SEGMEN PERTUKARAN BLOGLIST OLEH ABAM KIE


Hari ni aku memang dok melayari internet je sebab nak cari bahan yang menarik untuk content yang aku nak prepare for my next week's work plan... tup-tup ternampak entri Abam Kie ni... apa lagi?.. memang dengan pantas terus la aku join... favourite activitylah katakan... hehehehe... Abam Kie sebenarnya telah melancarkan Segmen Pertukaran Bloglist Oleh Abam Kie ni bermula dari 17 April hingga 10 Mei 2020... untuk pengetahuan korang, semua rakan blogger di Malaysia boleh menyertai segmen mudah ini dengan kata lain penyertaan korang dialu-alukan...

Syarat-syarat segmen ini pun mudah je gaissss:
1. Buat satu entri/blog post bertajuk 'Segmen Pertukaran Bloglist Oleh Abam Kie'. 
2. Follow blog Abam Kie. Jika dah lama follow atau add, abaikan saja. 
 3. Letak banner di atas dalam entri tersebut dan backlink di post ini sahaja.  
4. Letakkan URL blog Abam Kie i.e.www.zukidin.com di dalam blog list anda. Abam Kie pun akan letak URL blog anda di dalam blog list Abam Kie. Sila pastikan URL blog Abam Kie tu terus kekal di blog list anda. Namun harus diingat jika blog anda tidak dikemaskini melebihi 2 bulan maka ia akan dibuang dari blog list Abam Kie kerana Abam Kie mahu blog yang dikemaskini secara 'regular' sahaja berada di dalam blog list. Harap bersetuju dengan syarat ini ye. 
5. Siap semua, publish entri anda. Jangan lupa hantar link blog post segmen anda dalam ruangan komen di bawah entri ini sahaja. 
6. Sila patuhi semua syarat yang diberikan. Peserta yang gagal mematuhi syarat-syarat di atas akan dibatalkan penyertaan mereka. 

Korang, segmen ini ada hadiah tahu! Biarpun hadiah murah-murah aje tapi bagi Abam Kie cukuplah sebagai menghargai usaha kawan-kawan yang menyertai segmen yang Abam Kie anjurkan ini... pemilihan pemenang akan dibuat secara rawak ya gaissss... 

Hadiah: Top up Hotlink RM5 X 5 Pemenang (Jika pemenang tersebut tidak guna telco Maxis, boleh berikan top-up kepada keluarga, saudara-mara atau kawan-kawan yang pakai line Maxis, peserta pertama dan terakhir akan mendapat wang tunai RM5! Jom gaisss, sempat lagi nak join ni... ada beberapa jam lagi ni... cepat join ye gaissss...

TEMPOH PENYERTAAN: 
 17 APRIL hingga 10 MEI 2020 

Apa tunggu lagi? Jom join gaissss...

xoxo

Tini Alif

20 years of experience within the technical, manufacturing and services environment. Assists brands and companies to achieve their targeted and potential customer through writing service such as article writing, copywriting, ghostwriting, manuscript writing, technical writing, content marketing and translation amongst others. Interested to collaborate? Email: hartini.hussain.work@gmail.com or WhatsApp at +601154054677

1 Comments

  1. Assalamualaikum. Terima kasih kerana sudi menyertai segmen blog list ini. Good luck.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post