5 RESEPI BISKUT RAYA BERASASKAN COKLAT YANG MUDAH DAN CONFIRMED JADI

Assalamualaikum dan hai hai hai everything... tengah buat apa tu?... dah masuk minggu ketiga puasa dah kan… sebelum ni dok tunggu-tunggu bilalah nak bulan Ramadhan tak gitu?... laaa ni dengan lagu raya yang dah start berkumandang di corong-corong radionya, begitu juga dengan pelbagai keperluan dan kelengkapan perayaan yang telah mula diniagakan termasuklah kuih raya yang bakal dijadikan sebagai santapan buat para tetamu (itupun kalau kita dapatlah merentas negeri untuk menyambut Aidilfitri bersama-sama keluarga tercinta kan kan kan)…

Makcik sekeluarga masih lagi stranded di Johor ni… kami memang berdoa sangat agar kita semua dapatlah peluang untuk merentas negeri bagi merayakan hari bahagia ini di kampung halaman… yang paling penting agar dapat menyantuni nenek yang tak berapa sihat semenjak sebulan kebelakangan ni… aduh, rindu dah jadi perkara kedua… yang paling utama adalah agar dapat menyempurnakan segala keperluan nenek sebab dah berbulan-bulan tak dapat nak balik kampung ni haaaa… jomlah kita sama-sama berdoa agar kes COVID-19 di negara kita Malaysia yang tercinta ini semakin menunjukkan trend penurunan bagi membolehkan kita berhari-raya at least untuk dapat pulang ke kampung halaman sendiri… Amiiiin…


Oh ya, sambil membebel ni, sempat juga makcik singgah sana-sini dan inilah hasilnya… makcik bawakan untuk korang resepi biskut raya berasaskan coklat… sambil #stayathome tu ajommmm kita buat kuih raya… di samping dapat distract our mind, dapat juga kita sama-sama gotong-royong dengan anak-anak kat dapur kan… makcik gerenti, anak-anak confirmed suka punyalah kalau dapat buat kuih raya bersama ibu mereka… kuih raya dapat, quality time bersama anak-anak pun dapat tak gitu?... let’s go...

Credit gambar: Encik Google

1) ALMOND LONDON


Bahan-bahan
Kacang almond
250 gram butter @ 1 cawan
80 gram gula icing @ 3/4 cawan
1 biji kuning telur
3 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil esen vanilla
450 gram tepung gandum Cap Ros @ 4 1/2 cawan
1/2 cawan serbuk bada
2 sudu besar susu tepung
½ sudu kecil baking powder
½ sudu besar empleks / tepung beras
1/2 cawan tepung jagung
250 gram coklat masakan Beryl’s
2 sudu besar shortening / minyak masak

Cara-cara membuat biskut
1) Korang masukkan serbuk badam, susu tepung, baking powder, empleks dan tepung jagung ke dalam satu bekas dan gaul rata.
2) Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit dan adjust la tekstur adunan tu masa uli ya.
3) Finally, korang dan boleh bentukkan biskut. Masukkan almond masa korang tengah bentuk-bentukkan setiap satu biskut tu tau. Betukkan bujur, letak kat dalam paper cup untuk biskut tu dan bakar.

Cara-cara membuat topping
1) Cairkan coklat dan shortening dengan menggunakan kaedah doule boiling. Korang letak air kat dalam periuk, then, letak coklat dan shortening kat dalam mangkuk di atas periuk tersebut. Kacau sampailah bahan-bahan tu cair ya.
2) Apabila coklat dah cair, korang bolehlah tuang kat atas biskut yang dah dibakar.
3) Last sekali tabur badam cincang.

2) CORNFLAKES NUTELLA


Bahan-bahan
50 gram badam cincang - disangai
125 gram kepingan badam - disangai
300 gram coklat gelap
200 gram coklat putih
100 gram nutella - anggaran 3 sudu besar
500 gram baby cornflakes

