RESEPI RINGKAS UNTUK MENU SAHUR


Assalamualaikum dan hai hai hai everything... sepanjang bulan Ramadhan ni, memang makcik pastikan anak-anak semua bangun untuk bersahur bagi memastikan mereka kekal aktif dan bertenaga untuk mengharungi ibadah puasa dengan jayanya... alhamdulillah anak-anak makcik takdelah banyak kerenah sangat tentang menu sahur... TAPI...

Sikit sangat makannya... risau la jugak makcik dibuatnya... macam-macam yang makcik fikir untuk cari idea bagi memastikan anak-anak makcik mendapat khasiat dan kebaikan yang mereka perlukan... cari punya cari, makcik came across produk @farmerly.com.my iaitu OAT BEVERAGE yang didatangkan dalam dua packaging, 1 besar dan 1 kecil... menarik nih... apa lagi, teruslah makcik sambut cabaran Jom Sahur Nersama Oat... siap buat 2 resepi uollssss...


Resepi 1 (Cekodok oat)

3 cawan tepung gandum berprotein tinggi
2 biji telur ayam Gred A
5 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
Separuh genggam ikan bilis
1 cawan air bertapis
1 cawan Oat Beverage @farmerly.com.my 
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

Langkah-langkah penyediaan

1) Hiris nipis bawang merah dan bawang putih. (Makcik blend terus bawang merah, bawang putih dan ikan bilis sebab anak-anak akan buang bawang tu).
2) Masukkan tepung gandum, bahan-bahan yang telah diblend tadi beserta telur dan air bertapis ke dalam mangkuk. Gaulkan hingga sebati.
3) Masukkan Oat Beverage @farmerly.com.my sedikit demi sedikit dan gaulkan keseluruhan adunan. Tambahkan air sekiranya perlu. Masukkan garam dan gula secukup rasa setelah semuanya menjadi adunan yang bertekstur kental tetapi tidak terlalu pekat.
4) Panaskan minyak dan sendukkan menggunakan sudu atau tangan dan masaklah sehingga adunan menjadi kuning keemasan.
5) Cekodok yang dah siap boleh dimakan bersama sos cili atau sos tomato.


Resepi 2: (Cereal with fruits and oat beverage)

1 bowl Koko Krunch
3 biji strawberry
1sudu kismis
1 cawan Oat Beverage @farmerly.com.my

Langkah-langkah penyediaan:

1) Hiris nipis strawberry. Masukkan ke dalam bowl berisi Koko Krunch.
2) Masukkan kismis dan tuangkan Oat Beverage @farmerly.com.my.
3) Nikmatilah keenakannya.


Bukan main berselera lagi anak-anak makcik bersahur gaissss... korang pun boleh cuba tau... insyaAllah, berselera anak-anak makan nanti... percayalah cakap makcik ni... cuba jangan tak cuba hokey...

#jomsahurbersamaoat #farmerly #oatbeverage #resepiringkas #makanansihat #kbba9 #blogger #bloggerMY #bloggermalaysia

xoxo

Post a Comment

1 Comments