Assalamualaikum dan hai hai hai semua... dalam masa beberapa hari je lagi, Ramadhan akan menjengah tiba... ia merupakan bulan penuh rahmat dan barokah yang dirindui oleh seluruh umat Islam di seluruh dunia... makcik yang memang ada ramai je sahabat-taulan yang bukan Islam juga sering diajukan dengan pertanyaan bilakah Ramadhan bakal menjelma... nampak tak, kehidupan kita yang sememangnya dah bergaul-mesra dan sebati dalam multi-racial environment memang menyeronokkan kan... kita sama-sama saling hormat-menghormati agama juga kebudayaan antara satu kaum dengan kaum yang lain... bersyukur sangat berada dalam kelompok masyarakat yang sama-sama menghargai antara satu sama lain... alhamdulillah...
Oh ya, kalau korang masih ingat, kita semua sebagai rakyat Malaysia amat berbangga dengan adanya penghibur berjiwa patriotik seperti allahyarham Sudirman Haji Arsyad... setiap persembahan yang dijayakan oleh allahyarham sama ada persembahan korporat atau konsert-konsert berskala besar pasti akan diselitkan dengan lagu-lagu yang berunsurkan Patriotik (31 Ogos, Tegakkan Bendera Kita, Warisan, Kenali Malaysia, Cintai Malaysia, Bapak, Radio Malaysia) serta lengkap dengan pakaian Bendera Malaysia (Jalur Gemilang)... imej perpaduan lahir secara semula jadi dalam diri Sudirman... setiap konsert beliau tidak pernah gagal, sentiasa dipenuhi masyarakat berbeza-beza latar belakang, bukan sekadar kaum, malah perbezaan dari segi kelas ekonomi juga boleh berhimpun dalam konsert yang sama.. itulah Sudirman...
Berbicara tentang allahyarham Sudirman, ni makcik nak bawak korang semua menggamit kenangan sikit... baru-baru ni, makcik berkesempatan mengunjungi Sudirman Cafe @ Koptown EDC Hotel... makcik merasai kelazatan hidangan berbuka puasa yang bakal dihidangkan buat para pengunjung di sana untuk Ramadhan 2021 ini... sebelum kita menyelusuri lebih lanjut menu-menunya yang kebaboom, meh makcik nak cerita serba-sedikit tentang Koptown Hotel EDC ni ya... zasssss...
KELEBIHAN
Terletak secara strategik di tengah-tengah bandar dan berhampiran tempat pertemuan dan konvensyen utama Kuala Lumpur, Pusat Dagangan Dunia Putra, selain itu berikut adalah kelebihan sekiranya korang menginap di Koptown EDC Hotel:
1) Dalam jarak berjalan kaki ke kawasan membeli-belah dan hiburan di bandar.
2) Akses mudah ke daerah Perniagaan dan Komersial Kuala Lumpur.
3) Dalam jarak berjalan kaki ke Light Rail Transit (LRT) & Monorel.
4) Hanya 10 minit perjalanan ke Kuala Lumpur Sentral.
5) 45 minit perjalanan (63km) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
PENGINAPAN
1) 242 bilik dan suite dengan penyaman udara, bilik mandi peribadi, Telefon IDD, TV kabel Astro dengan hiburan, program berita dan sukan (ESPN).
2) Kemudahan membuat kopi / teh dan Minibar Peribadi.
3) Sistem Kunci Kad Elektronik dan peti deposit keselamatan di dalam bilik.
Terletak secara strategik di tengah-tengah bandar dan berhampiran tempat pertemuan dan konvensyen utama Kuala Lumpur, Pusat Dagangan Dunia Putra, selain itu berikut adalah kelebihan sekiranya korang menginap di Koptown EDC Hotel:
1) Dalam jarak berjalan kaki ke kawasan membeli-belah dan hiburan di bandar.
2) Akses mudah ke daerah Perniagaan dan Komersial Kuala Lumpur.
3) Dalam jarak berjalan kaki ke Light Rail Transit (LRT) & Monorel.