Cara-cara
1) Masukkan dark chocolate dan white chocolate ke dalam mangkuk. Lepas tu, korang cairkanlah kedua-dua jenis coklat tersebut dengan menggunakan teknik double boiling. Korang letak air kat dalam periuk, then, letak kedua-dua jenis coklat tersebut kat dalam mangkuk di atas periuk tersebut. Kacau sampailah bahan-bahan tu cair ya.
2) Kemudian, masukkan 3 sudu besar nutella ke dalam adunan chocolate tadi dan kacau sehingga sebati. Apabila nutella dan adunan coklat dah sebati, tutulaph api tersebut.
 3) Apabila sudah sekata, masukkan pula baby cornflakes dan kepingan badam ke dalam adunan coklat dan nutella tadi. Lepas tu, korang gaullah sehingga cornflakes disaluti chocolate sepenuhnya.
4) Now, korang boleh masukkan adunan tadi ke dalam paper cup, scoop kecik-kecik ya.
5) Taburkan badam cincang di atas adunan tadi. Kalau korang nak letak hiasan lain pun boleh. Yalah, anak-anak mesti suka kalau korang letak chocolate rice warna-warni tu ke, manik silver tu ke, bentuk star ke kan. Terpulanglag korang nak hiaskan macam mana okay.
6) Last sekali, sejukkan cornflakes nutella tadi di bahagian freezer selama 5 minit.

3) ALMOND ROCHER


Bahan-Bahan
250 gram coklat susu compound
50 gram pes kacang hazel
Badam jejari secukupnya (dipanggang)

Cara-cara
1) Cairkan coklat dengan menggunakan kaedah double boiling. Korang letak air kat dalam periuk, then, letak coklat kat dalam mangkuk di atas periuk tersebut. Kacau sampailah coklat tu cair ya.
2) Masukkan badam yang telah dipanggang ke dalam coklat masakan dan kacau sehingga sebati. Pastikan badam diselaputi penuh dengan coklat tau.
3) Finally, sudukan ke dalam kertas cawan dan biarkan sejuk

4) CORNFLAKES COKLAT


Bahan-bahan
200 gram bijirin cornflakes
150 gram bubble rice
1 bar coklat masakan
200 gram mentega
50 gram shortening
80 gram gula aising
Secubit garam
175 gram tepung naik sendiri
150 gramtepung gandum
1/2 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh serbuk koko
50gm cornflakes (ramas kasar)
50 gram almond nibs (disangai)
80 gram coklat chips

Cara-cara
1) Sangai coco crunch dan ‘bubble rice’ secara berasingan. Biarkan seketika.
2) Panaskan coklat masakan menggunakan kaedah double boiling. Korang letak air kat dalam periuk, then, letak coklat dan shortening kat dalam mangkuk di atas periuk tersebut. Kacau sampailah bahan-bahan tu cair ya.
3) Masukkan kesemua bijiran di dalam coklat yang telah dicairkan dan gaulkan rata.
4) Sudukan ke dalam cawan kertas dan biarkan sehingga sejuk. 

5) BISKUT AISKRIM SEDAP RANGUP


Bahan-Bahan
1 buku Buttercup (250g)
1 cawan gula kastor
1 cawan tepung naik sendiri
3 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
1/2 sudu teh baking powder
1 Sudu Teh Esen Vanilla
1 Biji Telur
Coklat Compound / Masakan
Coklat / Rainbow Rice

Cara-Cara
1) Pukul buttercup dan gula kastor sehingga kembang. Kemudian, masukkanlah telur dan esen vanilla lalu adunan dipukul lagi sehingga sebati.
2) Masukkan kedua-dua jenis tepung (tapi tinggalkan sedikit tepung gandum untuk digunakan time menguli doh nanti) dan baking powder. Pukul perlahan seingga sebati.
3) Pastikan ianya menjadi doh apabila kita genggam, kalau lembik, masukkan lagi tepung gandum sedikit demi sedikit dan uli lagi sehingga adunan menjadi doh yang tidak melekat di tangan.
4) Leperkankan doh menggunakan roller dan tekap menggunakan acuan berbentuk ais krim.
5) Susunkan hasil tekapan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 180 selama 10-15 minit.
6) Coklat compound atau coklat masakan dicairkan secara double boiling. Korang letak air kat dalam periuk, then, letak coklat kat dalam mangkuk di atas periuk tersebut. Kacau sampailah coklat tu cair ya.
7) Celupkan coklat di bahagian atas biskut sahaja supaya cepat kering dan taburkan coklat rice atau rainbow rice di atasnya sewaktu coklat masih cair.
8) Finally, pastikan coklat betul-betul kering sebelum dimasukkan ke dalam telap.

Cuba jangan tak cuba gaissss... semoga bermanfaat ya... till then, see you when I see you... daaaa...

xoxo

Post a Comment

0 Comments