PANDANG DENGAN MATA LEBAH

Gaissss, setiap perkara, benda termasuklah kita sendiri ada bahagian yang positif dan negatif, ada baik dan buruknya betul?... walau bagaimanapun, seharusnya kita fokuslah kepada kebaikan dan berusahalah untuk menukar segala keburukan kepada sesuatu yang positif tak gitu?... pesan berpesan ke arah yang diredhaiNya...

Begitu juga dengan media sosial... semenjak makcik berkecimpung dalam bidang penulisan, dunia blogging dan influencing serta berniaga secara maya, makcik dapati dan rasai sendiri kebaikan yang diberikan oleh platform-platform percuma yang sering makcik manfaatkan, contohnya:
1. Dapat menambah kenalan yang baru.
2. Dapat mengisi masa lapang.
3. Kemudahan untuk menyebarkan maklumat yang sahih.
4. Perkongsian ilmu.


Maka, pandanglah dengan mata LEBAH, bukan dengan mata LALAT.

Orang yang memandang dengan mata LEBAH, akan sentiasa bersyukur, sentiasa berfikiran positif, suka menghargai, ceria, hati tenang, nampak kebaikan, perlakuannya juga menyenangkan... sejuk mata memandang...

Orang yang memandang dengan mata LALAT, nampak yang buruk, tertarik dengan yang kotor, suka meninggalkan sisanya, sentiasa merungut, komplen memanjang, kurang bersyukur, hati serabut...

Jadi, jom sama-sama kita muhasabah diri dan terus fokus ke arah yang dilandaskanNya...

xoxo

Post a Comment

0 Comments