CARA SENANG UNTUK MEMBUAT IKAN PEKASAM SENDIRI

Assalamualaikum dan hai hai hai everything... korang kenal dan pernah makan pekasam tak?.. untuk pengetahuan korang, pekasam merupakan sejenis makanan peram tradisi yang terkenal dan tahan lama di negara kita yang tercinta ini... pekasam secara turun-temurun dihasilkan sebagai bahan sampingan daripada lebihan ikan hasil tangkapan daripada sungai, tali air dan sawah padi... ia merupakan satu cara mengekalkan makanan (lazimnya ikan) dengan menggunakan garam (atau asam) yang banyak dan mampu untuk menghasilkan pekasam yang mampu bertahan lebih lama...

Kalau korang nak tau, garam digunakan bagi memerap ikan yang akan turut mereputkan tulangnya sambil bertindak untuk mengukuhkan struktur daging ikan tau... ini dilakukan agar isi ikan menjadi lebih pejal dan membuatkan ikan pekasam tidak mudah hancur apabila digoreng... haaa, itulah rahsia bagaimana ikan pekasam dapat mengekalkan teksturnya walaupun digoreng...

Nah, ni aku bagi senarai ikan yang sedap untuk dibuat pekasam ya... sepat, haruan, keli dan puyu yang paling menjadi rebutan... ikan air tawar lain seperti ikan terubul, lampan jawa, merah mata, temperas, mengkawan, ketutu, kepar, kaloi, loma, toman, tilapia dan belida juga boleh digunakan tau... jadi, kalau geng ikan glamour takde, boleh je guna ikan-ikan air tawar yang lain ya...



Orait, ni aku nak share dengan korang cara-cara untuk membuat ikan pekasam... yelah, bila dok cakap pasal ikan pekasam ni, confirmed ada yang terliur dah tu kan kan kan... berikut adalah bahan-bahan yang perlu disediakan:
1) Ikan
2) Beras
3) Garam

CARA-CARA MEMBUAT IKAN PEKASAM

1) Siang ikan, basuh dan bersihkan sehingga sesuci di hening Subuh sunyi... sesuci terdengar nurani... sesuci salam untuk Illahi... bagaikan memanggil insafi pada diri... hehehehe... korang pilihlah ikan apa pun yang korang gemari okay... namun begitu, untuk hasil yang terbaik, silalah gunakan ikan-ikan yang telah disyorkan iaitu sepat, haruan, keli dan puyu... pastikan korang bersihkan ikan dengan limau nipis atau asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir ikan okay...


Kredit gambar: Sinar Harian

2) Toskan air daripada ikan... pastikan ikan yang telah dibersihkan itu kering sebelum kita teruskan ke langkah seterusnya...

3) Kemudian, korang lumurkanlah garam kepada ikan di serata bahagian ikan... portion garam tu bergantung kepada kuantiti ikan dalam 1/5 bahagian garam kepada 1 ikan... korang, ratakan garam ke seluruh bahagian ikan tau sebab lagi banyak garam, lagi masin dan ada rasa nanti ikan pekasam korang tu...


Kredit gambar: Umpan

4) Biarkan ikan yang korag dah lumur dengan garam tadi di dalam bekas kedap udara dan letak di dalam peti ais selama 2 hingga 3 hari... letak kat peti ais bahagian bawah macam biasa je, tak perlu dibekukan tau... yang paling penting, korang kena pastikan yang bekas tersebut kering dan tidak dimasuki air ya... kalau tiba-tiba korang terperasan ada air yang termasuk kat dalam bekas tu, cepat-cepat buangkan air tersebut okay... then, selepas 2 atau 3 hari, bolehlah korang keluarkan dan basuh ikan tersebut lalu toskan ia sehingga kering...

5) Sangai sedikit beras... jumlah yang dikehendaki bergantung kepada kuantiti ikan yang hendak dijadikan pekasam... kalau banyak ikannya, banyaklah beras sangai yang perlu digunakan ya uollssss... sebelum tu, korang tau tak nak sangai beras macam mana?... korang kena goreng beras tu tanpa menggunakan minyak sampailah beras berubah kepada warna keperang-perangan ya... pastu, korang tumbuklah beras tersebut sampai hancur dan tidak kelihatan bentuk beras lagi... kalau tahap kerajinan agak kurang, boleh je kalau korang nak blend je beras sangai tu... tapi janganlah sampai hancur halus bebeno ya...


Kredit gambar: Shopee

6) Seterusnya, korang bolehlah lumurkan beras yang telah ditumbuk halus di bahagian badan ikan... korang salutkanlah beras pada ikan ya... pastikan ikan berada dalam keadaan yang tidak basah... pastikan sebelum korang lumurkan beras sangai yang ditumbuk tu korang dah susun siap-siap ikan tu ya... taburkan lapisan beras sangai tu sebanyak 2-3 lapisan okay... kalau korang nak tau, lapisan beras tu lah yang jadi warna perang-perang rangup lepas digoreng tu...

7) Finally, korang simpanlah ikan pekasam tu secara bertutup selama 2 atau 3 minggu... lagi lama korang simpan, lagi sedap ikan pekasam tu gaissss... 

SELAMAT MENCUBA!!!


Kredit gambar: Iluminasi

BONUS!!!!
BONUS!!!!
BONUS!!!!

Nah, aku bagi sekali resipi ikan pekasam paling sedap di abad ini... resipi ikan pekasam confirmed jadi gaissss... tak banyak bahan-bahan yang perlu disediakan... tapi, kalau dah masak memang makan tak toleh kiri-kanan baq hang!!!

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN UNTUK RESIPI IKAN PEKASAM CONFIRMED JADI

Ikan pekasam
Limau nipis (perahkan jusnya)
Cili api (bergantung kepada jumlah ikan yang dimasak)
Bawang merah besar (ikut suka, dihiris nipis)


1) Goreng ikan pekasam dengan suhu api yang sederhana. Goreng sehingga rasanya agak rangup dan masak dalamannya. Jangan kacau dan selalu alihkan ikan supaya ikan tidak rosak dan tidak hancur.
2) Setelah ikan pekasam siap dimasak, angkatlah ikan tersebut.
3) Goreng bawang dan cili api yang telah dipotong halus tadi. Tumis bahan tersebut sehingga naik bau dan berubah warna lebih gelap dan masak. Pastikan bawang dan cili api yang digoreng tidak hangit. Angkat bawang dan cili api yang digoreng dan letakkan di atas ikan pekasam yang telah digoreng tadi.
4) Potong limau nipis dan perah jus limau nipis ke atas ikan pekasam tadi. Jika terlalu masin, perah limau lebih banyak sedikit untuk memberikan rasa masam-masam manis.

SEDAP KE SEDAP????

WOW!!!!


Kalau dulu, jenuh nak buat sendiri kan ikan pekasam ni... Laaa nih, aku bawakan untuk korang semua, Pak Pie Pekasam...

RM10 sepeket postage RM8 SM / RM12 SS
Beratnya dalam 180-200 g

Makan dengan nasi panas, perghhhhhh, memang terangkat baq hang... meh wassap sekarang... tekan je kat sini gaissss...







xoxo

Post a Comment

0 Comments