman yang kita lalui... begitu jugalah dengan kami yang mana ia seterusnya dijadikan sebagai pedoman dalam mengharungi kehidupan yang penuh cabaran ini...
Maka, kat sinilah bermulanya panggilan makcik ni ye uollssss... kadang-kadang, terfikir jugak karang orang dok ingat aku ni dah tua bebenor la pulak kalau dok membahasakan diri sebagai makcik kan... apabila aku fikirkan semula, alah, takpelah, yang penting ialah content yang nak disampaikan kan kan kan... panggilan macam mana pun (yang penting sopan) tetap okay... yang paling perlu ditik-beratkan ialah sikap kita yang saling hormat-menghormati antara satu-sama lain tak gitu?...
Jadi, aku mengambil keputusan untuk teruskan je dengan panggilan makcik haaa gitu... tapi kadangkala mungkin akan ada ketikanya aku terguna balik kata ganti nama aku (macam sekarang) atau hakak... korang layankan ajelah ye... anggap aje macam aku tengah tukar angin dalam gaya penulisan... okay my everything... adios...
xoxo
0 Comments