SEGMEN BLOGLIST OMBAK BERGIGI

Assalamualaikum dan hai hai hai everything... pada hari Ahad yang sungguh menenangkan ni, selepas makcik settle hantar daily report, teringat makcik kat segmen OM yang makcik aada came across baru-baru ni... 05/10 ke 04/10 eh tarikh tutup?... dok bermain-main dan berlegar-legar di fikiran makcik sebab kalau terlepas tarikh karang, melepas la pulak peluang nak join segmen kan... pastu, makcik pun check balik dan hari ni tarikh tutupnya gaissss... apa lagi, sebelum makcik kelentang-kelentung pi masak nasi lemak (sebab anak-anak request nak makan nasi lemak untuk lunch dan tea-time) baik makcik up dulu entri ni siap-siap kan kan kan... hehehehe... lagipun, lepas Maghrib nanti, insyaAllah makcik nak drive back to Johor, esok koje... korang doakan perjalanan makcik dipermudahkanNya dan selamat sampai ke destinasi ya...

Sejuk sekali air perigi,
Ke hujung keting rasa gigilnya,
Segmen Bloglist Ombak Bergigi,
Mari semua join bersama.

Kawasan kudiami di hujung tanjung,
Hanya berpantai tidak bersawah,
Marilah kita kunjung-mengunjung,
Join segmen merapatkan ukhuwah.

Hari demi hari aku meniti,
Berteman kopi di gelas kaca,
Blog medan mencurah kreativiti,
Ramai bersegmen luaslah pembaca.

Sinr mentari terik memancar,
Menembusi tingkap di atas para,
Semoga segmen berjalan lancar,
Semua yang join rasa gembira.


Untuk pengetahuan semua, sebenarnya SEGMEN BLOGLIST OMBAK BERGIGI ni dah bermula pun sejak 27 September 2020 (Ahad) dan akan berakhir pada 4 Oktober 2020 (Ahad), HARI NI gaissss... seramai 5 orang peserta yang bertuah dan layak menjadi bloglist Ombak Bergigi...

SYARAT UNTUK MENYERTAI
2) Follow IG Ombak Bergigi.
3) Buat satu entri di blog korang bertajuk "Segmen Bloglist Ombak Bergigi".
4) Letakkan banner segmen dan link kan ke blog post ini.
5) Comment link entri penyertaan di bawah blog post ni.

Oraito, semoga berjaya kepada semua peserta segmen ini ya... sempat lagi kalau ada blogger lain yang nak join... jom, jom... till then, see you when I see you... daaaa...

All the best...

xoxo

Post a Comment

5 Comments