ANAK MERAGAM PERUT MASUK ANGIN? GUNA JE BALM TASNEEM

Assalamualaikum dan hai hai hai everything... sekali-sekala, bila makcik imbau kembali masa mula-mula menimang cahaya-mata sekitar 13 tahun yang lalu, tersenyum sorang-sorang pun ada... time tu nak pegang baby pun blur-blur lagi... nak buat apa masa baby menangis pun agak keliru... masa anak pertama, selepas 13 jam makcik tried untuk bersalin secara normal with 8 cm of opening, tiber, doktor datang kat labour room terus cakap kat misi yang makcik kena buat emergency ceasar sebab baby dah hampir lemas... makcik merayu kat dokor tu...

Makcik: Tolonglah doktor, sikit je lagi.. (padahal dah lembik sebab 13 jam kan menahan contraction yang 20 minit, 10 minit tu)
Doktor: Saya tak boleh nak ambil risiko puan, jantung baby dah lemah sekarang ni, mana yang puan pilih, tunggu lagi dengan kemungkinan baby akan lemas atau segera ke OT untuk emergency ceasar? (Lembut je doktor tu cakap)...

Jeng jeng jeng... tiber pakcik korang masuk labour room (rupa-rupanya dah sign consent dah kat luar tadi dengan doktor) dan pujuk makcik untuk dibedah terus tanpa menunggu untuk bersalin normal sebab keadaan baby yang terlalu lemah... makcik pun akur dan serah ajelah diri ke OT... alhamdulillah, sekarang ni, dah 4 orang dah cahaya mata kami...

Tapi itu bukan ceritanya, yang nak diceritakan adalah apabila anak-anak payah naaaa nak tidur... ya Allah, masa dalam pantang, memang dok berjaga je lah makcik korang nih... ada ketikanya, sampai menangis sebab anak tak nak tidur-tidur... kita dah penat, mengantuk bagai, baby pulak tak nak tidur... jadinya, ayah ee la yang kena dodoikan... antara yang kami lakukan adalah memastikan perut baby tidak kembung dengan menyapu balm di perut, betis juga telapak kaki... bukan apa, as parents, memang penting untuk kita bersedia dengan sebarang kemungkinan pun yang melibatkan anak-anak kan...

Oh ya, baru-baru ni, anak kawan makcik dok meragam tak nak tidur, makcik pun syorkanlah kepadanya Balm Tasneem Naturel varian Calm Time, alhamdulillah, nyenyak tidurnya...


Apa yang best sangat dengan TASNEEM NATURE BALM ni???

INI JAWAPANNYA

TASNEEM NATURE BALM merupakan balm bayi semula jadi yang memberi manfaat kepada ibu bapa yang mempunyai bayi atau anak kecil.

Balm ini dirumus khas daripada bahan semulajadi serta kombinasi minyak pati yang bermutu tinggi.

1) Skeenz Balm

Skeenz Balm dirumus khas untuk membantu bayi dan kanak-kanak yang mengalami masalah kulit. Bahan-bahan seperti Mentega Shea, Lilin Lebah, Minyak Argan, Rosemary, Minyak Biji Bunga Matahari membantu dengan baik untuk ekzema, ruam, kegatalan dan untuk meredakan kerengsaan kulit yang sensitif.

CARA PENGGUNAAN: Sapukan balsem pada kawasan yang bermasalah apabila perlu.

2) Calm Time Balm

Calm Time Balm dirumus untuk membuatkan si manja anda berasa selesa dan berpuas hati. Ia diperbuat daripada bahan semulajadi dan minyak pati seperti Lavender, Bergamot, Frankincense dan Marjoram. Dengan bahan-bahan ini, anak-anak kecil anda akan menjadi kurang rewel dan lebih gembira sebaliknya.

CARA PENGGUNAAN: Sapukan balsem dan urut pada pergelangan tangan, belakang cuping telinga, kawasan tulang belakang (badan belakang) dan tapak kaki.


3) Balm CF-RUB

Balm CF-RUB dirumus khas untuk membantu bayi dan kanak-kanak yang mengalami demam, batuk dan selesema. Ramuan seperti Eucalyptus Oil, Cypress, Tea Tree dan Lemon membantu melegakan kesukaran bernafas, melegakan batuk dan mencairkan lendir serta memberi kesan penyejukan seterusnya membantu mengurangkan suhu badan semasa demam.

CARA PENGGUNAAN: Sapukan balsem dan urut pada tapak kaki, dada, leher dan kawasan tulang belakang (belakang badan).

4) Sleep Time Balm

Sleep Time Balm dirumus khusus untuk membantu ibu bapa yang bergelut untuk menidurkan anak-anak mereka dan terlalu aktif pada waktu malam. Sleep Time Balm diperbuat daripada bahan semula jadi dan minyak pati seperti Cedarwood, Vetiver, Roman Chamomile dan Ylang-Ylang. Bahan-bahan ini terbukti secara saintifik berkesan untuk membantu si manja anda mendapatkan mood untuk tidur dengan mudah, tidur lena sepanjang malam dan berasa seronok apabila terjaga.

CARA PENGGUNAAN: Sapukan balsem secara minima dan urut pada pergelangan tangan, belakang cuping telinga, tapak kaki, dan kawasan tulang belakang (badan belakang). Anda juga boleh membiarkan mereka menghirup bau balsem itu juga.

5) T Rub Balm

T Rub Balm sememangnya salah satu balm yang paling digemari oleh ibu bapa di luar sana! Balsem ini membantu melegakan bayi dan kanak-kanak yang mengalami kolik, sembelit dan cirit-birit. Bahan-bahan utama Adas, Halia, Serai dan Bunga lawang terbukti secara saintifik boleh membantu meredakan dan menyelesaikan sebarang masalah senak.

Kalau ibu ayah berminat nak mendapatkan Balm Tasneem Naturel ni, meh wassap kat sini ya...

xoxo

Post a Comment

1 Comments

  1. sejak anak dah besar sikit ni, takde lah masalah kembung perut bayi lagi dah.. maknya pula yang selalu angin..hahaha

    ReplyDelete