SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST LETOPSS BY EZA BOOM BOOM

Assalamualaikum dan hai hai hai everything... minggu ni memang ngamho kan hari cutinya tu... Jumaat, Sabtu, Ahad... perghhhh, memang syiok la dok berehat sambil melayan kerenah anak-anak selepas seminggu dok ralit dengan tugasan kan... apabila berbicara tentang anak-anak ni kadang-kadang aku terfikir, sekejap betul masa berlalu... yelah, masa dok preggykan diorang dok tertunggu-tunggu nak bersalin, dah deliver lama pulak rasanya berpantang, lepas tu slowly daripada bulan berubah ke tahun dari anak seorang dah empat beradik dah anak-anakku... daripada kita yang dok kemaskan bilik diorang, laaa ni depa dah boleh dah kemas sendiri (walaupun kadangkala keluar jugak suara tarzan)... kira okaylah kan, dah boleh dah uruskan diri sendiri...

My first princess (12 yo) dah boleh dah masak simple dishes... kiranya kalau tak larat tu dah boleh la minta tolong masakkan untuk keluarga kecilku... my second prince (10 yo), third princess (8 yo) and fourth princess (6 yo) pulak dah boleh dah masak nasi dan goreng telur juga sausage... alhamdulillah, walaupun berjauhan (PJJ) still manageable... see, cepat betul kan masa berlalu... pejam-celik, pejam-celik dah besar dah anak-anak...

Lebih-kurang begitu jugalah dengan penglibatan aku di dalam dunia blogging ni... pejam-celik, pejam-celik dah lama la jugak rupanya... aku start berblog exactly lepas graduated masa 2002... then, sampai ke 2006 kot gitu aku deactivetaed blog dan terus delete blog tu (tak ingat dah apa nama blog)... in 2008 aku start balik berblog, masa ni mula-mula tu plan nak buat macam diari je... so tulis pendek-pendek as in info ringkas je gitu sebab masa tu aku ada handle blog-blog lain jugak yang dicreate based on tema... ni jenis blog-blognya:
1) Blog catering.
2) Blog keagaaman.
3) Blog puisi.
4) Blog cerpen.
5) Blog online business.
6) Blog translation service.
7) Blog event management.

Then, masa hujung 2014 tiber aku jadi paranoid, macam-macam yang aku fikirkan... terus aku deactivated balik semua blog... masa tu aku just focus kat offline tasks yang aku masih buat... alhamdulillah, still on-going until now... cumanya aku tak delete la blogs tu... pastu, masa 2015 aku dapat balik kekuatan untuk keep up with the blogs cuma aku combinekan kesemua blog tu menjadi satu... tu yang carca-marba sikit masa mula-mula tu... sebelum ni aku dah pernah cerita regarding hal ni cuma aku tak elaborate tentang blog-blog lain yang aku pernah handle dulu... takpe kan?... yang penting niat nak menulis tu tetap diteruskan kan... 


Aku suka berblogwalking sebab nak keep up dengan sahabat maya di dunia blogging... kalau nak diikutkan, dalam ramai-ramai geng blogging sedekad yang lalu, kebanyakannya dah tak aktif berblog... masa aku mula-mula berblog semula, kekok juga apabila melihatkan ramai betul blogger-blogger yang semuanya bagus-bagus belaka... tapi aku kuatkan juga semangat untuk terus buat apa yang aku suka iaitu menulis... oh ya, aku terserempak dengan blog Eza Boom Boom masa dok blogwalking... bila aku baca kenapa Eza suka berblog, terus rasa macam nak high-5 kat situ jugak... kita serupaaaa... malas nak cakap banyak agitchewwww... tapi kalau menaip, ya ampun, banyak pulak yang nak dibebelkan... tapi kami bukan keyboard warrior ye... bagi aku, yang betul tetap betul, yang salah tetap salah... haaa gitu...