4) Hanya 10 minit perjalanan ke Kuala Lumpur Sentral.
5) 45 minit perjalanan (63km) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
PENGINAPAN
1) 242 bilik dan suite dengan penyaman udara, bilik mandi peribadi, Telefon IDD, TV kabel Astro dengan hiburan, program berita dan sukan (ESPN).
2) Kemudahan membuat kopi / teh dan Minibar Peribadi.
3) Sistem Kunci Kad Elektronik dan peti deposit keselamatan di dalam bilik.
PERKHIDMATAN & KEMUDAHAN
1) Surau Lelaki & Wanita.
2) Sudirman Cafe & Restaurant Sri Raja Laut.
3) Perkhidmatan Bilik dari jam 10.30 pagi hingga 10.30 malam.
4) Perkhidmatan Pusat Perniagaan.
5) Pusat maklumat.
6) Perkhidmatan cucian kering dan cucian kering.
7) Penerimaan 24 jam & pengawasan CCTV.
8) Peti deposit keselamatan dan ruang bagasi.
9) Perkhidmatan pekerja rencam.
10) Hingga 140 tempat letak kenderaan.
11) Gim.
12) Limosin dan Teksi.
So now, jom kita terjah ke Sudirman Cafe yang diilhamkan oleh satu-satunya penghibur legenda kita iaitu Sudirman Haji Arshad dan EDC Hotel Kuala Lumpur membawakan kepada korang Sudirman Cafe...
Memang unik kan gaissss... daripada pintu ke segala perhiasan di dalam cafe semuanya menggunakan memori yang ditinggalkan oleh allahyarham Sudirman... bukan sahaja ia menggamit nostalgia, malah keadaan di dalamnya juga penuh dengan ketenangan...
Menu Pembuka Selera
1) Ulam kampung.
2) Acar rampai.
3) Aneka jeruk.
4) Mix salad & dressings.
5) Ikan masin.
6) Sambal-sambal kampung.
7) Rojak buah.
8) Aneka sup.
Menu Hidangan Utama
1) Nasi putih.
2) Nasi tomato.
3) Koh Po Sotong.
4) Daging masak lemak cili api.
5) Siput sedut lemak cili api.
6) Kari kepala ikan.
7) Asam pedas tetel.
8) Burung puyuh percik.
9) Ayam masak merah.
10) Sayur campur mewah.
11) Pucuk manis masak lemak.
12) Lubuk ikan bakar.
13) Goreng-goreng - keropok lekor, pisang goreng, cucur.
Menu Hidangan Manisan
1) Ais kacang.
2) Kuih-muih melayu.
3) Puding dan jellies.
4) Slice cakes.
5) Aneka bubur.
Menu Asas
1) Kurma.
2) Buah-buahan tempatan.
Amacam, best ke best gaissss? Baru tengok gambar pun dah terliur kannnn... cuba bayangkan kami yang merasainya ni?... memang rasa macam nak bawak sekampung geng Cik Kiah agitchewwww... cuma macam-macam mana pun, tetaplah ikut SOP hokey?...
KENAPA KORANG KENA BERBUKA PUASA DI SUDIRMAN CAFE @ KOPTOWN EDC HOTEL
1) LOKASI
Lokasi Koptown EDC Hotel memang sangat strategik... terletak di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur membuatkan ia menjadi suatu lokasi yang sangant sesuai untuk dikunjungi lebih-lebih lagi kita dalam bulan Ramadhan ni... nak tau kenapa?.. senang nak membeli-belah gaissss... korang bayangkanlah, Koptown EDC Hotel yang terletak in the heaart of Kuala Lumpur ni dekat dengan Sunway Putra Mall, SOGO, GM Plaza, Masjid India, KLCC, Pavillion dan Bukit Bintang... amacam, best ke best?.. hehehehe... korang boleh samada pergi membeli-belah dulu then terus come over for berbuka puasa atau boleh jugak selepas berbuka puasa singgah ke attraction places nearby tu... area tu juga berdekatan dengan Jalan Tunku Abdul Rahman so, faham-faham je lah kan... syurga membeli-belah agitchewwww...