So, Eza ada menganjurkan SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST LETOPSS BY EZA BOOM BOOM... aku pun apa lagi?... dengan pantas, mengjoinkan diri... berikut adalah syarat-syaratnya ya:
1) Follow blog Eza Boom Boom.
2) Letak tajuk post, "SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST LETOPSS BY EZA BOOM BOOM".
3) Letak banner yang tertera di atas dan backlink ke entri ini.
4) Nyatakan SEBAB (REASON) ingin disenarai dalam bloglist Eza.
5) Tinggalkan link entry penyertaan di ENTRY ini.
6) Blogger mestilah beralamat di Malaysia.
7) Tarikh tutup: 27 Disember 2020 (Ahad), jam 11.59 malam.
8) Siap!

Tanda terima kasih dan penghargaan Eza kepada korang yang baik hati dan supportive, terdapat enam hadiah yang korang boleh menangi mengikut kategori:

KATEGORI 1: ENTRY YANG POSITIF & KREATIF (rujuk syarat no. 3)
Hadiahnya adalah berupa wang tunai yang akan dipindahkan secara online banking:
RM30 x 1 peserta
RM20 x 1 peserta
RM10 x 1 peserta

KATEGORI 2: LUCKY PARTICIPANTS
Pemenang ditentukan dengan menggunakan aplikasi random number generator. Oleh itu, semua peserta yang join ada peluang untuk menang.
Hadiahnya adalah:
Planner Book 2021 x 3 peserta. SEMUA BLOG peserta yang menyertai segmen ini, akan DISENARAI dalam bloglist Eza selama enam bulan iaitu sehingga 30 Jun 2021.

Best ke best?...

So now, aku nak nyatakan sebab kenapa aku ingin disenaraikan dalam bloglist Eza.

SEBAB INGIN DISENARAIKAN DALAM BLOGLIST EZA
1) Berkongsi maklumat - Kini aku semakin serius berblog, jadi aku ingin agar perkongsian yang aku coretkan dapat sampai kepada lebih banyak pembaca ala-ala sharing is caring gitu... lagipun, kan best kalau apa yang kita coretkan di blog dapat dijadikan panduan oleh pembaca... perkara yang positif kan elok dipanjang-panjangkan, insyaAllah, sama-sama kita mendapat manfaat, yang membaca juga yang mencoretkannya...

2) Menambah kenalan - Berkawan biar beribu, bercinta biar satu... selain dari bersahabat secara live, dalam zaman yang serba moden ni, pelbagai cara boleh dilakukan untuk menjalinkan persahabatan... sehingga ke hari ini, masih ada sahabat-sahabat blogger yang tetap terus sama-sama bertanya khabar walaupun sudah tidak aktif berblogging... see, walaupun ada yang tidak pernah bersua muka, namun begitu, masih tetap berusaha untuk merapatkan ukhuwah... aku nak teruskan bersahabat juga berkenal-kenalan dengan sahabat-sahabat blogger lain juga followers agar kita dapat terus mengembangkan ukhuwah persahabatan yang positif...

Jadi, gitulah antara sebab yang dapat aku senaraikan... aku harap ia dapatlah menjadi asbab sebagai antara entri yang positif dan kreatif... hehehehe... by the way, korang pun jom join juga segmen ni... marilah kita sama-sama memeriahkan majlis ya... all the best... till then, see you when I see you...

xoxo

Tini Alif

20 years of experience within the technical, manufacturing and services environment. Assists brands and companies to achieve their targeted and potential customer through writing service such as article writing, copywriting, ghostwriting, manuscript writing, technical writing, content marketing and translation amongst others. Interested to collaborate? Email: hartini.hussain.work@gmail.com or WhatsApp at +601154054677

3 Comments

  1. Hi Mazrahalti. Terima kasih atas kesudian join segmen Eza, Eza sangat hargainya. Nanti boleh semak blog awak di entry senarai peserta ya. Happy blogging dan ceria selalu tau. :)

    ReplyDelete
  2. Hebat...content yang panjang..ayat yang unik dan bersahaja...selamat bersegmen..good luck

    ReplyDelete
  3. jalan-jalan dari segmen yang sama

    https://www.kasihjuju.com/2020/12/segmen-pencarian-bloglist-letopss-by.html

    ReplyDelete
Previous Post Next Post