2) SURAU SELESA
Kalau korang berbuka puasa di Sudirman Cafe @ Koptown EDC Hotel, korang tak payah risau nak cari surau sebab kat sini memang ada surau yang selesa... ia terletak di Level 12, Block B... thus, korang boleh pilih sendiri, nak makan ringan lepas tu solat dulu then sambung makan ataupun makan siap-siap dan kemudiannya baru solat... terpulang kepada pilihan dan keselesaan korang ya...
3) BANYAK PARKING
Apabila kita keluar ke mana-mana pun, biasanya parking akan menjadi antara topik utama yang dibincangkan... bukan apa, dah excited nak ke sesuatu tempat pastu jauh naaa nak parking atau susah naaa nak cari parking memang akan menimbulkan suasana yang tegang kan... jangan risau geng, kat Koptown EDC Hotel ni memang ada banyak parking spots yang disediakan tau... korang boleh park kenderaan korang kat Block B dengan hanya RM5 caj untuk sekali masuk... mudah lagi memudahkan gitu... tak yah la risau sekiranya ke sini sebab kenderaan pun dapat diparkir di dalam bangunan blok hotel juga ya...
4) INSTA-WORTHY INTERIOR
Seriously gaissss, kalau korang ke sini tak amik gambar memang tak padan... bukannya apa, suasana dan hiasan dalamannya memang Insta-Worthy habis geng... dah la masa korang menyelusuri jambatan penghubung dari blok sebelah nak ke Sudirman Cafe tu cantik pemandangannya, aishhhh, memang confirmed pegang camera punyalah... makcik sendiri haritu, dok snap sana dok snap sini je kojenya... yelah kan, kita merakam momen-momen indah bersama-sama mereka yang tersayang kan kan kan...korang memang kena datang tau, tengok sendiri apa benar atau tidak apa yang makcik coretkan ni...
5) HARGA BERPATUTAN
Mana lagi korang nak dapat makan buffet dengan harga yang mampu-milik beserta suasana yang menggamit memori betul tak?.. kat Sudirman Cafe @ Koptown EDC Hotel je buat masa ni yang makcik rasa dah tapau kesemua yang kita ingini tu... dengan harga RM55 untuk dewasa dan RM35 untuk kanak-kanak (harga bersih tau, tanpa caj tersembunyi) memang sesuai untuk kita bersama-sama keluarga, sahabat-taulan juga kenalan syarikat untuk sama-sama menjamu selera berbuka puasa.. since sharing is caring, Koptown EDC Hotel juga amat berbesar hati untuk memberikan percuma 1 tetamu sekiranya kumpulan yang datang terdiri daripada 9 orang tetamu... jimat kan?... tak gitu?... hehehehe...
Price:
Adult-RM55 nett per pax
Children- RM35 nett per pax
Time: 6pm-10pm
Surau facility: Available for prayers at Level 12, Block B
Parking: Located at Block B and chargeable at RM5.00 per entry
Group buy promo: Buy 9 free 1
Reservations are highly recommended to avoid disappointments. Booking for the Sinar Ramadhan Buffet can be made at: 03-40519191 or 012 9112569
Website: https://www.edckl.com.my/
Datang jangan tak datang tau... see you when I see you gaissss...
#berbukapuasa #edchotel #koptownedchotelkl #edchotelkl #sinarramadhan2021#sinarramadhan #sudirmancafe #kbba9 #blogger #foodblogger #bloggermalaysia #bloggerMY #buffetramadhan #ramadhanbuffet
xoxo
4 Comments
alahai sedapnya menu dia...harga pun ok la...tak sampai ratus ratus
ReplyDeleteMemang sedap menunya Azian... memang kena amik tu sikit ni sikit sebab nak rasa semua... harganya pun berpatutan kan...
Deletengam
ReplyDeleteNgamho sangat Anum... hehehehe... berbaloi-baloi gitu...
Delete